expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 11, 2011

Sabar Pada Hentaman Pertama




Assalamualaikum..Dah lama tak tulis entri..hehe..Tapi saya selalu teringat senior saya pernah cakap,bila kita sabar itu sebenarnya adalah pada hentaman pertama.Apa maksudnya??


Kita sering diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan,kadang2 kita mengeluh dulu,sedih,atau marah2,kutuk2 ker..huhu..Lepastu kita pun cakap "Sabarjelah","Takpe2 aku sabar".
Dan berulang-ulang kali kita sebut bendatu dalam kehidupan seharian.Tapi kita tak sedar betulkah ini yang dimaksudkan dengan sabar??Betulke kita ni sabar?Sabar yang betultu adalah bila masa dugaan tu datang,kita menerima dengan tenang,dan menahan diri kita..dan remain cool..hu3..Betulkan..-D




Pengertian sabar
Dari segi bahasa sabar adalah menahan dan mencegah.Dari segi istilah pula,sabar bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi,menahan lisan daripada mengeluh dan anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah.Kesimpulannya,menahan diri dari berakhlak buruk apabila menghadapi sesuatu.




Kisah tauladan
Ok,jom baca kisah di bawah..


Hentaman Pertama


Suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan melalui satu tanah perkuburan. Di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis.


Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah, lantas Baginda bersabda bermaksud: "Bertaqwalah kepada ALLAH dan bersabarlah."


Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. Dihalaunya Rasulullah, "Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku." Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul. Sebab itu agak kasar bicaranya.


Namun, Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan Baginda.Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.


Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf. "Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah." Nabi s.a.w. tetap tenang, malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama." [Muttafaq 'alaih]









Semoga kita mengambil iktibar daripada cerita di atas..
Dan ingat..mengingatkan diri sendiri..

o--> Sabrun jamil-sabar yang indah..
o--> As-Sabaru minal iman-Sabar itu separuh daripada iman..

Sekian,wassalam.


sumber:Solusi isu 31
            sumber2
            sumber3

No comments: