Posisi Tidur Yang Terbaik



"There is one thing people like that is good for them;a good night's sleep"
     (Edgar Watson Howe ~American editor~)


Assalamualaikum.
Saya nak kongsi tentang posisi tidur..
Ada banyak posisi tidur yang kita pernah dengar atau sendiri buat;melentang,mengiring ke kiri,mengiring ke kanan,duduk,setengah duduk,menonggeng(ade ker??adeni..he2) meniarap dan macam2 lagilah kot yang saya xtau..hu2..
Kita kadang-kadang ambil mudah je perkara ni..sebab selagi xjadi masalah,
so buat ape kisah..hu2
Tapi kita xsedar setiap pergerakan badan kita,aktiviti kita ada rahsia yang tersembunyi di sebaliktu.
Bila dah penat dari kelas atau kerja seharian,xfikir apedah,boom..terus tidur atas katil..entah ntah apa posisi entah..bila bangun,sakit2 badan 
(macam ada pengalamanjer..he2..contohjer..-p )
Jadi,apa kata baca sikit..





Tidur meniarap/terlangkup
Tidur dengan cara ni,dinding dada dan perut tertindih di bawah mempengaruhi kualiti pernafasan.
Tarikan nafas menjadi lebih pendek kerana tindihan permukaan dada menahan pengembangan rongga dada.
Selain itu,xelok untuk kesihatan reproduksi lelaki kerana sentuhan alat sulit lelaki dengan alas tidur boleh mencetuskan terjadinya masturbasi.


Tidur terlentang
Tidur telentang dengan berbaring di atas punggung dengan tangan di atas menyebabkan pernafasan berlaku melalui mulut.
Mulut terbuka ketika berbaring di atas punggung kerana rahang mulut relaks.
Lidah  pula jatuh ke belakang tekak,menghalang saluran pernafasan menyebabkan berlakunya dengkuran.
Pernafasan melalui mulut berbeza dengan bernafas melalui hidung.
Hidung direka khas untuk tujuan bernafas.
Hidung mempunyai rambut2 halus dan cairan mukus yang mampu menapis kotoran dan melembapkan udara yang masuk ketika bernafas.
Tulang rawan dalam hidung yang berbelok-belok  mnyebabkan udara yang menyentuh saluran darah di sekitarnya sehingga menghangatkan udara yang masuk.
Ini berbeza dengan pernafasan melalui mulut ketika tidur dengan posisi terlentang.
Tidur dengan cara ini memudahkan berlakunya radang organ saluran pernafasan.


Tidur mengiring ke kiri
Jantung kita di sebelah kiri akan tertekan oleh paru-paru kanan.
Paru-paru kanan adalah paru-paru yang lebih besar dan posisi mengiring ke kiri akan mempengaruhi kontraksi jantung.
Apabila perut sudah penuh,posisi ini juga akan menekan perut kerana hati sebagai saluran terberat saluran pencernaan menekan isi perut sehingga menyebabkan pengosongan isi perut menjadi lambat.
Experimen di Galteh dan Butseh menemui pengaliran makanan  daripada perut ke usus memerlukan dua hingga empat jam apabila seseorang tidur mengiring sebelah kanan,tetapi memerlukan 5-8 jam apabila seseorang tidur di sebelah kiri.


Tidur mengiring ke kanan
Posisi terbaik,di mana paru-paru kiri yang lebih kecil daripada kanan memberi tekanan yang sangat kecil kepada jantung.
Hati juga tidak membebani perut sehinggakan perut menjadi lebih mudah dan cepat dikosongkan.
Selain itu,tidur mengiring ke kanan juga membantu pembuangan rembesan mukus pada bronchiole kiri.
Mengikut struktur anatomi organ paru-paru,percabangan bronchus kanan dan kiri tidak simetri.
Paru-paru sebelah kanan relatif lebih lurus,manakala sebelah kiri lebih vertikal,jadi pengeluaran mukus lebih sukar sedikit di bahangian kiri berbanding kanan.
Dengan tidur mengiring ke kanan maka pembuangan mukus dipermudahkan bagi bronkus kiri.


Ada juga yang menambah;tidur mengiring ke kanan ini supaya kepala kita menghadap utara dan kaki mengadap selatan.
Tubuh tidak menolak arus medan magnet konstan yang mengalir dalam sekujur tubuh daripada kutub magnetik utara menuju ke selatan yang turut mempengaruhi keadaan tubuh kita seperti posisi menghadap kiblat.


Rasulullah tidur dengan mengiringkan tubuhnya ke kanan,sambil berzikir kepada Allah sampai matanya terasa berat.Kadang-kadang baginda mengiringkan badannya ke sebelah kiri sebentar.Kemudian kembali ke sebelah kanan.Apabila mahu tidur beliau meletakkan tangannya di bawah pipinya,kemudiaan berdoa,
'Ya Allah,dengan namaMu,aku hidup dan aku mati."


Ketika bangun baginda berdoa,
"Segala puji bagi Allah,yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadanyan kami kembali".


Apabila baginda bangun dari tidur,beliau mengucapkan tahmid,takbir,tahlil dan memanjatkan doa kepada Allah.


Jadi,faham x??hu2..
Pasal arus2 tu saya pun pening..he2..
Secara keseluruhannya kita dapat tahulah kenapa digalakkan tidur sebelah kanan kan..sunat,ikut cara Rasulullah,dan ada kebaikannya.
Saya faham pasti susah untuk mengubah tabiat tidur..yang dah biasa menelentang atau macam2 cara lainla..(pesan kepada diri jugak..hu2)
Tapi kita boleh cuba praktice slow2..xrugi..sebab manfaatnya pada kesihatan kita sendiri.
Jadi,fikir-fikirkanlah..-)


source:Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit karangan Dr.Adi Hashman

Comments

Alif Haris said…
tq for sharing .. nak apply la aktu tido nnt .. hehe