Checklist Ramadhan 1436H

Assalamualaikum.

Entri yang pendek tetapi cukup bermakna ni.

      Nak kongsi checklist Ramadhan. Harap tak terlewat mana. Harini hari kedua berpuasa. Berbaki 28 hari lagi. Ini versi saya edit sendiri mengikut perancangan saya. Mudah-mudahan saya mampu istiqamah untuk amalkan. Bertemakan 30 Hari Mencari Tuhan- yang mana misi yang baik ini dimulakan di bulan terbaik ini, iaitu Ramadhan, mudah-mudahan kita mampu istiqamah ke bulan-bulan seterusnya, dalam misi mencari cinta Illahi. A never ending journey, until our life ends..


   


30 Hari mencari Tuhan

     Apa saja menimpa hidup kita, cubalah menjayakan misi keluar daripada masalah dalam masa 30 hari. Saat bermulanya ujian tersebut. Tanpa melihat ke belakang lagi. Tanpa mengenang lagi. Terus cari jalan keluar. Jangan tunggu lama-lama hingga ia menjadi racun atau kita dilanda kerunsingan atau kesedihan berpanjangan. Saya menyarankan ini mengikut pengalaman diri dan juga orang lain. Alhamdulillah berkesan. DIA maqbulkan. DIA izinkan. Dulu saya tidak tahu, maka banyak ujian dalam hidup saya telah mengambil masa yang lama, bahkan ada bertahun-tahun sebelum saya benar-benar mampu mengatasinya. Alhamdulillah kini saya tahu dan sedar. Allah beri petunjuk itu. InsyaAllah, jika kita benar yakin akan pertolonganNYA. Benar, setiap ujian ada tempoh masa. Tetapi usah tunggu masa untuk mengubat, menyelesaikan segalanya. Usahalah cari DIA.. InsyaAllah...DIA akan tunjukkan jalan keluar......


Mari amalkan doa ini..

Doa Agar Mampu Menyelesaikan Masalah Dengan Baik



Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): 
"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."

Al-Israk, ayat 80


Checklist Ramadhan

Boleh download di mediafire-

jpeg version  checklist ramadhan 1436H jpeg
pdf version   checklist ramadhan 1436H pdf
excel version  checklist ramadhan 1436H excel
(untuk mudah di'edit' mengikut kesesuaian dan perancangan masing-masing)

"Kita hanya merancang, dan Allah itu sebaik-baik perancang."

 Dia Maha Mengetahui apa yang hamba-hambaNYA tidak ketahui. 

 Hasbunallahu wani'mal wakil.
-------

Quote ini sering terngiang-ngiang di ingatan,


"Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.”  

-quoted

Wanna have a new ending?? let's start now. 

I smile and smile. The road is already taken. A little bit twist in the story, to make me come back to HIM, to make me stronger. But I will continue the journey..if that is the best for me--HIS plans. Because HE loves me more than what I care to imagine. THANK YOU ALLAH. 

:) 

Comments