Kisah Iman Hasan Al-Basri dan Wanita Cantik
Assalamualaikum wbt. Jom baca kisah ini -) Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan.Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah. Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan maka dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan telah menarik perhatiannya, lalu Hasan Basri mengikut belakang gadis tersebut. Apabila wanita itu merasa ada orang mengekorinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang mengekorinya, lalu wanita itu berkata “Wahai orang muda!Apakah kamu tidak malu?” Lalu wanita itu berkata “Malulah kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang yang terdapat dalam hati.”