Posts

Showing posts with the label sumbangan

Jom Bantu: Kebakaran Di Kampung Tanjung Keramat Laut, Tawau

Image
Assalamualaikum... Saya tergerak nak kongsi berita pasalni.. Baca semula: Kira-Kira 100 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Tanjung Keramat Laut, Tawau TAWAU, 8 Sept (Bernama) -- Kira-kira 100 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Keramat Laut di sini lewat hari ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.20 petang dan tiga jentera bomba bersama 37 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Tinjauan Bernama di tempat kejadian pada pukul 9 malam menyaksikan pasukan bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran.