TRIP TO KOREA 2016 DAY 1 PART 2 : GYEONGJU TOUR (2)




At Gyeongju World Culture Expo. 
Kalau nampak background macam kat belakang tu, konfem betullah tu..huhu

Directions
Take bus 10/11 to Bulguksa Temple. or, if from Bulguksa, take the same bus. 
 It’s one way so press the bell when you see this place. Fare 1500w. 

                 Selepas melawat Bulguksa Temple kami naik bas no.11 untuk balik ke downtown Gyeongju. Kita panggil downtown maksudnya center of the city yang jadi tumpuan bisnes, bangunan kerajaan dan sebagainya. Guesthouse pun banyak di downtown area, untuk kemudahan pengunjung. Saya belajar perkataan downtown ni waktu study pasal Gyeongju jer. Kat Busan, Seoul memang takdelah..huhu..

  Seperti saya maklumkan dalam entri sebelumni, bas yang saya naik tu ada lalu Gyeongju World Culture Expo Park masa ke arah Bulguksa Temple. Nak balik pun lalu jalan sama. Memandangkan hari masih awal siang dan sekali one way je, jadi kami singgahla di sini..


     Entrance: free

      Gyeongju World Culture Expo Park ni ada dalam alternative plan saya. Tapi tak tahu pun ada apa sebenarnya kat sini, baca gitu-gitu jer.. Kenapa saya pilih tempat ni sebagai alternative destination saya? Sebab utamanya free admission fee dan boleh tengok pameran yang mempamerkan kebudayaan Korea secara free..Mesti best kalau boleh masuk. Disebabkan namapun expo, jadi ada waktu tertentu dia buat event dan expo, yang mana pengunjung serata dunia datang. Akan ada pameran, pertunjukan dan program-program kebudayaan yang memperkenalkan Korea..ceh.. 

     Expo park ni dibuka pada tahun 2008, tapi mula dibuka kepada orang ramai secara percuma sejak Mac 2014. Baru jugak tu.. Kat sini ada National Culture Hall, Saemaeul Hall, Istanbul Promotion Hall, World Fossil Museum, 3D Animation World, Silla Culture History Pavilion, etc..Banyak benda boleh diterokai di expo park ni sebenarnya, sebab dia luas.. So, memang untunglah kalau dapat visit sini. Masuk taman ni memang percuma tapi ada ada bayaran tertentu bila nak masuk sesetengah hall.  


     

       Sadisnya, hari yang saya pergi tu hall2 tu tutup.Bangunan banyak, kawasan ni pun besar untuk dilawat, tapi tutup daa..Lagipun tak nampak ada orang keluar masuk bangunan ker. Hanya ada pengunjung-pengunjung di sekitar taman jer. Saya ada baca, sesetengah tempat atau tourist attraction sites di Korea, ada yang  cuti hari Isnin. Bukan hari Ahad saja.huhu Mungkin tutup hari Isnin tu . Tapi tak tahulah kalau esoknya buka ker. Jadi memang setiap tempat yang kita nak pergi tu kita kena cek hari dan waktu beroperasi, memang tak sama. Ada yang buka hampir setiap hari seminggu, dan ada yang beroperasi beberapa hari je untuk pertunjukan/pameran tertentu. Itulah, memang banyak kerja sikit kalau travel sendiri. Tapi seronok sebenarnya, sebab kita berdikari, sungguh-sungguh belajar tempat orang supaya bila di berada di tempat asing lebih bersedia. (Ceh, padahal tempat, negara sendiri tak pernah pun nak study, -D)

     
      Di sini kami hanya jalan-jalan, sight seeing petang-petang gituh..Adalah beberapa pengunjung datang. Ada yang berbasikal di sini. 

Let's enjoy the view around the park!! -D


Nampak tak ada orang berbasikal ..
Saya tercari-cari jugak, mesti ada tempat sewa basikal di sini..






Ada banyak bendera, negara-negara di serata dunia..bendera Malaysia pun ada…
Bangga dan bersyukur jadi rakyat Malaysia ni..-D

                   

Bangunan ni namanya Gyeongju Tower. 
This building is a landmark for Gyeongju World Culture Expo Park..



Nampak tak bangunan tu, saya rasa ni mungkin Istanbul Promotion Hall,kotla.. kalau tengok bentuk kubah dia..huhu..Siapa pasti dan pernh pergi sini, bagitahu saya,sebab saya tak jumpa kat google..









