Hipokritkah kalau bergerak ke arah kebaikan?



Saya ada terbaca blog junior/sahabat saya,Faiq Zaini berkenaan hal ini. Kemudian ditambah pula,selepas itu salah seorang pembaca Langit Ilahi bertanya kepada saya berkenaan ketakutannya bergerak ke arah kebaikan kerana rakan-rakan mencercanya sebagai hipokrit.

Ya, ada orang takut berubah kepada kebaikan kerana risau. Kadangkala bukan merisaukan kutukan orang. Diri sendiri itu pun mempersoalkan tak hipokrit ke aku ni kalau berubah?

Ayat-ayat racun macam  "aku kena jadi diri sendiri".. "akan mula merosakkan jiwa"

Hipokrit ke kalau jadi baik? Jadi baik ni, sama dengan tak jadi diri sendiri kah?
Siapa la pandai-pandai buat peraturan hodoh macam tu?

Kalau bab tak jadi diri sendiri, maka buat benda-benda tak elok itulah hipokrit


Kenapa tak nak berubah? Dia kata, tak nak jadi hipokrit. Dirinya suka benda-benda yang Allah larang,suka merokok, suka ponteng kelas, suka mencarut, suka couple dan sebagainya. Jadi, kalau berubah ni hipokrit. Not myself katanya.

Oh? Mana kamu tahu jahat/nakal/kurang aja/tak bagus tu adalah diri kamu yang sebenar?

Siapa ajar?

Tahu apa diri kita yang sebenar?

Saya bagi satu hadith, dan satu ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda:
 "Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi,"

Kenapa Rasulullah SAW tak cakap: Ibu bapanya(suasana pembesarannya)lah yang menjadikannya islam, yahudi, nasrani, dan majusi ? Kenapa?

Sebab bayi itu dilahirkan atas fitrah. Fitrah=Islam. Islam=baik.

Jadi, siapa kata menjadi baik itu hipokrit? Jadi jahat la hipokrit. Sebab jahat/nakal dan segala yang berkaitan dengannya itulah yang bukan diri kita sendiri.

Allah SWT pula berfirman:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Diajadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Dia berfirman): Bukankah Aku ini Tuhan kamu?Mereka semua menjawab: Benar, kami menjadi saksi(mengakuinya)," Surah Al-A raff ayat 172.

Ah, sebelum kita lahir lagi, fitrah kita adalah beriman. Fitrah kita adalah Islam. Fitrah kita adalah taat kepada Allah SWT. Sebab itu, pernah dengar kan kata-kata: Bayi itu suci dari dosa?

Jadi, nak kembali kepada kebaikan, nak bergerak menjadi hamba yang taat, di mana hipokritnya?

Masalah manusia senget akal.

Masalah segelintir manusia adalah, apabila ada rakan mereka nak berubah, mereka akan hina-hina, kutuk-kutuk. Kata-kata berikut adalah yang biasanya keluar:


Tak payah jadi baiklah. Kau ni memang dah tak ada harapan dah nak ikut geng-geng baik ni.

Kau jangan nak tunjuk bagus la bro. Dunia belum terbalik lagi la.

Hipokrit la kau ni. Jahat tu jahat la. Jadi baik buat apa?


Ini penyakit paling kronik yang ada dalam masyarakat kita. Tengok sahabat dia jadi baik, dia tak senang,dia rasa sempit, dia rasa gusar. Dia mewarisi sikap satu makhluk ni. Makhluk apa?

Iblis. Iblis, syaitan dan konco-konconya memang akan rasa sempit hati bila nampak orang bergerak ke arah kebaikan. Dia rasa bengang, rasa marah dan rasa sangat-sangat la bengkek bila tengok orang buat baik. Sebab, tujuannya atas muka bumi ni terganggu. Semasa dia dilempar keluar dari syurga, dia telah bersumpah kepada Allah SWT:

Allah SWT berfirman:

"Iblis pun berkata: Oleh kerana Kau telah menyebabkan aku tersesat, maka sesungguhnya aku akanmengambil tempat menjadi penghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan serta kiri mereka, dan Engkau akan mendapati tidak ramai dari mereka yang bersyukur," Surah Al - Araff aayat 16-17.

Tapi benda ni, kalau cakap pada pengutuk-pengeji ni, mereka tidak akan faham.

Maka, jadikan ini inspirasi, kekuatan kepada yang nak merubah diri, agar terus sabar dan tabah. Hendak kembali kepada fitrah, hipokrit apanya?

Bukan boleh terus jadi malaikat.

Kepada yang nak berubah, jangan rasa susah hati kalau ada masanya anda jatuh semula. Terbuat salah lama. Memang itu resminya kehidupan manusia. Imannya turun naik. Tak ada manusia yang tersedar-sedar terus jadi baik macam malaikat.

Tak ada. Melainkan kamu boleh jumpa situasi itu di dalam drama dan novel sahaja.

Manusia biasa, paling kurang akan tetap ada sisa-sisa jahiliyyahnya. Lambat untuk membuang semuanya.

Tetapi ini bukan alasan berputus asa.

