expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 7, 2012

Ceragem Bed

Ceragem Bed


Assalamualaikum.


Pernah dengar tak nama Ceragem Bed?Saya pun baruje dengar,emak saya cerita.Syok sangat.Die ngan adik saya pergi kat tempat yang bagi service therapy Ceragem Bed ni,free masatu kalo tak silap.Tapi seronok dengar mak saya cerita.Kebanyakannya orang2 berusialah pergi tempat tu.


Ceragem ni adalah produk buatan Korea dan dah banyak dipasarkan di negara-negara lain.Tapi kat negara kitalah rasanya agak baru kot..he2.Ceragem ni katil,tapi bukan katil biasa yang selesatuh..-D
Ini katil ada fungsi untuk kesihatan.

Kebaikan Ceragem 
-lancarkan perjalanan darah
-legakan sengal2,sakit otot,sakit belakang
-kurangkan stress,perbaiki tidur
-legakan sakit disebabkan arthritis



Prinsip Utama Ceragem


1-Chiropractic
Adalah termasuk dalam perubatan alternatif,dengan menggunakan tangan untuk manipulasi/adjust tulang belakang,meluruskan sendi2 tulang belakang dengan tubuh.Tujuannya untuk melegakan/melepaskan tekanan pada sistem saraf.Chiropractic membantu penyembuhan(healing) tubuh dengan sendiri,dan tubuh dapat berfungsi optimal. 


2-Massage
Urut.Ni tahukan..hu2..mengurut untuk legakan sakit2 otot/sendi,relaxkan otot/sendi,dan merangsang badan..


3-Moxibustion Effect
Kaedah terapeutik,menggunakan tenaga haba dari campuran herba untuk merangsang bahagian badan tertentu.(Target/pressure point).Tujuannya untuk merangsang badan supaya sembuh(heal),memperbaiki perjalanan darah dan nak bagi  badan relaks.


4-Jade
Boleh menghasilkan infrared yang berguna kepada badan apabila dipanaskan.


Katil Ceragem.Unik tak?





Video kat bawahni tunjuk lebih jelas apakah bendanya Ceragemni..hu2



Tadi dah bgitau kebaikan Ceragem kan.Ape keburukan dia pulak?
Sebenarnya,saya tak pasti sangat.he2..
Tapi apa yang saya dapat,Ceragem bagi kesan pemanasan kat badan,untuk lancarkan saluran darah semua bla2..dan haba tu mungkin memberi kesan kepada badan/kulit.Lagi satu komen saya baca,orangni test Ceragem ada keluarkan Elektromagnetic Radiation agak tinggi,jadi mungkin risiko kepada badan,terutama organ2 penting.

Disebabkan banyak review postitif tentang Ceragem ni,ramailah yang tanya Ceragem ni boleh guna untuk macam2 jenis penyakit tak.Daripada setakat sakit2 otot,sampailah ke autistik,kanser,hernia(angin pasang)..

Pendapat sayalah kan,katilni memang bagus sebagai perubatan alternatif.Kita tak bolehla nak bergantung 100%,rasakan benda ni boleh menyembuhkan macam2 penyakit.Secara amnya,benda ni mungkin boleh memperbaiki kualiti kesihatan badan,melegakan sakit2 yang disebabkan oleh tulang belakang (spine),kurangkan stress,perbaiki kualiti tidur..Bagi pesakit yang bergantung pada ubat hospital,ubat hospital jangan tinggal,atau melengah-lengahkan rawatan sakit tertentu sebab nak cuba kaedahni.Kaedahni mengambil masa untuk sesetangah sakit kronik.



Aspek terpenting penjagaan kesihatan ialah gaya hidup sihat.Orang tua yang dah sakit,jadi kena controljela.Bagi kita yang muda ni,pencegahan adalah lebih baik bermula dari sekarang.Banyakje cara hidup sihat yang tak perlu keluar duit.Senaman,tidur cukup,pemakanan semua tu perlu.Lagi satu,orang Islam kan ada solat,semua pergerakan dalam solat tu ada fungsi dalam kesihatan.Kita sujud,rukuk semua.Saya teringat ustaz pernah cakap pagi2 pukul 5/6 ada orang dah joging..Bagusnya..Bagi umat Islam,waktu tu adalah terbaik bangun untuk solat,dan udara pulak segar waktu pagi.


Katil ni kan mengingatkan saya kat kerusi Osim,bendani pun boleh bagi soothing effect,massage sume..Dulu kat umah saya ad satu alatni guna elektrik,yang bergegar2(shaking),kita boleh berdiri atau duduk,basically untuk lancarkan perjalanan darahla.Memangla seronok gune,sampai rosak jadinye..hehe..


*Nak tahu tak berapa harga katilni,nak dekat RM10,000!! -D
Ok,sampai sinijeye.Sekian,wassalam.-)


sumber:ceragem.com
            chinacsr.com
            redflagdeals.com

8 comments:

alif haris said...

hihi fes time dgr bende alah ni :)
mcm katil multifunction hehe

nurul said...

@alif haris yeke..akakpun,kali pertama jugak,kalo emak tak cite,xtahula.maklumla,akakni ketinggalan sikit dengan berita2 semasa..huhu..

Arya Amy said...

dah join dh,, best ,, mcm nak beli je 1,, sgt berbaloi2

Myzone said...

Akak pun Cuba seminggu sekali jer sbb hari lain kerja. Tapi bila sakit pinggang n sakit belakang datang amik cuti jugak gi ceragem. Akak ni Ada rabun jauh yg powernya tinggi sampai 1000 dan Ada sinus yg teruk. Anak2 akak pun sinus jugak . Suami pulak Ada gout n darah tinggi . Rasa mcm nk beli jer.long term berbaloi rasanya.pikir balik2 x guna Ada Rumah cantik berpagar serta ber awning yg harga sampai Rm10,000 tapi badan sakit.....baik beli ceragem.In Syaa Allah niat utk sihat supaya dpt beribadat dgn lebih baik di permudahkan Allah.

Myzone said...

Akak pun Cuba seminggu sekali jer sbb hari lain kerja. Tapi bila sakit pinggang n sakit belakang datang amik cuti jugak gi ceragem. Akak ni Ada rabun jauh yg powernya tinggi sampai 1000 dan Ada sinus yg teruk. Anak2 akak pun sinus jugak . Suami pulak Ada gout n darah tinggi . Rasa mcm nk beli jer.long term berbaloi rasanya.pikir balik2 x guna Ada Rumah cantik berpagar serta ber awning yg harga sampai Rm10,000 tapi badan sakit.....baik beli ceragem.In Syaa Allah niat utk sihat supaya dpt beribadat dgn lebih baik di permudahkan Allah.

raja noorhasliza raja hasannuddin said...

Saya ada katil ceragem utk dijual ..
2nd hand laa ..
elok lg ...

Hilda Nazeera said...

Mcmmana nk kontek raja..

Hilda Nazeera said...
This comment has been removed by the author.