expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, December 24, 2016

TRIP TO KOREA 2016 PART 1 DAY 1: GYEONGJU TOUR



source: google images

          Assalamualaikum...saya nak bercerita tentang pengalaman melancong di Korea 2016. Sebenarnya saya berniat nak buat entri pasalni soon after balik Korea dulu. Tapi sebab tak berapa sihat dan saya tak ada mood nak blogging masatu..Lepas dah sihat tu sibuk kerja dan menulis ni pula memerlukan semangat, mood n masa, idea. Satu entri saya yang panjang mengambil masa dalam 2-3 jam untuk di'edit'...seriously..For that reason, saya tangguh dulu. Lepas tu lupa, malaslah tapi dalam hati ada niat lagi...aigoo.. Akhirnya saya cuba memaksa diri dan merajinkan diri juga menulis ni.huhu. Lagi satu sebab, saya tak lancar menaip di laptop keyboard lagi. Hanya guna beberapa jari as usual,eheh..Tak tahu la dah lama blogging pun macm mana nak jadi pro dengan guna banyak jari...Sakit jari mengedit ni..


        Anyway, entri saya ni partly diambil daripada nota saya sewaktu melancong dan selepas melancong..jadi accuracy/precision masa melancong tu high la..Cuma saya tak tulis nota sejak saya demam di sana, saya hanya tulis nota selepas sembuh daripada demam di Malaysia. Maka adalah yang lupa lupa hehe..Tapi nota saya tu ringkas jer, sebagai guide or point. Sebaliknya saya bergantung kepada ingatan saya . Ini yang banyaknya. Ingatan saya kalau pasal precious moment macam ni agak kuat..mungkin tak pada amount, number, tapi pada feeling dan suasana sekeliling..Jadi.. entri ni berbentuk cerita.....

    
source: google images
Impian nak tengok cherry blossoms yang macamnilah...
Kalau boleh yang petals started falling ker...

    Planning punya cerita, itinerari, kos, pre-departure story dan sebagainya saya cerita kemudian, sebab saya rasa planning punya entri memang panjang kisahnya..Saya nak siapkan entri di Korea ni secepat mungkin..Mungkin berguna buat yang ingin melancong dan merancang kat mana nak pergi kan. Memang strategik, dan ideal lah jika sedang merancang waktu ni, terutamanya yang nak pergi masa musim bunga aka spring days! Macam saya!Heh. Sebab saya merancang perjalanan dalam pertengahan bulan November 2015..Musim bunga bermula end of March di sesetengah tempat di Korea. Dalam 4-5 bulan sebelum travel saya plan..


     Itinerari saya, bila saya fikir semula, saya ni macam tak realistikjer. Banyak juga tempat lawatan saya rancang nak pergi rupanya. Sini situ semua nak pergi..Of course! Sebab itu plan saya, Dreamygirl sangatlah! Imagination saya daripada pembacaan, maklumat-mmaklumat saya baca di blog dan laman web berkaitan. Dan sebenarnya realistik, jika betul-betul ikut route, transport n schedule..Sebab apa yang saya plan tu pun tempat-tempat yang orang dah pergi. Ikut pengalaman orang lain jugak.


        Now let us start..perlu diingatkan ini adalah pengalaman peribadi, semua orang tak sama, bukan tips melancong daripada professional traveller...hehhe..Tapi berdasarkan pengalaman saya sendiri, Mungkin ada sedikit tips yang saya boleh kongsikan. Personal opinion and experience. Dan saya bercerita every minor detail masalah dan cabaran..so entri sangat panjang..WARNING! Kalau tak suka baca entri panjang, jangan baca!Nanti bosan! Tapi saya cabar baca jugak! hah


Almost semua gambar saya dah resize daripada image asal supaya kurang berat page post...Most gambar saya tangkap guna kamera. Satu gambar 7-8MB..saya kecilkan sampai kurang 1MB setiap gambar..Ni banyak gambar saya share ni tak tahulah loading berapa lama..hoho


KOREA TRAVEL 2016- SPRING

Tempoh percutian saya 8 hari 7 malam. 

Bermula 28 Mac 2016 -1 April 2016, Waktu baru nak mula spring...
Why saya ambil waktu tu, another story....

