expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 28, 2011

Cinta Seorang Pemuda



  • Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh!! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul...sungguh!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila... takut nanti terbakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
  • Saya suka sangat tengok body teman wanita saya... solid betul. Sungguh!! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.... syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, "Apa ubatnya, bang?" Saya pun bagi dia al-Quransebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok... nanti awak sakit saya juga susah hati... bla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu pun. Aduuuuh...berdosanya saya!
  • Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama die, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • Doakan kami saling ingat mengingati, insaf menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami... semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin...
Mutiara  kata hari ini:
Orang yang tidak puas dengan sedikit nescaya tidak akan puas dengan banyak sebab dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yang diminum tetap tidak akan habis.    
-Dr.Tuah-                          

5 comments:

♥AleeyaLiya♥ said...

betul tu...bercinta -bercinta gak..tpi agam kene jaga..tpi ada gk part2 liya don understnad..hehe.. ^_^

s a r said...

assalamualaikum beb.

aleeyaliya> agam? hee. agama ye cek. :D

tetiba aku nak setuju dengan cek <@aleeyaliya>

sikit tak faham jugak.

hmm,.. part wayang tu. memang bagus la tu kan. setahu aku la kan. kebanyakan panggung dah dekat jugak dengan surau. tak nampak ke buat2 tak nampak.

lagi satu hal. hmm, bab nak uji pun macam syok jugak. tengok sapa tegur sapa bila dah lepas zohor asar.

takmo la cinta pemuda ni.

tapi pilihlah sihensem yang menanti kita nanti selepas talkin dibaca dan semua ahli keluarga kita meninggalkan kita sendirian.

keep it up beb. dah ramai follower kaw sekarang. :)

miss u la beb. ~ahaha tetiba :P

take gud care beb :)

Mohd Yusuf said...

katakan "TIDAK" pada cinta...katakan "YA" pada kawin awal...ha3

Bagus la kalau ada pasangan yang saling ingat mengingati...

aku kecil said...

kahwin awal..??hahaha...suke statment MOHD YUSUF tu..wakakaka

dreamygirl said...

sar $leeya:hu3..rindu kamu berdua :-)

yusuf:bercinta tu boleh..cinta ikut Islamla..macam mana nak menolak fitrah(cinta)..tapi digalakkan kahwin awal..kenape?kebaikannya banyak kan..tapi jangan fikir nak kahwin awal je,kenalah siap sediakan diri dengan pelbagai ilmu dulu..dan perbaiki diri.. ;-)

@aku kecil:hu2