Taman-taman masih tak berbunga. Tapi bila ada expo/event, kawasan ni akan dihias lagi cantik..Bunga berkembang merak waktu full bloomed flower in spring..



Nampak tak perkataan Samaeul tu.. Saemaul Culture Hall lahtu..

  






huhu

















Bangunan Chinese Restaurant KAO tu bertentangan dengan Gyeongju World Culture Expo.





Di seberang jalan..


            Dah puas berehat di sini, kami tunggulah bas. Menunggu bas di sini agak lama, 10minit ??
Sebab nak menanti bas no.11. Ataupun bas no.10. Tunggu punya tunggu, tak datang datang. Disebabkan takut lama sangat menunggu ni, kami naik je mana-mana yang datang. Bas no.150. Bas no.150 ni sebenarnya adalah salah satu bas yang membawa penumpang ke expo tu. Sama ada saya naik bastu sebab ada tertulis dalam itinerary, ataupun sebab random bas je naik saya pun tak ingat..Yang penting, tak nak terlepas bas lagi…Time is money, right ?heh


    Perjalanan balik ni yang menarik saya rasa. Menariknya sebab apa, laluan balik tak sama dengan laluan datang tadi. Bas tu ikut laluan lain. Saya masih lalu tepi Bomun Lake dalam perjalanan tuh tapi another side. Bomun Lake tu besar. Kalau masa pergi saya ikut sebelah kiri tasik, bila pulang lalu sebelah kanan tasik. Saya nampak bahagian Gyeongju yang tak terlihat masa datang tadi. Dan saya nampaklah signboard tempat-tempat pilihan saya akhirnya..yakni Bunhwangsa Temple, Gyerim Forest, Hwanyongsaji Site.. Masa tu feeling excited bercampur geram jugakla, sebab terlepas melawat..huhu. Tempat-tempat tu macam ada lalu hutan dan laluan kawasan lapang, rumput.. Nature theme visit lah katakan..Jadi saya teringin sangat nak pergi, lagi-lagi bila baca kat blog orang, dengan gambar sekali. Memang sangat cantik. Damai je tengok..Masa tu tangan ni terasa jugak lah nak tekan loceng bas, tapi takut sesat jalan pulak kang, hehe..Lagipun sempatker.. Jadi, tengok sajalah dari dalam bas. Disebabkan syok tengok dari kejauhan, tak sempat nak ambil gambar tempat-tempat tu dari dalam bas...



Seong-dong Traditional Market at Wonhwa-ro, Gyeongju
Opposite Gyeongju Station.


SEONGDONG-RO TRADITIONAL MARKET

           Sebaik sahaja sampai di pekan Gyeongju, yang tak jauh dengan guesthouse kami, kami tak balik dulu. Berjalan-jalan kawasan sekitar. Pergi jalan masuk pasar ni. Masatu saya tak tahu apa nama market ni. Seronok, suka tengok local people berniaga..Ada kedai baju wool, baju lama-lama macam ahjumma pakai..Kat sini, kena tahan keinginan nak beli barang, huhu. Percutian berbaki 6 hari lagi, sebab kami kan travel sendiri, bukannya semua kos dah dibayar macam ikut agensi pelancongan tertentu. Inilah cabarannya. Kena pastikan duit belanja yang dibawa tu cukup sampai last day di sini, sekurang-kurangnya. 







Wet market

  

Banana uyu

Gambar ni diambil waktu dah tiba di guesthouse..

     Ada saya nampak strawberi besar-besar dan agak murah, tapi sekadar tengokjelah. Ada masuk satu mart/kedai runcit ni. Jalan-jalan nak tengok ada sesuatu yang boleh dibeli tak..Jumpalah banana uyu. Okay, banana uyu ni memang salah satu recommendation pelancong yang dah pernah datang Korea. Even Korean pun suka sangat banan uyu ni..

      Dalam satu blog ni, blog yang saya jadikan rujukan untuk kesini..dia cerita dia beli banana uyu, macam best dan sedapje saya tengok. Padahal susu pisangjerpun.. Rupa-rupanyanya memang sedap. Saya beli satu, berharga 1200w. Mahal jugakla..Tapi nak kata sepanjang trip saya ni, inilah minuman yang saya paling suka minum dan berselera minum selain milo 3 in 1 saya bawa daripada Malaysia. Percutian di Seoul saya agak mencabar sebab saya demam panas dan tak sihat. Tapi banana uyu ni my instant energy booster. -D



Waktu ni dah Berjaya keluar daripad pasar..mencari jalan ke guesthouse..

               Masa nak balik ke guesthouse sebenarnya kami sesat.. jalan dari hujung sampai hujung market, pusing pusing, patah balik..Rasanya adalah dalam setengah jam lebih.. Lepas keluar daripada market pula sesat nak cari jalan balik ke guesthouse..Anggap jalan-jalan jerla.. -D
   


Petang di Gyeongju. Nampak redup, matahari dah nak melabuhkan sinarnya..





       Kalau diikutkan, kalau tak sesat, sebenarnya dekat dan sekejapjer..Kami sampai di guesthouse pukul 5.30pm. Waktu tu almost  pukul 6.30 kat Malaysia..Langit dah macam agak gelap…Diikutkan  plan, malamnya selepas maghrib kami akan ke Gyeongju station naik teksi ataupun bas ke Anapji pond untuk tengok pemandangan di watu malam. Memang cantik.. Tapi, kekhuatiran sesat dan agak penat for the first day trip..Jadi, kami hanya stay guesthouse dan berehat. 



Nampak tak apa yang unik kat situ?? 

    Ada extension, international adapter, charger phone, charger mp4, charger kamera. Ada satu lagi tak caj masa ni, charger powerbank. Sebenarnya yang unik kat sini, tu kat plug tu..Nampak tak selotiptu.. Saya yang selotip kat situ. Saya ni kompleks sikit thinking. Kalau ke mana-mana, sayalah yang selalu bawa paling banyak barang. Sebab saya rasa setiap barang tu penting. Dan saya selalu guna. Selotip, gunting bawa, in case nak guna untuk apa2 ker..heh.. International adapter tu agak longgar bila pasang kat plug, daripada ejas berkali-kali, baik saya selotip. Haha..Tengok berguna kan. -D

     Semua gadget yang saya caj tu pula diletak di atas sweater dan sejadah. Kenapa ? Sebab lantai tu panas. Lantai rumah di Korea ni banyak dilengkapi ondol (floor heating system) sebab selalu sejuk kan kat sana. Lantai tu warm, tapi lama-lama barang boleh jadi panas bila letak kat bawah Nak nak pula, barang elektronik tu pula tuh.Takut panas punya pasal, saya alas berlapis2. Sweater saya tu memang panas kat bawah tu lama2..huhu..

Tips :Saya rasa lepasni bolehla bawa selotip n gunting, mana tahu jadi kes macam saya ker..huhu


Health is precious

     Bilik ni ada aircon, tapi kami tak pasanglah sebab sejuk malam-malam kan. Minimum temperature kat Gyeongju dalam 7 darjah celcius..tapi lama-lama dalamni panas jugak sebab dipasang heating system. Katil saya sebelah tingkap je so malam sebelum tidur tu saya buka tingkap sikit.Bagi udara masuk sikit kat area katil saya. Wah, best..Segar memang segar udaranya tapi saya tak sedar mungkin saya ni over-exposure to cold air masa kat Gyeongju ni..Siang tadi berjalan tak pakai sweater..Yelah,kita di Malaysia dah biasa beriklim panas, badan ni pun kena adapt dengan environment. Perubahan cuaca mendadak boleh mempengaruhi suhu badan juga..Even nak merasai sejuk pun kena fikir, ‘can my body can take it ?’ Memang kita rasa body kita kuat, tapi who knows kan.. Tak tahu udara lembap ker, ada mold (kulat) ker, ada banyak mikroorganism dalam udara sejuk suhu tu. Memang tak terfikir lahkan masatuh. 

     Saya pernah tengok kat tv rancangan Korea tentang important tips in living. Waktu musim sejuk, Udara yang agak lembap menyebabkan pembiakan kulat, micro-organism lain lagi-lagi pada sweater, mafela. Dan antara penyakit yang senang merebak masa musim sejuk di tempat sejuk ialah cold, flu yang disebabkan kulat, yang mana boleh menjangkiti peparu..Pneumonia..Itu the worstlah..Spring ni just after winter dan waktu tu udara masih sejuk..just pesanan khidmat masyarakat supaya beringat..

Moral of the story : Jangan over-exposure to cold air di sana yaa. Make yourself comfortable, while enjoying the weather. Now bila fikir balik, memang boleh jadi sebab untuk saya demam..huhu

Alright, tomorrow story nex entri.. 

TRIP TO KOREA 2016 PART 3 DAY 2 :FROM GYEONGJU TO BUSAN
.

Comments