DAY 1 (28/3/16)



source: google images

DEPARTURE FROM MALAYSIA TO BUSAN


        Awal-awal lagi dah self check in secara online dari rumah...Lepas solat Isyak, bertolak ke KLIA2. Sampai almost pukul 10 malam gitu. Penerbangan ke Busan melalui Air Asia adalah pada pukul 1.00am. Jadi saya berada di situ 2-3 jam sekurang-kurangnya kan. Lebih baik awal daripada lambat. Saya ada pengalaman hampir terlepas flight bersama kawan2 (last passenger, in last few minutes before departure, so dramatic experience..) dan adik saya pernah terlepas flight, tapi bukan salah dia, salah travel agent..huuhu...Dah lama saya tak naik flight ni. Feeling nervous and excited, both. Kali terakhir flight masa Ogos 2010..so almost 6 years! Di KLIA2, duduklah tunggu sambil mencuba kamera baru beli..


        Diingatkan kaunter imigresen Air Asia ni strict. Tak boleh bawa air langsung naik aeroplane. Kalau ada, kena habiskan atau buang. So janganlah bawa air botol walau less than 100 ml pun yer..huhu..Jauh jugak saya rasa berjalan dalam KLIA2 ke platform untuk ke Korea. Penumpang kebanyakannya berbangsa Cina dan ada sedikit Melayu. Ada kumpulan kawan adik saya, diorang travel berkumpulan dan ada beberapa lelaki Melayu yang lain. Dalam kapal terbang, saya dapat seat tengah2 tapi saya di tepi jadi senang juga nak keluar. Penerbangan mengambil masa 6 jam setengah. Flight attendant ada Korean staff dan ada lelaki Melayu. Fon saya, saya dah install apps kiblat awal-awal untuk travel ni jadi saya save awal2 waktu Subuh di sana...Saya ikut waktu subuh di Busan, yang mana lagi awal daripada Seoul.




Kapten pilot ni drive sampai awal di Gimhae Airport, dalam 10-15 minit ke macamtulah. Laju yer. Penerbangan lancarjer.. Jadi walaupun kapal terbang dah berhenti, kitorang kena tunggu tempoh tu sebelum keluar.





Turun escalator
long line..

         Sebelum turun flight tu kan, kena isi borang, apetah..traveller apetah..Flight attendant tu bagitahu ada dua borang akan dapat. Tapi salah satu tu dia cakap kalau family boleh share..So saya isi, tapi adik saya tak isi. Nasib baiklah adik saya just ambil je dua-dua borang tu. So masa kat kaunter imigresen kat Gimhae tu, saya lepas tapi adik tak lepas sebab ingatkan boleh kongsi. Walaupun dah explain kat pegawai tu, dia nak isi separate juga. Dia kena isi borang tu dan kena beratur panjang balik. Dan rupanya ada seorang lagi pengunjung Malaysia yang jadi sama macam kami..!! Maka tunggulah saya adik saya tu dalam 40 minit..8.30am-9.10am macamtu..


(Moral: Jadi, peringatan untuk siapa travel nanti selepas ni, kalau kena isi form, pastikan anda dapat semua form yang perlu diisi oleh pelawat/tourist macam kita ni, tak payah share-share. Sorang satu. Kalau tak, nanti anda akan buang masa nak kena isi semula di airport..huhu-)



Station 1

Lepastu, kami ke ke kaunter pertanyaan, tanya pasal beli tiket bas ke Gyeongju ni kat mana. 


 Where to buy Gyeongju ticket bus?

Go to exit 3-->turn right-->station1. Wait for the bus.Buy ticket inside the bus. 9000w busfare.



Kat station1 tu, ada tulis kat board/wall, destinasi nak pergi. Tunggulah bas. Itulah airport limousine bus. Bas datang setiap 1 jam..Kalau saya tak delay sebab tadi, saya mungkin boleh ambil bas pukul 8.30am. Lagi baguslah kan sebab masa banyak . Tapi, kalau diikutkan itinerari, saya rancang ambil bas pukul 9.30am pun.huhu.. (Transport di Korea ni sharp tau. Bas saya tu tak sampai 9.35 dah gerak. Lewat sikit, next hour lah hai..Dalam bas tak penuhpun. Lapang sesangatlah...




    Sebelum naiktu, ada jumpa sorang orang lelaki Malaysia ni, nak ke mana tah..dan ada sekumpulan perempuan melayu lain,tapi ini nak ke Gyeongju jugak, lepastu overnight stay macam saya dan adik .Tak sangka saya, sama pulak. Tapi diorang bermalam di mana eh, Shilla ke aper..tak ingat..bukan dekat dengan tempat saya bermalam. Bayar tiket dalam bas, 9000w ke Gyeongju.







Sepanjang jalan, senyapje sebab hampir semua penumpang tidur. Saya tak tidurlah,sambil dengar lagu, sambil nikmati pemandangan cimptaan Allah ni. Rugilah tidur, datang hanya sekali Saya memang suka duduk tepi tingkap dan pandang ke arah luar bas sepanjang jalan. Hayati keindahan ciptaan Allah dan fikirkan perbezaan tempat-tempat yang pernah saya lalui. Tak sama. Agak sejuk cuaca kat Gimhae tadi tu, tapi adik saya dah buka sweater masa kat airport lagi. Suhu saya tak cekpun masatu, tapi bila cek balik,dalam 18 darjah celcius. Nice weather and temperature untuk travelni. Tak terlalu sejuk dan tak panas.. Dalam bas ni memang tak pasang aircon lah.Tingkat bertutup. Menghangatkan rasa di dalam bas. Memang kena buka sweater. Panas dah.











          Saya perhatikan banyak pokok tak berdaun. Maklumlah, lepas musim sejuk. Musim sejuk kan, daun semua dah luruh . Di Korea, permukaan buminya berbukit-bukit dan bergunung-ganang. Walau dalam bandar pun. Bukit di Korea ni lain daripada bukit di Malaysia. Bukitnya tak nampak macam bukit yang akan dihuni haiwan liarpun. Bukitnya banyak, sangat banyak, one after another, ditutupi pokok-pokok yang tak berdaun waktu tu, dari jauh nampak macam naked hill... transparent hill jer. Saya membayangkan orang yang botak ada rambut tajam cacak-cacak sikit jer.. Macamtulah bukit di sana..heheh..Saya terfikir, pokok-pokok ni tak mati ..Walaupun tak berdaun cuaca kering ,pokok-pokok ni hidup dan sentiasa mengalami perubahan mengikut musim. Ada pokok yang baru mula nak berputik, dan ada yang dah berbunga cherry blossom..trees were in blossoming period. Pemandu bas pulak memandu bas boleh tahan laju. Mujurlah jalan agak lengang, tak sibuk. Banyak juga projek pembinaan baru kanan dan kiri jalan. And agriculture..


Tepi tu laut tuh..

Kat Busan, flower baru start budding..








Dari jauh, nampak  Busan bridge. Not sure ni Gwangan Bridge ker..Busan ada banyak bridge ker??err..Kalau ikut map, Busan more south, Gyeongju atas, so kiranya kami ni naik atas sikit..esoknya turun balik...huhu


Approaching Gyeongju…This is Gyeongju..otte?? Nampak macam kampung, atau pekan Gyeongju ni. Tapi banyak tarikan.. ehm Gyeongju ni dikenali sebagai heritage city sebab kaya dengan historical sites, areas, buildings, temples, folk village, penempatan zaman dulu2..Jadi area ni memang dijaga lah UNESCO. huu..A very calm and quiet city..Untuk yang inginkan percutian di tempat yang senyap jauh daripada hiruk-pikuk kota bolehlah datang ke Gyeongju.

Sedikit info pasal Gyeongju..


        Gyeongju was the capital of the ancient kingdom of Silla (57 BC – 935 AD) which ruled about two-thirds of the Korean Peninsula between the 7th and 9th centuries. Later Silla was a prosperous and wealthy country, and its metropolitan capital of Gyeongju was the fourth largest city in the world. A vast number of archaeological sites and cultural properties from this period remain in the city. Gyeongju is often referred to as "the museum without walls".Among such historical treasures, Seokguram grotto, Bulguksa temple, Gyeongju Historic Areas and Yangdong Folk Village are designated as World Heritage Sites by UNESCO.The many major historical sites have helped Gyeongju become one of the most popular tourist destinations in South Korea.



     Gyeongju , historically known as "Seorabeol", is a coastal city in the far southeastern corner of North Gyeongsang Province in South Korea.It is the second largest city by area in the province after Andong, covering 1,324 km2 (511 sq mi) with a population of 264,091 people (as of December 2012.) Gyeongju is 370 km southeast of Seoul, and 55 km east of Daegu. The city borders Cheongdo and Yeongcheon to the west, Ulsan to the south and Pohang to the north, while to the east lies the coast of the East Sea. Numerous low mountains—outliers of the Taebaek range—are scattered around the city.