Sebab itu saya suka tunjukkan kamu kisah pembunuh kepada 100 orang. Dia telah membunuh 100 orang, tetapi dia masih berusaha bertaubat kepada Allah. Akhirnya Allah memasukkannya ke dallam syurga, tanpa dia sempat bertaubat. Dia hanya baru hendak bergerak ke tempat taubat sahaja. Itulah dia maknanya, keampunan Allah meluasi kemarahan-Nya.

Ketahuilah, kepada orang yang hendak berubah, Allah amat mencintai kalian.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri," Surah Al-Baqarah ayat 222.

Apa la kisahnya dengan kritikan orang ramai, jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang Allah?

Penutup: Usah peduli orang lain. Bergerak terus ke arah perubahan

Bila nak berubah, jangan teragak-agak. Niat berubah kena jelas, menuju kepada Allah semata-mata.Tidak berubah kerana perempuan, tidak berubah kerana kawan, tidak berubah kerana yang lain-lain.Berubah hanya kerana Allah SWT.

Dengan ini, kalau satu dunia menyisihkan anda kerana perubahan anda, anda tetap tenang dan sabar,teguh dan tabah.

 Bergeraklah terus ke arah perubahan.

 InsyaAllah, Allah SWT tidak akan mengecewakan hamba-hamba-Nya yang mendekati-Nya.

 Saya tutup artikel ini dengan surah penenang jiwa. Dalami maknanya ya.

"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu yang memberati tanggunganmu? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apa-bila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha(mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)," Surah Asy-Syarh ayat 1-8



Assalamualaikum..
Motivasi ini saya ambil dari laman web penulis novel Islamik,Hilal Asyraf .
Mudah-mudahan dapat pengisian berguna untuk pembaca semua.Saya tak terfikir nak buat entri ape..jadi saya berkongsi mana-mana sumber yang saya jumpa.Sebab saya lebih senang dan rajin membaca sesuatu dari menulis..hu2..-)..Novel yang baru je saya habis baca baru-baru ini,Sinergi..Novel ini sangatlah best dan menarik..Kenapa Sinergi??Sebab itulah anda kena baca baru faham..Sesuai untuk perempuan dan lelaki,terutamanya jika anda nak merasakan sesuatu penghayatan dalam pembacaan anda..Nanti ada masa saya cerita tentang novel ini..InsyaAllah..-)

Anda boleh juga download entri motivasi beliau di laman web langitilahi.com pada ruangan download/muat turun.Tapi kalau anda ada masalah nak access website tu,anda boleh juga download di link saya bagi ni-motivasi

Mutiara kata hari ini:
"Sedarilah hakikat bahawa setiap perubahan yang anda lakukan mengubah dunia di sekitar anda,"

Comments

s a r said…
assalamualaikum beb.

excellent beb. nice entry. aku suka.

terkejut gak bila baca ni. lagi2 ada ayat2 yang aku suka.

"manusia senget akal"

ahah. memang ini resam manusia. aku ada dengar tazkirah pasal iblis syaitan ni. lebih kurang macam ni.

"Semakin tinggi iman seseorang, semakin tinggi pangkat syaitan yang menggodanya."

website tu aku tak habis terjah lagi weh. makin menarik nampaknya. tapi novel yang kaw kata tu, aku tak perasan pulak ada sinopsis ke apa ke kat website tu.

good job beb! :D
Unknown said…
huhu..tak betol la tu kalau kata hipokrit..tapi kena tgk gak ikhlas ker tak..ehehe
YouSOF said…
Memang betullah jadi jahat tu hipokrit sebab mana² bayi yang baru lahir ke dunia ni semuanya suci. suci = baik. bila baik 'kena' jadi jahat tu bukan hipokrit kah namanya?

perkongsian ni sangat bagus! ;)
nurul said…
@sar:boleh download segmen motivasi tu sar,bagus..walaupun ak pon baru baca sikit..hu2 -)

@apik:ye..-)

@yousif:ye..pernah jugak terasa diri hipokrit..-)
Alif Haris said…
yang penting niat kita sama ada ikhlas atau tak dlm berubah kpd kabikan itu ..

tang hipokrit tak hipkrit tu manusia lain yg nilai berdasarkan kepala otak mereka jew ..

jadi sbb tu orag ckp nk jadi baik ni susah :) mulut orang tak boleh tutup ..
jadi persetankan sje ape yg kelua dari mulut dorang ..:D
Niena Muhammad said…
perkongsian yg sgt bagus :)
Niena Muhammad said…
ramai yg kata sy hipokrit tp sy xkesah, Allah tau..
Anonymous said…
itulah dugaan bagi orang yang mahu berubah kepada kebaikan...kalau nk jadi jahat, mudah je, tapi nak jadi baik tu yang susah...
nurul said…
@alif:ya..kena ikhlas..kena istiqamah..-)

@nina:ya,pandangan Allah lebih utama -)

@yusuf:ye..Dan selagi diri dikelilingi kejahatan, maksiat,selagi tu jiwa takkan tenang..Jadi bila hendak berubah,kita kena sentiasa bertaubat,bila dah mengulangi kesilapan..-)
Salam...artikel yg amat brmanfa'at...Memang satu artikel yg amat bermotivasi & boleh memberi semangat serta mengubah persepsi sesiapa saja yg ingin bergerak ke arah kebaikan....
OEN-OEN said…
betul, semua butuh perubahan itu ^^