Why do you blogging?


Salam buat pembaca blog Inspirasi Hidupku..Apa khabar semua. Mudah-mudahan kesihatan berada di tahap terbaik. 

Di kala ini, saat jerebu melanda. Dan ada kawasan yang dah agak surut, selepas turunnya hujan. Banyak hikmah dipelajari daripada jerebu kan. Sangat banyak. Cuma kita perlu berfikir. Saat saya menaip ni, saya terfikir bilakah masanya saya dapat menaip mengunakan banyak jari. Memang penat, bila menaip guna dua jari saja. Setakat ni dua jari saja lah, jari telunjuk tangan kanan dan kiri. Baru-baru ni saya saya dapat menaip menggunakan dua tangan dan banyak jari yang menaip. Di handphone dan di komputer. Namun ianya hanya terjadi dalam mimpi. Kegembiraan dan kejutan terhenti seketika setelah terjaganya daripada tidur....uhhu..



Persoalan yang lama terbelenggu di benak ini..Mengapa saya mula blogging? 
Jawapan saya mudah- nak berkongsi sesuatu yang dirasakan bermanfaat.

Dahulu,saya tak berapa sedar kewujudan blog. Saya benar-benar menggunakan komputer pun setelah mempunyai laptop sendiri- sekitar Mac 2009. Kalau tak, biasanya komputer, saya guna ke tujuan lain..uhu..Teringat saya masa sekolah rendah, kawan ada komputer, saya rasa wow,canggihnya. Masa tu dalam tahun 1999 gitu. Dan ada yang ada phone besar tu..taukan..haha.. Mula-mula berjinak menggunakan internet rasanya tahun 2001/2002 gitu, masa ayah saya mula beli komputer. Dan hanya saya dan abang saja yang tahu password untuk connect ke internet. Masa tu kena cabut line untuk phone kalau nak guna internet. Saya pun apatah lagi, gunakan kesempatan ber'internet' bila balik cuti..uhhu..

Tapi saya  bukan penggemar komputer sangat, kalau saya guna komputer selalunya sebab nak guna internet.



Tahun 2009- Ada seorang kawan saya kata dia ada blog dan minta saya tengok, atau lawat blog dia. Saya masa tu tak sedar pun kewujudan blog, dan tujuannya untuk apa. Mungkin dah banyak kali masuk-of coz,uhuu tapi saya tak peduli pun. Masa tu saya pun try try la tengok blog-blog lain. Dan saya terfikir, macam best je blogging ni. Lalu saya bertanyakan kat kawan saya lagi seorang. Lalu kawan saya lagi sorang tu kata. Dia boleh je nak buat blog ni, tapi dia takut nanti blog2 dia penuh hiburan-hiburan saja. Membuatkan saya terfikir. Sebab saya pun begitu juga ketika tu, so fanatik- addict dengan hiburan melekakan. Kalau saya buat blog, memang jelas nyata dan terang, 100% confirm saya akan share pasal hiburan. Sebab ingatan dan otak saya tengah top tentang tu dan berkongsi sesuatu yang diminati make it so interesting..Dengan sebab itu saya tak buat blog, tangguh dulu. This might look simple. Tapi kata-kata kawan saya tu terngiang-ngiang di otak saya sampai sekarang. Never forget. Seolah-olah memberitahu, jika saya nak buat blog jadi pastikan bebas hiburan yang 'melaghakan'. Dan saya bersyukur sebab saya tak buat blog lagi masa tu, kerana itu. Jika tidak, My blog would be- full of crap!! -D

Tahun 2010- Saya mula buat blog.Namanya My Life ke apetah. Dah lupa. Sebab saya terinspirasi melihat blog English yang share about life. Dan saya agak bosan. erkk!! Lalu saya ada berkongsi tentang life sikit2 but not too personal . Kadang-kadang saya lepaskan kesedihan dalam bentuk poem atau puisi..haha... Dan kemudian buka blog English -Just Started yang mana saya letak semua poem2 English dan short post. Kemudiannya saya buka blog baru iaitu Inspirasi Hidupku sebab saya nak berkongsi tentang maklumat dan ilmu yang bermanfaat, yang -open public to all readers. Masa tu blog personal tu dah disetkan private dan akhirnya saya tutup. Blog Just Started pun saya tutup/buang sudah.


Mula-mula blogging until now, saya buka dalam 10 atau lebih blog. Dan tutup dalam 5 blog aktif. Sebab saya mahu asingkan fokus dalam blog . Sebab menutup macam-macam sebab. Dan manusia tak pernah puas. Lepas satu satu dicuba sampai ke satu level dia dah penat..yeah,just like me..aha..Template dan background blog sudah banyak kali tukar. Rasanya lebih 10 kali jugak. Belum masuk blog2 lain kan. Tapi sekarang macam nak pencen dah..ahakss

Feel stress want to write something. Feel happy also.. but the best 'place' to share our  feelings is Allah.

..................

Ok, jadi berbalik kepada tajuk..Sebab saya blogging memang saya hendak berkongsi mana yang baik dan bermanfaat. Mana-mana yang salah dan buruk tu janganlah diikuti. Saya manusia yang baru menjejakkan kaki di dunia nyata. (selama ni penuh angan-angan dan dunia mimpi..uhhukk) Not kidding, lihatlah url blog saya- dreamygirl!! -D

Apapun, mudah-mudahan angan-angan disertakan dengan usaha.

Keep moving. Keep walking. Till the end of our life.

Dan mudah-mudahan kita betulkan niat kita..Insya-Allah. peringatan buat saya terutamanya.

 Sekian, wassalam -)

Comments