(source; wikipedia)





         
Nak tahu dah sampai Gyeongju? Akan ada pintu gerbang masuk Gyeongju. Kebanyakan kereta di sini bercermin gelap, dan brand pun yang familiarlah..Kia, Hyundai, lagi aperye..sebab kereta Malaysia pun ada diimport dari sini.. tapi banyak kereta besar2..tak de macam kereta kancil ke myvi yang cute kecil molek tuh. Kebanyakan kereta style Mercedes, jenis yang besar2 panjang2 lah kata..Saya tak arif pasal jenis kereta dan brand, huhu...Warna kereta banyak warna korporat. Hitam, putih, silver, kebanyakannnya.. Boleh kata mungkin 70% ++ kereta di sana...





Tourist Information Centre dan Gyeongju City Tour building sebelah-sebelah jer..


 
Tourist information centre; Ambil Gyeongju maps di sini.


    
Gyeongju City Tour; Kalau nak book/beli tiket bas Gyeongju city tour bolehla datang sini.



Ni limousine airport bus. Yang saya naik tadi.. Gimhae-Gyeongju





Stesen bas di sini. Esoknya beli tiket bas di sini..dalam bangunan ada kaunter

     Sampai saja di terminal bas Gyeongju, saya nampak tourist information centre, saya tanya pasal tiket bas esok ke Busan, dia cakap boleh beli esok je di kaunter. Saya tak lupa ambil sikit free map n brochure. Lalu pergi cari teksi dan bagi alamat. Taxi driver tu cek gps and drive. Rasanya dia tak berapa sure alamat tuh. Sebab dia lalu tempat sama dua kalila..hoho..Dah sampai nearest location, kena caj 3400w. Betul teksi Korea agak mahal..Ni satu-satunya teksi saya naik di Korea. Driver tu berhenti dan kami pun jalan dalam 10 minit atau kurang, tarik luggage besartu... ikut maps untuk mencari guesthouse.






 Petit in –important landmark



 Cari punya cari, jumpa signboard Momejein Guesthouse. Yeay, happy! Bergambar sat. Kena jalan dalam lagi...pelik, dalam sempit2 jalan ni ada rumah dalamni..Dekat-dekat jer rumah dia. Tekan loceng, ada ahjussi keluar. Owner rumah..Kami masuk dan tiba-tiba,..ada anjing menyalak!woof woof...Hati-hati kami mengelak, sebab taknak kena samak jer..huhu. Ahjussi tu pergi tenangkan anjing dia..










      Comel dan kecil je guesthouse dia Tapi kemas..Saya suka design dalam..nanti2 saya share…

Harga semalaman bilik untuk dua orang ialah 40,000w. Patutnya check in time 3pm tapi masa kami sampai pukul 11 lebihtu dah boleh masuk bilik. Ahjussi tunjukkan around then bagi kitorang maps yang berguna. Maps jalan ke Momojein Guesthouse. huhu...Bilik kecil dua katil tapi oklah, kemas dan bersih.


       Lepas masukkan barang dalam bilik, kami terus keluar untuk berjalan-jalan sekitar Gyeongju.

Jika diikutkan perancangan, nak naik scooterlah kononnya. Sewa scooter. Sebab basikal adik saya tak boleh tunggang masatu.. Saya siap buat international driver license lagi untuk ni..RM150 setahun if tak sila saya!! Wohoo.. err...Tengok-tengok sekitar, memang tak beranilah nak drive skuter. Jalan tak familiar, tak tahu tempat dituju arah mana. Imagination kan lain, bila realitinya. Naik basikal pun taklah..tak berani. Sebab saya tak dapat tahu laluan mana. Tengok map lain, macam senangje..realnya lain ni..hehe..So decided finally kena naik bas ni. So kami naik bas 11. Tambang 1500w. Saya ingat dalam itinerari naik bas 10/11 untuk ke arah Bulguksa Temple. Bulguksa tu, boleh kata antara destinasi hujung la destinasi lawatan pilihan pelawat. Saya akan melalui semua destinasi yang saya plan sebelum sampai ke Bulguksa. Tapi, Bulguksa Temple ni bukan destinasi lawatan saya tau, buat apa nak lawat temple kan...





