expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 26, 2011

Makna Bacaan Dalam Solat






Apa khabar para pembaca semua?
Mudah-mudahan anda sihat,Alhamdulillah..
Setiap hari kita mengerjakan solat,solat wajib dan sunat..
Tetapi,adakah kita faham maksud2 bacaan dalam solat?
Mungkin kita pernah mempelajarinya,sekurang-kurangnya masa bersekolah dahulu..
Mungkin juga kita pernah hafal maksud2 bacaan dalam solat tersebut,sebab itu bila kita dengar,rasa tak janggal..seolah2 pernah dengarje..
Ada yang bagus,terus mengamalkannya di dalam solat sebaik sahaja memperlajarinya..
Namun tak kurang juga yang tak mengamalkan..
Kenapa?Mungkin tiada penghayatan..Ataupun,kita belajar semata-mata untuk lulus peperiksaan..
Itulah masalahnya..Bila kita belajar semata2 kerana ingin lulus periksa,kita tak merasa indah dan nikmat mendapat ilmu tersebut..dan mungkin kita ingat..tapi sampai mana sahaja ingatan tersebut..Bila tak diamalkan,kita akan mudah lupa..
Saya sendiri merasa rugi akan banyak ilmu2 yang pernah dipelajari sebelum ini,,tetapi rasanya sudah lupa..
Mungkin ada yang ingat,tapi diri sendiri tidak berapa faham apa yang dipelajari..
Kenapalah tidak cuba memahami,fikir dan menghayati setiap ilmu yang pernah dipelajari..

Oklah,tentang bacaan dalam solat ni,amatlah penting untuk kita mengetahui maknanya..untuk menambahkan penghayatan dan kekhusyukan dalam solat..
Bayangkan jika kita baca sahaja,tapi tak faham berbanding jika kita faham,pasti berbeza perasaannya..
Memahami maksud juga menghalang kita daripada leka ketika solat..
Kita faham,kita peka akan apa yang kita sebut..
Hati kita tidak akan kosong sahaja kerana apabila kita baca,hati akan cuba memahami bacaan..Maka secara tak langsung kita akan cuba menghadirkan hati kita dalam solat..
Bila kita faham,kita akan rasa,benar2 rasa yang kita sedang menghadap Allah..tuhan pencipta kita..Betapa hinanya kita ini sebagai hambanya,sedang menghadap Allah..
Di dalam solat,kita memuji-muji Allah dan kita mengaku,kita bersumpah..bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..Muhammad itu pesuruh Allah..
Memang besarnya kepentingan memahami bacaan-bacaan dalam solat..

Selain itu,ketika membaca surah2 lain selepas Al-Fatihah,alangkah bagusnya jika kita juga memahami maksud surah yang dibaca..Pasti hati kita akan lebih hadir..dan khusyuk ketika mengerjakan solat..InsyaAllah..


Takbiratul-Ihram / Takbir



Allah Maha Besar.


Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yg Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.
                                           

Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika rukuk dan iktidal

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah 
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah 
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya 
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Beri salam kanan dan kiri
Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah

Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
 Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
 Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. 
Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

              maksud bacaan dalam solat 2

Link download:document
                         poster

5 comments:

Mohd Yusuf said...

betul tu, kalau tahu dan hayati makna dalam solat, mesti solat jadi lebih lama. Tapi apa yg sy tgk, tak sampai 5 minit, dh habis solat.

dreamygirl said...

ye..dan masih tak terlambat untuk perbetulkan apa yang xbetul..-)

alif haris said...

bile taw makna ape yg kita baca baru lah boleh capai khusyuk tu kan :)

Aneesah said...

Assalamu'alaikum,

mohon izin penulis, untuk saya hasilkan dokumen "bacaan dalam solat & terjemahan" versi printable. Sudah dimuatnaik di sini untuk kegunaan umum: http://www.scribd.com/doc/61354954/Bacaan-Dalam-Solat-Arab-Dgn-Terjemahan-Melayu

Jazakumullah khair. ^_^

dreamygirl said...

alif:ye..-)

aneesah:Alhamdulillah..semoga dapat amalkan .selamat berpuasa -)