Ajari Aku MencintaiMU


Assalamualaikum.  
Bagaimana iman kita? Nafsu kita? Liat lagi? Sekarang ini sudah menjengah masuk ke zon kritikal Ramadhan. Dalam perubatan, zon merah. Kena beri perhatian dahulu. Tak rasa nervous ker. Amalan kadang tak seberapa. Kita tak sempurna, nak cuba buat mengikut perancangan, perfect mana pun, ada lopong jua. Tapi cuba tak...?

Jadi nak kata , nak ingatkan diri dan pembaca semula yang kita ni nak masuk sepuluh malam terakhir dah. Sedar ke tidak ni..Al-Quran macam mana.? Solat kita? Sesungguhnya solat itu amal pertama yang akan ditanya di akhirat kelak. Tak lepas yang ini, nak lepas yang lain macam-mana..walau banyak mana amal yang lain, kerana hanya dengan mendirikan solat dengan sempurna, kita benar-benar menjaga agama.


Malam Lailatul-Qadr

Firman Allah dalam surah Al-Qadr:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (5)

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadr itu? Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Ar Ruh dengan izin Tuhannya untuk mengatur urusan. Malam itu (penuh) Salaam sampai terbit fajar”. (QS. Al Qadr [97] : 1-5).

Fokus lah pada 10 malam terakhir ni. Mulakan terus hari ini. Doa banyak-banyak. Nangislah banyak-banyak saat berdoa dengan penuh rasa kehambaan dan berdosa. 
Pohon padaNYA.

(Teringat..Setiap kali menjelang bulan puasa, saya mesti tengah study week. 
Sejak dari SPM sampai U..Selalunya..Alhamdulillah. Banyak pula masa study waktutu. Dan doa mustajab. )

Ujian

Bulan puasa tahun lepas saya teruji. Dan cantiknya perancangan Allah, Allah ketemukan saya kembali bulan puasa tahun ini untuk mencari jalan keluar. Bila fikir semula, Subhanallah cantiknya Allah atur. Takdir Allah. Allah nak saya doa sungguh-sungguh minta bulan ini. (menahan tapi melelah air mata taip ni). Maka Bulan puasa tahun ini saya mengharapkan sesuatu. Penyelesaian. Jalan keluar. Boleh kata orang terdesak. Orang ditimpa kesusahan. Yakin doa orang ditimpa kesusahan itu maqbul. Jika benar-benar berdoa. Apapun hasilnya saya hanya berusaha dan berdoa. Gagal pun, cuba lagi. Macamlah kita tak pernah gagal dalam hidup. Berapa kali gagal dah. huhu. Bangun dan cuba lagila. Allah tak suka orang putus asa, kan. Yang berputus asa daripada rahmatNYA. PertolonganNYA. 


Ujian itu ada tempoh masa dan akan berakhir...
Namun saya benar yakin apa sahaja yang Allah beri itulah yang terbaik. Meskipun perit nak terima kan. Kita akan terima dengan redha jua akhirnya. Sebab DIA tahu apa yang kita tak tahu. Jangan pernah henti berdoa.

Husnuzzohn pada DIA dan pada diri.

Hijrah
Ujian hijrah pun sangat mencabar. Tak ada lain cara melainkan banyakkan fikir soal mati, soal akhirat. Kiamat. hanya dengan meyakini adanya Hari Kebangkitan itu menjadikan kita akan lebih bersemangat untuk menjalani hari-hari mendatang. Juz 30 tu, baca bacala..Bila fikir soal Akhirat, kurang nafsu-nafsu dunia. Sebab kita nak balik sana bawa amal. Anggota badan yang jadi saksi amalan kita. Berkorban, berhijrah, mujahadahlah. 

Saat ni, adik saya dah mesej, baca buku "Momento". 
Karangan Ustaz Adnin dan rakan-rakannya. Saya ada baca sedikit tetapi dah rasa cukup mendalam. Sentapan rohani. Untuk yang nak betul betul berubah, saya memang setuju apa yang mereka utarakan dalam 'Tarbiah Sentap' dan 'Momento'. Sebab itu kita jangan perlekehkan orang yang nak berubah. Saya pun tahu bagaimana perit nak keluar. Kau nak keluar tapi rasa terbelenggu. Kau fikir sampai bila kau akan betul-betul keluar daripada zon jahiliyyah itu. 

   Kau kena tahu apa yang kau kena tinggalkan bila nak hijrah. Ujian hiburan dunia yang melanda golongan muda yang menyebabkan mereka seringkali tewas. Once kau dah boleh kawal benda2tu, atau tinggalkan, insyaAllah tumpuan kau akan lebih terarah. Nak buat baik.Hanya kerana DIA. Jaga betul-betul. Takde kompromi. Ketegasan. Allah suka tak kau buat itu ini, Malaikat catit aper nanti. Badan jadi saksi. 

 Dalam entri saya memang seringkali saya sentuh tentang berubah, change, hijrah. It hurts badly initially. Sebab iman rapuh. Tapi bila dah keluar daripada zon jahiliyyah itu, terasa manisnya. Cuma iman kita ni kan ada turun naik..seringkali, perlu diperingatkan . Diberi sentapan dari semasa ke semasa.


Hayati lirik lagu opick ni. 
Jangan dok nyanyi saja, nanti leka. Usaha ke arah ini.
Ambil Al-Quran baca, tak lama lagi dah ni. Nak khatam, kan -)

Ajari Aku by Opick

Ajari aku mencintaiMu dalam lelah
Ajari aku mencintaiMu dalam duka
Karena jiwa kadang rapuh bosan tak setia
Ajari aku mencintaiMu

Dalam hitam gelap langkah diri yang meraba
Dalam hitam gelap hidup rindukan cahaya
Hadirlah Kau dalam sunyi sentuh dengan cinta
Terangi kalbu sendu yang rindu kepadaMu

Waktu kan berlalu
Waktu tak kembali
Berharap berarti
Sebelum ku mati
Ajarilah aku untuk mencintai
Setulusnya hati sepenuh jiwa ini

Waktu kan berlalu
Waktu tak kembali
Berharap berarti
Sebelum ku mati
Ajarilah aku untuk mencintai
Setulusnya hati sepenuh jiwa ini

Mesti takkan pernah mungkin
Untuk hati kan sempurna
MencintaiMu sepenuh jiwa

Waktu kan berlalu
Waktu tak kembali
Berharap berarti
Sebelum ku mati
Ajarilah aku untuk mencintai
Setulusnya hati sepenuh jiwa ini

Sekian, assalamualaikum.

Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Peringatan buat diri ini. 




Comments