4 Ciri Muslimah Mahal Yang Disegani Lelaki Ajnabi
Assalamualaikum WBT.
Apa khabar pembaca sekalian?
Mudah-mudahan sihat walafiat dan iman terjaga di musim raya ini.
Raya, raya jua. Mata jaga. Perut jaga. (faham-faham sajalahye)
Rasanya masih awal lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H.
Mohon maaf andai ada salah silap di mana-mana. Saya tak mahu berhutang kemaafan atau apa saja dengan sesiapapun. Maka jika maaf yang perlu, saya akan pinta.
Ada satu lirik lagu, "sorry seems to be the hardest word" which seems true. Bila ia jadi terlalu murah, nanti kita kata tiada nilai pula. Tiada erti...err...Mungkin bila ucapan tu tak diniatkan ikhlas berserta niat untuk melakukannya. Macam istighfar. Kita istighfar istighfar tanpa cuba menghadirkan rasa hati memohon pengampunan tu. Dah istighfar, baru je istighfar sengaja tengok aurat orang tadi, satni tengok lagi. Jap lagi mengumpat lagi. Astaghfirullahal'azim..
Tapi takla pula disuruh baik tak payah istighfar lah macamtu. Bahkan kena jugak. Mesti buat jugak. Mudah-mudahan dengan melazimi istighfar, Allah lembutkan hati. Untuk benar-benar berubah dan buka jalan untuk benar merasakan dosa lantas tidak mengulanginya. Ucapan maaf (keinsafan disertai perbuatan).
Maka, orang yang lazim meminta maaf ni bagi saya, adalah seorang yang modest, down-to-earth, atau bahasa arabnya 'tawaduk' yang bermaksud 'rendah hati'. Dia mungkin sedar kekurangan dirinya, tidak sempurna. Maka diri tak terlepas daripada membuat salah sana sini. Dia tak anggap dirinya sempurna atau lebih baik, bahkan sentiasa merasakan orang lain lebih baik daripadanya. Dia mudah meminta maaf. Dan saya yakin orang yang rajin dan suka meminta maaf pastinya jua orang yang 'pemaaf. Mudah-mudahan Insya-Allah. Orang begini sangat mudah dan senang meminta ampun daripada Tuhannya daripada Allah...Lepas minta, minta lagi. Sebab dia tahu setiap masa dia tak terlepas daripada dosa. Tapi masih mengharapkan penghampunan Tuhannya.
Rahmat Allah kan luas. Never give up.
**Pernah tak jumpa orang begini? Rugilah kalau kita tak cuba mencontohi sifat ini.
Cari kebaikan di mana saja berada. Pasti ada.
'Bersedia meminta maaf dan sentiasa memaafkan.' -)
Dalam otak banyak benda rasa nak tulis. Tapi rasa tak dapat nak menulis panjang-panjang. (Padahal confem panjang jugak ni...heh)
**Musim raya ni, musim durian. Banyak benau durian menanti untuk dibuat tempoyak. erk!!
-----
Saya nak berkongsi sesuatu yang saya rasa cukup indah dan bagus dibaca buat muslimah utamanya. Supaya muslimah itu menyedari bahawa dirinya sangat berharga. Supaya muslimah "menaikkan harga diri mereka'. Supaya tidak menjadi sebarangan muslimah. Yang murah, yang mudah dipermainkan, mudah digoda, tergoda, ternoda. Bukan mudah terleka dek hiburan dunia sementara ni. Supaya wanita menjadikan diri mereka lebih mahal. Mengikut cara-cara yang dianjurkan Islam. Mengikut apa yang Allah perintahkan.
Saya mencari-cari ciri-ciri muslimah solehah maka jumpa yang ini. Shukran buat penulis yang berkongsi tentang ini. Main point nya empat saja tau, tapi 4 point dan tips ni jika benar dijaga, benar-benar terjaga, cukup bererti, cukup bermakna dan sangat membantu wanita untuk menjadi solehah. Kita tak sempurna tapi bolehkan cuba menjadi yang terbaik buat diri sendiri. Untuk diri dan kerana Allah.
Ihfazillah yahfazka. InsyaAllah.
Ihfazillah yahfazka. InsyaAllah.
4 Ciri Muslimah Mahal Yang Disegani Lelaki Ajnabi
Ciri #1 – Pakaian Yang Menutupi Tubuhnya
Imej pakaian seorang solehah itu menutupi keseluruhan tubuhnya. Pakaian tersebut semestinya longgar, berwarna gelap, memakai stokin juga kasut yang tidak berbunyi. Senang cerita bila si solehah lalu, si ajnabi lelaki tidak akan pusingkan muka 2 kali. Malah hendak lihat dari hujung ke hujung pun jauh sekali.
