expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 5, 2011

Kesan Paku Pada Tembok Batu



Assalamualaikum..
Harini nak berbicara tentang 'marah'.
Apa anda buat bila rasa marah?Ada tak rasa nak hamburkan je perasaan marahtu..
Kalau tak ada orang di sekeliling xpelah jugak,tapi kalau ada,habis orang di sekeliling kena tempias sekali..
Pernah tak anda fikirkan perasaan orang yang anda marahi..
Sebaliknya,apakah pula perasaan anda bila dimarahi?Dan apa pula tindakan anda?

Marah adalah pintu masuk syaitan..
Seperti contohnya,cubalah tengok kes-kes memukul anak/isteri yang terlampau(penderaan),perceraian,khianat,sabotaj,sihir,dan banyak lagi perkara negatif yang berlaku,pastinya juga didorong oleh perasaan marah yang tak terkawal..


Jom baca kisah di bawah -)

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu," jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahnnya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata ,"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.




"Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal"








Bagaimana mengawal rasa marah


Dalam riwayat Imam Al-Tarmizi (no.1943)seorang lelaki meminta nasihat daripada Rasulullah.Lelaki itu berkata,"Ya Rasulullah,berilah nasihat kepadaku dan jangan pula terlalu banyak,moga aku senang menjawabnya,"Lantas baginda s.a.w. menjawab,"Jangan marah".


Orang Gagah mampu Mengawal Marah
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayatkan al-Bukhari (no.6114) dan Muslim (no.2609) yang bermaksud:
"Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila dia menang bergusti,tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah."


Syeikh Ibn Uthaimin menyebut dalam Syarh Riyad al-Salihin dengan membuat kesimpulan daripada beberapa buah hadis yang berkaitan dengan marah di mana beliau menyatakan bahawa apabila seseorang itu  marah,hendaklah ia menyebut istighfar dan kemudiannya segera berwuduk.Sekiranya sedang berdiri,maka hendaklah dia duduk dan sekiranya dia sedang duduk,hendaklah dia berbaring.Sekiranya dibimbangi masih tidak mampu mengawalnya,maka dia perlu beredar dari tempat atau orang yang dimarahinya itu.


Selain itu,jadilah seorang yang pemaaf,dengan memaafkan kesalahan orang lain..


Dinyatakan dalam Al Qur'an bahawa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji. "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Qur'an 42:43) 


Kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an, "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)


Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

sumber cerita:Solusi isu 28

15 comments:

sergeant keroro said...

peringatan yang bagus!

hendaklah kita mengawal kemarahan :)

s a r said...

ya. terima kasih atas ingat.

but, aku memang tengah marah ni. tapi tak terluah.

the same time, aku juga mangsa.

arghh!

alif haris said...

hurmm betul2 .. sy pn kene kuragkan marah ni .. sbb sy salu mara orag yg pasang lampu tinggi time mlm .. silau~ hhuhu

keroro said...

marah itu sifat syaitan....tapi klu xmarah pon xbes gk kn..? hehe kena da byk2 perasaan dlm diri bru hidup jdik gumbira :P

Mohd Yusuf said...

kalau aku saya marah, orang kata saya buat lawak...jadi, tak pyh marah...hahaha

dreamygirl said...

@sergeant keroro:yes..sy pon tgah belajar nak kawal kemarahan ni..hu2..

@sar:yeke sar,luahkan lah..tapi setting time,place kena sesuaila..hu2..-)

@alif:huhu..yeke..

@keroro:marah bertempat dan bermotif/niat yang baik tu xpe..ni marah tak terkawal yang xelok..hu2..banyak perasaan takut lama2 cepat terperasan x??he2 -)

@yusuf:bgusnye..hu2..saya ad rakan lelaki sekelas yng xpernah tunjuk muka marah,senang kata xpernah marah..bila dia marah,dia sengih gelak2..hu2..natural kot..-p

Mohd Yusuf said...

tapi orang cakap, kalau orang yg tak pnh marah, bila tima marah je confirm takut. hahaha

dreamygirl said...

@yusof:tu betul jugaktu..tapi biasanya orang macamtu marah bersebab,dan penyabar kan....hu2-)

MEKAR said...

Tak de sebab saya nak marah !.

Kalau nk marah pun xde la sampai merosakkan&myusahkan org lain. mbe hati sya lembut heh

dreamygirl said...

@mekar:hu2..orang yang berhati lembut ni mudah insaf..xsampai hati nak marah orang..he2..=p

kyo_9 said...

dunia hari ni memang memerlukan penghuninya banyak bersabar..

dugaan semakin banyak ditambah2 lagi dengan kita sebagai umat akhir zaman.. pelbagai mala petaka bakal melanda lepas ini..

moga kita semua selamat di bawah naungan-Nya insyaAllah..

dreamygirl said...

@kyo:betultu kyo..-)

Kei Seichi said...

nice..peringatan yang baik..saya tak senang marah, cuma bengang je..tapi senang maafkan kalau orang tu mintak maaf...kalau die tak mintak maaf pon saya maafkan je....
baru nak singgah sini..insyaAllah akan selalu datang.. =)
thanks slalu datang blog saya yang tak seberapa tu..

dreamygirl said...

bagusla macamtu..
Saya ni pulak senang agitated,cepat marah..dekat adik2,sebab dorang yang selalu kacau orang,naikkan darah saya..he3..tapi sekarng ni saya cuba kawal kemarahan kat dorang..tapi bila saya marah jugak,lepas marahtu,saya mesti sedih,dan menyesal..mintak maaf balik kat dorang..-)
welcome...saya rs asalnye sy dtg blog kei seichi ni sebab name tu kot-kei..he3..

Anonymous said...

assalamualaikum.. info yg terbaik
mntak share yew..