                     Jalan nampak lengang ker?? Agak lengang daripada Busan dan Seoul.haha..

















    Jalan sini jalan sana. Tunggu tunggu bas yang berkenaan. Akhirnya berjaya naik bas pukul 12.30pm.

      Ini sebenarnya destinasi lawatan pilihan saya -Hwannyongsaji Site (maru-gil)-->Anapji Pond--> Gyerim Forest--> Cheomseongdae Observatory--> Daereungwon Royal Tombs..and kalau sempat, on the way baliktu singgah Hwangnam Bread Shop. Semua laluan ni dirancang jika menggunakan basikal. Tapi saya naik bas untuk ke tempat-tempat ni. Nak dipendekkan cerita, saya tak lalu pun tempat2 ni! Tak nampak langsung waa...Saya nampak tempat2 lain, yang saya ada baca tapi tak plan nak lawat. Ada lalu Bomun Lake, ada water Theme Park, Gyeongju World Culture Expo..Bayangkan kat tempat asing, naik bas kalau terlajak, habislah itinerari saya.heh..Lepas 5 minit, lepas 10 minit, rasanya perjalanan hampir 15 minit kot..Yang arif pasal detail lawatan ni adalah saya. Sebab saya yang nak sangat datang Gyeongju.huhu..Anyway, kena try and error jer.So saya just stay dalam bas sampai nampak signboard Bulguksa Temple. Kami ikut penumpang lain turun. Sebab dah banyak penumpang turun lagipun. Saya ingat masa tu, destinasi seterusnya mungkin Seokguram Grotto, last stop. Tapi actually, bus 12 yang bawa ke Seoukguram Grotto. Ni saya tahu later..hoho




  Nampak macam water theme park, tapi tutup waktutu..Tak air pon..


1) DESTINATION: BULGUKSA TEMPLE








      Dah sampai situ, saya tahu situ ada temple ..Takpelah, kita tengok bangunan dia jerla..huhu…Tapi saya tak nampak lagi kat mana temple tu, tengok signboard dah betul. Macam atas bukitni..Tapi dari jauh tak nampak pun bayang Bulguksa Temple tuh. Apapun, mungkin dah ditakdirkan saya sampai sini kot..walau tak dapat lawat destinasi yang dirancang, at least tak sesat kan..hehe.. Alhamdulillah, sepanjang percutian ni, saya senang jumpa tempat solat dan tandas. Tu dia! The most important kan?? Buat Muslim. Disebabkan dah Zohor pun masa tuh, kami makan dulu, berkelah di tepi batu dan pokok. Memang best...Oh saya lupa nak cakap, saya tak pakai sweater langsung masa berjalan. Cuaca berangin, dingin, sejuk jugak. (Suhu around 19 degree celcius maksimum) Asalnya sebab ingat nak testlah tak pakai, saya tinggalkan sweater kat guesthouse. Rupanya sejuk jugak, patut pakai untuk keselesaan..tapi bearable lah...Cuaca nampak panas, dan bahang panas matahari macam dekat jer kat sini.. sebab terang sangat. Tapi windy n cool.  Mujur bawa shawl kesayangan, yang pernah saya beli di India 7 tahun lepas. Memang betul saya nak hayati sejuk ni. Udara segar bertiup ke muka memang best. Agaknya ini salah satu punca saya demam beberapa hari selepastuh...ohoho


 

      Kat sini, kami lunch dulu. Makan roti sardin jer. Percutian kami ni aim dia mainly, untuk menikmati keindahan alam musim bunga,haha..Sebabtu pilih Gyeongju. Tengok gambar-gambar kat Gyeongju di internet waktu spring cantik. Masa bunga in full bloom la. cari tempat jauh dari kota, nak hayati spring time, less shopping atau lawat tempat mahal berbayar. So makanan kami pun super budgetlah. Memang tak fikir makan sangat pun. Cukup untuk mengisi perut, boleh bawa diri untuk berjalan. Cehh..Lepas makan, saya pergilah restroom/tandas yang dekat sangat dengan situ. Cakap pasal tandas di Korea ni. Ni komen saya, super bersih. Tapi takde paip air dalam toilet lah. Hanya ada flush di dalam tandas dan singki di bahagian luar. Jadi, diingatkan pelawat Muslim macam kami ni untuk bawa botol air kosong besartu untuk kegunaan di tandas, kalau tak mahu guna toilet/tissue paper. Tisu memang available in every toilet atau di luar. So isilah air dalam botol dan kosongkan semula dan simpan dalam beg berjalan. Dan sebab toilet tu kering, maksudnya takde air berlimpah, atau berair atas lantai, maka saya akan lap semula titisan air yang jatuh kat lantai lepas guna. Even toilet pan pun biar kering. Yerla, macam mana asal dia macam tu kita kena tinggal...(Ini pun tips yang saya ada baca di blog orang lain yer). (Kalau kat Malaysia, saya takkan guna langsung toilet tanpa air..,hoho)






Berjalan ke atas lagi, nak cari port untuk solat..






