4 Ciri Muslimah Mahal Yang Disegani Lelaki Ajnabi
Assalamualaikum WBT. Apa khabar pembaca sekalian? Mudah-mudahan sihat walafiat dan iman terjaga di musim raya ini. Raya, raya jua. Mata jaga. Perut jaga. (faham-faham sajalahye) Rasanya masih awal lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H. Mohon maaf andai ada salah silap di mana-mana. Saya tak mahu berhutang kemaafan atau apa saja dengan sesiapapun. Maka jika maaf yang perlu, saya akan pinta. Ada satu lirik lagu, "sorry seems to be the hardest word" which seems true . Bila ia jadi terlalu murah, nanti kita kata tiada nilai pula. Tiada erti...err...Mungkin bila ucapan tu tak diniatkan ikhlas berserta niat untuk melakukannya. Macam istighfar. Kita istighfar istighfar tanpa cuba menghadirkan rasa hati memohon pengampunan tu. Dah istighfar, baru je istighfar sengaja tengok aurat orang tadi, satni tengok lagi. Jap lagi mengumpat lagi. Astaghfirullahal'azim..