Why do you blogging?
Salam buat pembaca blog Inspirasi Hidupku ..Apa khabar semua. Mudah-mudahan kesihatan berada di tahap terbaik. Di kala ini, saat jerebu melanda. Dan ada kawasan yang dah agak surut, selepas turunnya hujan. Banyak hikmah dipelajari daripada jerebu kan. Sangat banyak. Cuma kita perlu berfikir. Saat saya menaip ni, saya terfikir bilakah masanya saya dapat menaip mengunakan banyak jari. Memang penat, bila menaip guna dua jari saja. Setakat ni dua jari saja lah, jari telunjuk tangan kanan dan kiri. Baru-baru ni saya saya dapat menaip menggunakan dua tangan dan banyak jari yang menaip. Di handphone dan di komputer. Namun ianya hanya terjadi dalam mimpi. Kegembiraan dan kejutan terhenti seketika setelah terjaganya daripada tidur....uhhu..