Maka terhindarlah si solehah ini dari panahan mata syaitan yang akan menjerumuskan ke lembah kehinaan. Oh ya, bab tudungnya perlu disentuh juga. Sanggul si solehah rendah dan sedang-sedang sahaja, tidak perlu terlalu tinggi seperti bonggol unta. Juga amat penting tudung dilabuhkan menutup dada.
Cuba bayangkan jika perempuan yang Allah jadikan indah setiap inci ini memakai pakaian yang sebaliknya dari apa yang telah disebutkan. Maka berbondonglah lelaki bermata liar cuba menjalar. Lalu, agak-agak apa yang akan terjadi?
Firman Allah SWT:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah Al-Isra': 32)
Sungguh, setiap syariat yang Allah telah gariskan sebenarnya memberi manfaat kepada manusia itu sendiri. Bukankah Allah yang telah menciptakan kita, hamba-hambaNYA. Maka sudah tentu, pencipta kita lebih faham dan tahu tujuan diperintahkan setiap sesuatu.
Ciri #2 – Tingkah Lakunya
(dari buku Malam Pertama di Syurga)
Si solehah itu tingkah lakunya sopan juga sering menundukkan pandangan. Solehah itu terpelihara dalam tingkahnya hingga lelaki ajnabi naik segan untuk mendekati. Hal ini kerana, dia semestinya tidak akan sewenang-wenangnya mendekatkan diri dengan lelaki ajnabi tanpa urusan.
“Saya segan dengan dia”, kata si lelaki. Perkataan itu lebih baik daripada si lelaki berkata “Ala, awek tu ke?”. Agak-agak kata yang mana ada ‘can’ dipilih sebagai menantu?
Si solehah juga sentiasa menjaga solatnya juga rajin berbakti kepada kedua orang tua. Jika telah berkahwin, maka suami menjadi tempat rujukan dan curahan bakti. Maka benarlah wanita solehah itu sebaik-baik perhiasan dunia. Tenang lagi menenangkan. Damai lagi mendamaikan.
Ciri #3 – Tutur Kata
Wanita itu punya suara lunak dan merdu. Wooh!! Jika memujuk rayu, habislah lelaki gagah perkasa lemah longlai dibuatnya. Si solehah itu hanya menggunakan suaranya yang lembut pada yang halal sahaja. Jika berhadapan dengan lelaki bukan mahram, suaranya cuba ditegaskan seboleh yang mungkin.
Meminimakan isi perbualan. Menjadikan suaranya mahal untuk kedengaran. Yang mahal sudah tentu tidak ‘murai’ tanpa arah, atau terpekik, juga ketawa tak ingat dunia. Oh, itu bukanlah ciri seorang solehah sebaliknya itu tolehah.
Ciri #4 – Pergaulan
Dalam aspek pergaulan pula, percampuran antara lelaki dan perempuan perlu kita perhatikan. Tidak dinafikan dimana sahaja percampuran antara lelaki dan perempuan ini kelihatan. Baik di tempat belajar ataupun di tempat berkerja. Namun, bagaimana si solehah menempatkan dirinya perlu diberi perhatian.
Kebiasaanya, si solehah ini cuba mengelakkan untuk melibatkan diri bekerja bersama lelaki ajnabi. Seboleh mungkin dielakkan, apatah lagi jika kerja kumpulan yang melibatkan 2 orang sahaja. Pintu syaitan itu terbuka luas apabila melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan itulah yang seboleh mungkin dielakkan.
Di satu sisi kelihatannya si solehah ini mempunyai batasan yang telah ditetapkan sendiri. Dan ia menjadi kayu pengukur untuk dia bertindak dalam konteks pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kuncinya adalah minimakan selagi boleh. Selain itu, si solehah juga sangat risau jika melihat ada lelaki yang cuba memberi perhatian kepadanya. Hal ini kerana, sudah tentu ada salah dimana-mana jika lelaki memberi keistimewaan.
Lalu dalam masa ini, ketegasan dan prinsip diri perlu diutamakan. Jangan dipandang kepada lelaki itu, tapi pandanglah apa kata pencipta lelaki itu. Yang Maha Tahu segala isi hati setiap sesuatu.
Demikianlah keperibadian si solehah yang boleh kita ambil pengajaran dan ikutan. Terlalu banyak lagi sisi yang boleh dibincangkan. Dari segi akhlaknya, ibadahnya, nilai murninya, ilmunya dan sebagainya. Yang telah disebutkan adalah yang asas sahaja. Allah SWT telah mengajarkan kita doa dalam Al-Quran:
Firman Allah SWT:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah Al-Furqan: 74)
Tips Buat Wanita
Pesanan buat wanita,termasuklah diri ini.
~Tips menjaga hati dan diri~
1) Jangan pernah berdua-duaan dengan yang bukan mahram tanpa keperluan syar'ie. Dengan kawan.sepupu.bos.tunang.siapa sekalipun.Elakkan. Syaitanlah yang ketiga.
2) Tidak bersalam-salam dengan yang bukan mahram. Be strict to yourself and others. For your iman and others.
3) Tidak mengunjungi wayang. Wayang itu tempatnya gelap dan bercampur lelaki perempuan. Dan syaitan itu sukakan kegelapan.
4) Jangan pernah bercouple & dating. Ini pintu kepada zina. Set your mind tidak akan pernah buat ini.
5) Jaga pergaulan. Elakkan percampuran antara lelaki dan perempuan, kecuali atas sebab yang diharuskan syarak. Jagalah yang ini.
6) Jangan kau cintai lelaki sebelum kau mencintai Tuhanmu,Allah. Belajarlah mencintaiNYA dahulu. Mengejar cintaNYA. Jangan sesekali benarkan dirimu mengejar cinta lelaki saat imanmu rapuh. Zulaikha tidak sedikitpun mendapat cinta Yusuf sewaktu jahilnya. Dia diketemukan semula dengan Yusuf setelah dia bersungguh-sungguh mencintaiNYA. Bahkan dia lebih mencintaiNYA. Bukankah Allah itu Maha Mengetahui,apa yang terbaik buat hambanya.
7) Sibukkan diri dengan berkhidmat pada ibubapa, keluarga, masyarakat. Sibukkan diri dengan bahan-bahan ilmiah mendidik jiwa. Saat kau sepi, cepat-cepat isi dengan membaca Al-Quran, zikir, apa saja yang mengingatkan kau pada DIA. Sekalipun kau sibuk dengan urusan dunia, pekerjaan, jangan lupa zikir di mulut dan hati. Di mana saja.
Usaha tinggalkan-
Apa saja yang boleh menjurus anda ke lembah maksiat.
kurangkan soal cinta manusia okeyy??? Cari, kejar cinta DIA dulu...cinta Rasulullah dulu. Sebab itu yang kekal abadi dan confem akan membantu kita kelak di dunia abadi-akhirat...Cinta manusia belum tentu...kok ye pun, cinta manusia kerana Allah..~~ulang...kerana Allah~~Anything is...ikhlas kerana Allah....
Nampak macam menyekat. anti-sosial betul??. hoho. who said? Wanita solehah zaman Rasulullah, sahabat-sahabat dahulu, tokoh-tokoh wanita dahulu berbakti pada masyarakat dan agama juga tetapi sangat menjaga diri mereka. Kita di zaman millenia ni, cabaran tak kurang hebat.Usahalah menjaga....
Saya ingat kata-kata ni-"Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Sikit-sikitlah, semoga istiqamah."
Ada satu kata-kata dalam novel 'Syabab Musafir Kasih' karangan Ustazah Fatimah Syarha. "Lelaki mesti berani". Tak ingat kenapa watak wanita dalam tu cakap pada watak lelaki utama. Maka saya nak kata... "Wanita mesti tegas". Tak boleh lembik lembik.Mudah layuu....
Our current life will determine the Afterlife. Dunia tempat untuk berpenat lelah, menangislah sekarang lebih baik daripada menangis selepas mati kelak..Belajarlah berkorban. Bekerjalah seikhlas mungkin. Sebab hanya amal ikhlas yang Allah lihat kan....Allah..semoga Allah kurniakan keikhlasan dalam diri kita semua...Allahumma amin...
Sekilas peringatan buat diri ini. Buatlah ikhlas kerana Allah. DIA pasti jaga. InsyaAllah.
*Betulkan yang biasa,biasakan yang betul. Jom. Usahakan diri menjadi wanita solehah. Mahal dan tak ternilai. Dicemburui bidadari syurga. Jalan ke arah wanita solehah itu penuh liku. Namun, selagi bergelar wanita, kau mesti cuba ..
Hayati rangkap-rangkap daripada lirik lagu di bawah ni...
Sebenarnya buat diri ini dan para pembaca ..
Jangan menyerah-D'Masiv
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasa-Nya
Bagi hamba-Nya yang sabar
Dan tak kenal putus asa
Jangan menyerah
Jangan menyerah
Jangan menyerah
ok??
-tell this to urself-- NEVER GIVE UP--NEVER LOSE HOPE IN HIM--
sekian, wallahua'lam.
#selfreminder
#muhasabahdiri
Comments
sihat?
tukar nombor dah ke?