Rutin Harian Seorang Muslim




Assalamualaikum dan sabahal-khair (selamat pagi)
Terasa nak cakap bahasa arab sikit pagi2 ni..Dah lama tak practice speaking bahasa arab -D
Setakat dua tiga patah bolehla.Nak cakap lebih-lebih pun xboleh,vocab tak banyak..-D
Pembaca semua sihatke?Saya sihat,Al-Hamdulillah.Cuaca pagi kat tempat saya ni agak mendung,tandanya hujan nak turun.huhu.Rasanya tak banyak beza kot dengan tempat-tempat lain kat Malaysia sekarang ni.Jadi,rancanglah aktiviti harian dengan sebaiknya.Kena kurangkan aktiviti2 luarlah,dan jaga kesihatan yer -D..





Saya nak kongsi tentang rutin harian seorang muslim.
Setiap hari bangun pagi,kita mesti ada rutin kan,aktiviti yang berulang..macam pergi kelas,sekolah,kerja ke,atau buat kerja rumah..Mungkin banyak benda kita buat setiap hari.Tapi bermaknakah aktiviti kita tu?Ada tak dalam masa yang sama rutin tu mengamalkan cara hidup Islam,dari segi adab,etika,amalan,akhlak..dan sebagainya..




Saya nak berkongsi 15 rutin harian seorang muslim.Ini sekadar basicje. Sebenarnya,15 ni bukanlah bilangan yang tetap,tapi kalau anda boleh fikirkan banyak lagi dan amalkan,bagusla..-D


15 Rutin Harian Seorang Muslim


1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda dan setiap ketika
3. Tenang, dalam semua situasi
4. Hindari rasa marah
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspresi diri kita dalam cara yang betul dan baik
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya
11. Peluk ibubapa kita
12. Senyum kepada semua orang selalu
13. Memaafkan, melupakan dan senyum
14. Tidak mencari populariti
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa


Cuba tick mana yang kita dah selalu amalkan,mana yang kita tak buat lagitu..buatla..-D



“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.” 


Sekian,wassalam.

sumber: akuislam

Comments