Sebab Perut Kembung


Assalamualaikum..
Ada banyak sebab kenapa baby nangis..
Tapi saya tak leh lupalah 3 sebab utama ni..basic..he2..
Sama ada 1-lapar,2-pampers basah (faham2),3-sakit..
Sebab bayi kan tak tahu macam mana nak cakap..nangis3..
Lapar nangis,sakit nangis..demam nangis..hu2..macam mana nak bezakan
sebab dia nangis??Jadi,dah tahu punca utama ni kenalah cek satu2..
Sumbat ngan botol susu,kalau tak elok jugak,cek pampers..
Tak elok2 jugak..sakit kot..Sakit di mana pulak??
Baby yang beberapa bulan ni bukannya boleh tunjuk kat mana tempat dia sakit..
nak cakap apatah lagi..-) 
Jadi----->jumpa doktorla -)
Moral of the story??
Berterima kasihla pada ibu dan ayah yang dah penat jaga kita sejak kecil..
Bila besar ni dah pandai jaga kesihatan sendiri,
jadi jangan sia-siakan nikmat sihat yang Allah dah beri..
"Mencegah lebih baik dari mengubati" :-)


Sebenarnya,bukan topik bayi menangis ni saya nak cakap..
Saya nak cakap pasal Sebab Perut Kembung..hu2..
Sebab teringat jugak bayi kan selalu dapat perut kembung..
dahtu ibu pun sapu bayi dengan ubat..minyak apetah..
Ada masa mungkin lega..kalau xlega,ada masalahla tu kot..
Bila rasa perut kambung ni mesti tak selesa kan..
Kita kalau makan banyak sampai kembung pun xselesa..
Jadi,makanlah bersederhana,jangan lebih2..lagi2..masa bulan Ramadhan 
yang dah nak dekatni..Sebab lapar,kita hentam apa saja masa berbuka puasa..
Dah dahtu,sakit perut,perut tak selesa,nak solat tarawikh pun berat,malas je rasa,
Bila sujud,rasa nak termuntah balik semua makanan,(betulke??ni saya dengar hal ehwal islam, ceramah oleh pelajar sekolah..berjenaka)Tapi mungkin betul jugakla..-)
Masa bulan puasa,bagi perut ni rehat sikit dari aktiviti2 penghadaman..
Penyakit-penyakit yang berpunca dari perut pun kurang..
Anda perasan tak,bila puasa,masalah sakit perut kurang??(selain yang ada gastrikla)
Takdelah nak kena keracunan makanan sebab salah makan..mana taknya,semua makanan bantai..-)
Bila kita betul2 berniat puasa tu,perut takdelah rasa lapar sebagaimana kita lapar masa tak puasa..ada rasa begitu tak??

Balik semula kepada tajuk perut kembung..
(Perut sebenarnya stomach..organ dalamtu..tapi bila cakap pasal perut di sini,rasanya
semua faham perut..yang itulahkan..hu2..Bahasa yang lebih tepat adalah 'abdomen') -)


Ada 5 sebab utama,yang senang ingat kenapa perut kembung..
5 Fs' 
1)Fat(lemak)
Ini boleh dilihat pada perut orang yang ada masalah 'obesity'..
Perut nampak kembung/buncit sebab lapisan perut tu tebal dengan lemak..hu2..
Yang ni memang xelok untuk kesihatan -)

2)Faeces(tahi/najis)
Perkataan tahi ni kureng sesuaila sebab bentuk makanan dalam usus besar taklah dipanggil tahi..Bila berkumpul2 dalam usus besar,dan ada bila usustu ada block boleh menyebabkan masalah kembung..

3)Fluid(air/cecair)
Bukan air dalam perut(stomach) ye..tapi air dalam rongga abdomen(abdominal cavity)
Yang ni tak normal..mungkin masalah jantung,hati,buah pingging,jangkitan,tumor dll.

4)Fetus(bayi)
Fetus-name untuk bayi dalam kandungan ibu,bila keluar jadilah bayi..hu2..
Kalo perut kembung sebab ni mestilah gembira kan -)

5)Flatus(gas)
Bila ada gas berlebihan dalam usus besar,pon boleh menyebabkan perut kembung..
Sebabnya tertelan gas/udara,masuk angin dalam perut..Ada tak bila anda tak makan ikut waktu
yang sepatutnya,pastu rasa perut masuk angin..satu sebab juga kenapa perut kembung..Itulah,anda makan anginje..(berjenaka -p)

Saya ada 2 tips yang praktikal untuk perut kembung..disebabkan angin
1)Minum ENO
2)Minum air rebusan halia
cubalah..hu2..kalau ada petua lain,sila2 kan kongsiye

Quote of the day:
"The only way to keep your health is to eat what you don't want, drink what you don't like, and do what you'd rather not".

Comments

s a r said…
assalamualaikum cek adek yang mula busy dengan kerja2 nya. ~ahah

that's why syaitan suka orang yang kekenyangan. sebab suruh tido, lupa suma. :D

p/s-bab lemak tu sensitif pulak. ahah
nampak sangat saya tak sihat. :P
salam ramadhan beb. :D
Anonymous said…
Assalamualaikum...

budak dlm gmbr tu perut kembung ke? ha3

tips ketiga, sapu minyak yuyi cap limau kot (mcm dlm iklan radio tu) ha3

Akhir sekali, ingatlah Allah selalu. Allah yang bagi sakit, dan Allah yg bagi sembuh... PEACE!
YouSOF said…
hehe.. Minum ENO lah lagi mudah. sedap pun sedap.. ;D
nurul said…
sar:wassalam..salam ramadhan -)

asakura:Wassalam.bdak gambar tu xtahula..thanq -)

yousof:pernah minumke??xsedapla..rasa dia pelik..hu2
Alif Haris said…
hehehe .. sy suka minum eno .. sedap :D
hahaha