Kami jumpa tempat yang rata atas lorong kecil dan agak jauh daripada orang ramai lalu lalang. Best....memang fresh dan best solat di sini...

    Tempat saya solat memang best.. Kami naik sikit ke atas bukit nak cari tanah yang agak rata dan tak berbatu. Tempat makan tadi berbatu. Tapi sebab tu bukit, mesti senget/condongkan. So kami cari area yang agak rata dan solat di situ. Guna kompas fon untuk tentukan arah kiblat. Memang sepanjang berjalan di Korea, beberapa kali juga solat di tempat terbuka macamni. Selalu, orang risau tempat solat bila melancong lagi-lagi di negara bukan Islam. Padahal mana-mana pun boleh. Patikan bersih dan selamatlah. Tempat macamni tak susah nak solat, yang selalu orang cakap susah tu kalau pergi city..huhu...



 Usai solat, jalan lagi naik atas bukit....





Jumpa lagi parking lot kat atasni. Untuk yang datang dengan kereta, ada laluan lain jadi diorang boleh naik atas dan parking sini. Tak perlu parking bawah bukit tadi..jauh nanti nak jalan turun...


Jalan punya jalan dan sampailah ke luar pintu masuk Bulguksa Temple. Tiket masuk 5000w seorang.
Ada pengawal yang akan cek tiket yaa.

Sejarah Bulguksa..whatever.. (memang saya tak baca lah masa tu) heh








Another gate...dan err..



 errr...




 Masa lalu sini saya mencari-cari, tercari-cari bunga yang dah bloom..woho..Gyeongju pun tak bloom lagi waktuni..pokok kering lagituh..awal lagi kot..Tapi bila blooming period mesti cantik jalanni..








Another pond...sebelah lagi satu airnya kering..Al maklumlah, lepas winter kan...















Kawasan ni dah nampak ramai orang..Adik saya tak larat naik tangga sebab lutut masih dalam recovery period lepas operate lebih sebulan lepas.Avoid over-exertion.. So dari sini saya teruskan perjalanan seorang bersama pengunjug-pengunjung yang lain. Laluan selepas ni memang bertangga-tangga....





Ada jumpa sekumpulan pelancong bersama tourist guide..kalau ada tour guide macamtuh kenalah dengar storykan..Saya dengan adik memang malas nak dengar story..sebabtu travel sendiri dok...huhu




Saya suka tengok keunikan bangunan ni. Macam cerita zaman raja-raja dinasti pun ada bangunan istana bentuk macam ni kan..










 
 Memang bebas berjalan sebab tak ramai orang..




 Like this view...

Dalam bangunan tu ada orang tengah baca apatah...Aderlah..Boleh naik dan tengok, tapi tak boleh ambil gambar.










 What I'm looking for..is flower...huhu





 Tangga ni agak curam, tinggi jugak, tapi orang suka selfie kat tangga tinggi cenggini...




 Antara pokok yang dah berbunga..




     Suka tengok orang fokus kan camera pada bunga...







 Masa ni dah nak turun dan turun, sebab dah takda tangga naik dah...kira dah penghujungla untuk laluan biasa pengunjung.











 



 Saya suka tengok wall macam ni. Boleh panjat! (dalam dramaland,heh)



Apakah benda ni, saya pun tak tahu namanya .Info pun dalam bahasa korea..tapi unik..Nak sentuh tapi takde orang sentuh, so behave la..kang..hehe













 A picture is worth a thousand words :)


Dan turun lagi... 

 Suka lalu tepi wall macamni...




 Dalam bangunan ni ada dipasang muzik. Dengar sampai luar. Boleh beli poskad, ole-ole di sini..tapi mahal laa..


 Finally sampai sini jua..









