expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 23, 2014

Demam, Aku dan Panadol



Assalamualaikum

Buat pembaca yang saya kasihi sekalian..
Apa khabar anda semua? Harap-harap sihat sentiasa..Al-hamdulillah..

Saya batuk sedikit, dah nak baik, episod mengeluarkan kahak. Sebenarnya minggu lepas minggu demam selsema, dan selsema tu dah nak berkurang dengan batuk-batuk sedikit minggu ni.Demam saya kali ni memang cukup pakej, sebab ada demam panas (high grade fever) yang kaw kaw punyer..eheh..Kononnya nak minum air lemon/madu/air assam jawa jer..Nak buat macam mana, bila sangat panas yang rasa panas ni confirm suhu >39 darjah celcius ni, saya tak boleh tidur, dok berbaring aje setiap masa. Maka saya telan jugak panadol. Semuanya sekali 4 biji.

Saya panggil demam cameron..special sikit nama dia..ehh.. sebab baru balik dari Cameron Highland Ahad lepas, esoknya terus Acchumm!! Mungkin juga dengan perubahan cuaca sejuk di sana dan panas bila balik. Di Cameron pun musim hujan kan.Sejukkk!!

Biasanya pakej demam yang lengkap saya bermula dengan 
sakit tekak +bersin-->demam-->selsema-->dan diakhiri dengan batuk. Mula-mula biasalah berkahak, lama-lama keringlah kahak tu..

Kali terakhir saya demam agak teruk tahun lepas..

Demam-->selsema/batuk (lebih 2 minggu)--> ear infection-->mata merah--->kulit muka naik bintik2 sehari dua masa family day..

Ini pakej yang unik tapi memang possible. Saya baru mula kerja masa tu, memang affect jugalah kerja bila batuk, hukhuk,.Nak buang kahak..Bila kering batuk tak berhenti2 pula..Sampai saya bawa botol ubat batuk dalam baju bertugas. Bila batuk, sejuk aircon ni boleh aggravate lagi batuk tu..Tak boleh tahan air-con, bila sesetengah tempat kerja tu kena full air-con..Masa selsema batuk masa tu memang saya ambil antibiotik, tapi bukan sebab batuk sebenarnya. Masa batuk dah nak kurang, tetiba telinga berair dan rasa tersumbat. Jadi saya agak mungkin jangkitan mulut/hidung ni dah berjangkit ke telinga, almaklumlah kan ada Eustachian tube kat ruang pharynx kita ni..disertai mata merah, mungkin konjunktivitis...ini inferens sayalah..hahha..


Baru-baru ni saya berjumpa dengan seseorang, yang katanya, dia tak pernah ambil ubat farmasi tu. Never! Never!Never! Mungkin anda pernah jumpa orang sebegitu tapi saya kali pertama jumpa. Dia jarang sakit. Bila demam akan minum air sireh ke apertah. Dia seorang pakar nutrisi (nutritionist). Tapi injection masa kecik saya tak pasti..ehhe..Saya ni dari kecik tak suka makan ubat, jarang kot. Buku kedatangan tahunan ke sekolah boleh kata selalu penuh juga masa sekolah rendah dan menengah. Itu zaman kurang makan ubat juga sebab saya tak suka dan tak akan makan..

Menjelang selepas 17 tahun, selepas sekolah menengah, masa tu macam-macam sakit melanda. Demam semakin kerap nak dibandingkan masa zaman remaja dan kanak-kanak. Makin dewasa makin kerap sakit kepala. Ubat pun semakin rajin menjengah diri ini. Panadol ni macam best friend! cehh! Padahal dulu tak suka sebab bentuk tablet yang susah nak telan dan rasa tersekat di kerongkong bila makan. Dulu ayah saya pernah larutkan panadol bila saya tak mahu makan. Itu lagi dahsyat sebab rasa pahit melekat di dalam mulut. The first and the last panadol larut air. Sekarang ni panadol ada yang bentuknya macam kapsul, mudah ditelan. Panadol friendly saya sekarang.Amboi!!

Jadi sebab itulah saya terkejut, sahabat tu tak pernah makan ubat. ehhe...Iyerla, kalau kome kena demam yang gatai2 satu badan, mahu sapu sesuatu enggak? calamine lotion ker..atau telan antihistamine jugak kott..hehh...

Namun, jika ada cara alternatif, usahakan cara alternatif /home remedy bagi sakit yang tak serius. Macam demam tu macam-macam tips jer.

Apapun, saya bersyukur apa saja penyakit menimpa, takda yang pernah serius sampai nak kena masuk hospital.Bersyukur, kan ?? -)

Bila demam

1-Air lemon/madu
2-Air barli
3-Air assam jawa
4-Jus kurma/kismis
5-Vitamin C kaa..
5-Tepid sponging
6-Mandi kerap ,mandi ais!! heh

macam-macam lagilah tips anda tahu kan..

Baru-baru ni tengok tv, ada seorang pengamal ni dia kata barli tu rendam 1 jam sebelum di masak. Bila dah masak, sejukkan dulu airnya, dah sejuk, perahkan lemon dan minum. Nak campur madu pun boleh...Tips tambahan saya, masukkan daun pandan bila masak air barli. Wangi nanti air barli tu bila minum..-D..

Madu  ni tips yang di mana-mana saya baca dan dengar, tak boleh diminum atau ambil dengan air panas atau suhu tinggi. Sebab dikhuatiri enzim2 bagus dalam tu musnah..Suam-suam kuku (macam manatu?) tapi just suam bolehla...


Panadol (brand name)
Paracetamol (generic name)
Acetaminophen (chemical name)

Berbalik kepada kisah panadol/paracetamolni..Panadol ni adalah OTC (over the counter) ubat yang paling meluas penggunaannya. Tapi bila berlebihan/overdose/poisoning boleh menyebabkan keradangan hati (Hepatitis) . Ada tau, orang telan panadol banyak-banyak bila stress. Jadi jaga-jaga. Ubat bila makan ikut dos disyorkan insya-Allah badan kita mampu menyahtoksik, detoksifikasi bahan kimia yang masuk dalam badan. Bila fungsi hati dan buah pinggang terutamanya masih sihat. Takda apa kesan sampingan jelas pada tubuh.

Namun, untuk mengelakkan pergantungan pada ubat, kita boleh cuba makan ulam-ulaman, dan sayuran/tanaman segar dari belakang laman rumah sendiri untuk penyakit-penyakit tertentu.

Saya pun nak mencari alternatif mengurangkan makan panadol bila sakit kepala yang akan menyerang sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Sekurang-kurangnya satu atau dua panadol saya makan setiap bulan..Macam kawan baik pulak. heh.Sedangkan bila demam di hospital sekalipun, doktor takkan bagi panadol/paracetamol ni melainkan bila perlu. Demam tinggi sangat, yang tak kebah2 barulah bagi. Selebihnya tepid sponging je. Basahkan badan degan kain/span basah. Mandi kerap. Minum banyak air. Kalau tak rajin nak minum air, kena masuk airlah jawabnya (intravenous drip).

Serius saya cakap, ini bukan tajuk yang ingin saya ceritakan sebenarnya. Tapi topik mudah ni dah berkembang dengan jayanya. heh..Al-hamdulillah..

Saya nak berkongsi, pos seterusnya saya akan bercerita tentang...
Saya beritahu in advance sebab dah lama rancang nak cerita tapi nak menaip tu, saya tahu akan ambil masa berjam. Jadi kena betul mood ..-d


Pos seterusnya, insyaAllah saya nak cerita pengalaman saya..jeng jeng jeng....di...

1) Konvensyen Tibb 2014 di Putrajaya
2) Percutian di Cameron Highland September 2014

dan pelbagai lagilah.Itu setakat ni. Dua saja topik tapi besar tau.heh. Bukan sekadar coretan pengalaman suka-suka tapi saya akan masukkan tips2 dan perkara menarik yang boleh dibuat peringatan dan panduan.

Lagipun kena ada ilmiah di sebalik penceritaan. Usah cerita pasal diri saja, takkan habis. sebab manusia ni syok sendiri. Tips saya baca dalam buku Dale Carnegie, kita kena kreatif, tell about what people want to hear...

Okaylah, berhenti sini.cukup , cukup,..kita bersambung ke posting seterusnya.
Terima kasih sudi membaca -)

Ambil yang jernih, buang yang keruh.

1 comment:

Kirito Asuna said...

wah, bila doktor berbicara... haha wlaupn terselit bahasa2 doktor dan sy tak faham, tapi ada info bguna...

Sy jarang mkn ubat sbb biasa demam sehari dua je. Lps tdo, ok la demam tu... haha