Tips Menjaga Suara

Assalamualaikum..
Saya nak kongsi tentang cara2 menjaga suara..kenapa ye??sebab suara saya macam ada masalahla sejak akhir2 ni..Jadi saya surf internet dan jumpalah tips ni.InsyaAllah nak amalkan..mudah-mudahan ada perubahan..mungkin pemakanan saya ke atau faktor2 lain menyebabkan suara saya jadi macamni..Selamat membaca dan beramal :-)

Tips Menjaga Suara,Memerdukan Suara

1. Banyakkan minum air suam atau air mineral.

2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya.

3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.

 4. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh, boleh meminum teh pudina sebagai ganti. :)
 5. Begitu juga dengan coklat. Kalau boleh kurangkan pengambilannya sama ada coklat untuk dimakan mahupun minuman yang mengandungi coklat

6. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi.

7. Mengamalkan minum air asam jawa buatan sendiri.

8. Kurangkan memakan makanan bergoreng atau berminyak.

9. Tidak merokok.

10.Tidak minum air berklorin

Special tips
1. Anda sediakan dua biji limau nipis.

2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian.

3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan.

4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi

5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli.

6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.

Lagi..

1) Bangun tidur pagi-pagi, minum air masak kosong sebelum gosok gigi. 
    Sebaik-baiknya suam-suam sikit

2) Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina.Bancuh dengan madu lebah asli, suam-suam.

3) Lepas minum air pagi-pagi tadi, mestilah nak gosok gigi. Lepas kumur-kumur cuci mulut, lepas gosok gigi, sebelum berwuduk Solat Subuh, masukkan air dalam hidung. Tarik air masuk guna hidung, dalam-dalam. Pastu cuba keluarkan ikut mulut seberapa banyak yang mampu.

4) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. 
    Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran.

5) Duduklah dengan tetap dan seimbang. 

KALAU SUARA TAK ELOK JUGAK.
------>>>jumpa doktor : -)


Ohya,saya nak tambah-jangan bagi strain sangat kat suara..contohnya menjerit tiba2..atau kalau anda kerap bercakap kuat macam cikgu,kena bagi rehat juga..jangan berjam2 bercakap xberhenti2..dan berbisik2 banyak sangat..control ye -)
ni langkah pencegahan dari hilang suara dan kena jangkitanla..hu2..

Kebanyakannya tips kat atasni bagus,boleh dipercayai..tapi yang pasal minum berkafein tu saya xpasti boleh menjejaskan suara.Tapi xpe,kafein memang xbagus pon utk kesihatan..-) Makan coklat pun saya xsure..Kalau kek coklat,kuih coklat??koko?saya suka minum koko..hu2..dan Lagi satu saya xberani nak guna kapur..sebab kapur tu panas..hu2.. lagipun,saya xboleh nak bayangkan saya minum kapur..-p.Yang limau ni kenapa perlu belah 4 bahagian jugak?kalau dua?3?mungkin senang nak perah kot..lagi senang keluar airnya..-p Anda ada kemusykilan?atau jawapannya??

Kalau anda ada tips nak kongsi sila2kan.Wassalam -)

Mutiara kata hari ini:
"Suara hati kita begitu lembut sehingga mudah untuk mematikannya, tetapi suara hati kita juga begitu jelas sehingga tidak mungkin keliru."

Comments

Alif Haris said…
yg tarik air dlm2 dan keluarkan lalu mulut tu tak tersedak ke nnt ? haha ..
nurul said…
huhu..xtahulah..ape kata awk try dl,bgtau akak??hu2..mane yang rasa musykil tu xyahla buat..takut jadi pape pulak :-)
gud information,. hehe.
tp cm beselah,. ape yg kite slalu buat tu la kita akn rase xpasti, mnjadi ke x kalau tingglkn,. heh
Solihin Zubir said…
boleh try ni..
pasni bleh masuk tilawah qurah.. cewah.. hehe..
nurul said…
afiq:yup -)

solihin:bagus2 -)
Anonymous said…
masuk air dlm hidung pastu keluarkan melalui mulut? Takut tak sempat keluar kot mulut, biji mata dh merah menahan pedihnya menghirup air guna hidung...Pernah jgk try tak boleh...

TQ 4 sharing...
Unknown said…
salam, tq atas tips yg berguna ni..
nurul said…
wassalam..sama2 amalkan :-)