 Tangga ni nampak rendah ker,, sebenarnya tinggilah. Jarak antara setiap satu anak tangga tu agak jauh..Tak larat naik dah...



Ini laluan masuk tadi...Untuk balik, ikut jalan lain...





  
Masa lalu sini, saya terasa macam autumn jer..tapi pokok takde daun...autumn yang semua daun dah gugur...

This road diverged few times,,tatkala tu teringat Robert Frost- 
'Two roads diverged in a yellow wood
.And sorry I could not travel both'.. :(

 Going downhill...

 Are you waiting for me, flowers?? huhu


Tugu apakah ini, tak kisah..


 parking lot atas..

 Menuruni bukit ..perjalanan diteruskan...

 Budding flowers..I'm missing to see you blooms...


Tempted nak beli souvenir pertama..Saya dan adik dua-dua beli 1 paket nail clipper, 1 paket ada 10.  Harga 10,000w. Oklahkan, lepastu ahjumma tu bagi lagi free magnet fridge sorang satu kat saya dan adik..wahh..Kamsahamnida. Borak sikit2 bahasa Korea. Terkejut ahjumma ni..heh..Rasanya baik juga beli kat sini, membantu ekonomi penduduk yang tinggal di area macam ni daripada Seoul yang dah maju..kan.. 



     Ringkasan perjalanan saya. Nampak jauhkan? Jauh jugakla..Dalam sejam jugakla round. Ker kurang? Entah.. Jujurnya, saya tak tengok sangat atau study pun laluan ni sebelum masuk sini. Yelah, tak plan pun nak datang sini. Tapi saya pernah baca pasal Bulguksa ni masa study pasal Gyeongju. So saya takdelah kalut mana.heh..Gambar map ni saya tangkap sebelum masuk, tak tengok pon laluan-laluannya masatu. Nak buat entri ni baru tengok betul.haha. Datang sini just masuk and venture e isinya.huhu..Gambar ni ditangkap buat kenanganje. 


     Lihat kat map tu lebih kurang macamtulah laluan saya. Saya ingat laluan saya sebab mula2 memang jalan terus takde simpang sampailah dah masuk dalam kawasan temple yang ada macam2 building dalamtu. Naik turun tangga sajalah..Kat situ, saya naik dan naik sampai takde tangga dah nak naik..sampai hujung. huhu.. Masuk keluar round pusing pusing lepas tu turun. Jalan turun agak tricky, mula-mulanya tak tahu lorong mana satu tapi kami ikut crowds dan ada signboard juga untuk tunjuk exit...Memang jalan turun nampak jauh daripada bukit yang saya mula-mula naik tadi tapi bila dah sampai bawah, jumpa balik tempat naik tadi...


      Sebenarnya masa cari jalan turun, saya nampak jalanraya dan bangunan lain at one point., masatu fikir, alamak, ke mana nak pergi nih… makin jauh berjalan, tak sampai-sampai bawah..Kalau patah balik ke laluan masuk, perghh jauh tak larat jalanni…Tapi teruskan jalan dan jalan.. Jumpa parking lot atas dah agak lega.. Bila  turun lagi akhirnya  jumpalah bukit yang masa mula2 naik tadi, a little bit ke tepi….





Bila turun, saya jumpa balik tempatni..Gambar ni diambil masa saya dah dekat seberang jalan..nampak banyak kedai..nak beli apa??  jengjengjeng..



Kat sini ada kedai roti . Jual Hwangnam bread aka Gyeongju bread. Kalau datang sini, wajib beli ni. Hwangnam bread ni saya tak pasti boleh boleh beli di tempat lain di Korea. Specialnya di sini sebab roti ni dikeluarkan di sini. Intinya kacang merah. Sedaplah, walau saya bukan penggemar kacang merah pun..huhu. Saya baca di internet harganya 10,000w (20 pastries). Kat sini minimum kena beli 5pcs, harga 4000w.


Tak jumpalah pulak gambar Hwangnam breadni dalam photo collection..googlejelahye..-D
(googleimages)



Lepas beli roti, lintas jalan balik untuk ke perhentian bas. Ambil bas sama untuk patah balik. Bus 11. Alhamdulillah, berjaya lawat first destination..huhu

Sekian part 1, halfday story baruni..waaa..terukla..macam mana nak habis cerita ni..hmm..Next entri saya sambung another half day day 1 di Gyeongju ni..


Adios, assalamualaikum..

No comments: