TRIP TO KOREA 2016 DAY 2 PART 1:FROM GYEONGJU TO BUSAN (3)

Momojein Guesthouse, Gyeongju

MOMOJEIN GUESTHOUSE REVIEW



          Assalamualaikum…Day 2 Trip ni, entri kali ni nak cerita tentang perjalanan daripada Gyeongju ke Busan. Dalam satu hari, ada 3 bandar kami jelajah- Gyeongju, Busan, Jinhae. Perjalanan sahaja, bukan melawat lagi, cerita melawat tempat menarik -next entri. Tapi post ini pun banyak jugala nak cerita.-D

Momojein Guesthouse ni bukan pilihan pertama asalnya, mula-mulanya saya book kat Gyeongju Guesthouse..Tapi saya tak ingat sebab apa eh saya tukar, rasanya sebab ini lagi murah sikit kot..Yelah, nak budget trip, memang kena cari yang sesuaila. Lepas bulan 12 2015 saya dah tak tukar dah booking kat Gyeongju. Sebab masa tu dah mula plan perjalanan Mula-mula cari bookingni kat trivago. Trivago akan redirect kat banyak website..Akhir sekali saya tetap selesa cari terus kat booking.com sebab kat website booking.com saya rasa senang cari, detail jelas dan complete, gambar, review semua, dan takde masalah masa guna kad bank masa booking...

         Subuh di Gyeongju masuk awal pada penghujung Mac ni, pukul 4 lebih dah masuk. Jadi pukul dalam pukul 5tu dah  wajib selesai menunaikan solat subuh. Sebab matahari terbit awal, lagi awal daripada Busan/Seoul. Pukul 6 tu dah terang dah. Gambar atas ni diambil daripada tingkap bilik kami menginap. Waktu tempatan baru pukul 6.23 pagi tapi dah terang benderang macam pukul 8 jer..


      Pagi-pagi lepas siap berkemas, saya pergi tangkap gambar dalam dan luar guesthouse ni. Semalamnya lepas check in sebab nak cepat keluar untuk tour, jadi tak sempatlah.. Saya ni ada habit tangkap gambar sebelum check out kot. Kat Busan dan Seoul pun buat macamtu jugak..Tapi keadaan bilik mestilah bersih, sebagaimana ketika check in.



 
Comeljer biliknya, kecil tapi susunan, hiasannya menarik dan kemas. 
Barang-barang dekat dengan cermin tu tersusun elok jer, tak guna pun..


 Economy twin room with shared bathroom
Tepi katil ada tingkap. Best bilik ada tingkap ni, boleh ushar2 luar,heh.





 
Air-con ada, berguna untuk summer jerlah..

Ke ruang tamu pula..

 



                                                                   Dining table

Breakfast roti dan marjerin sebelum check out bersama segelas jus oren. Adik saya lah..Air oren memang saya tak gemar..Saya minum milo 3 in 1..


Suka interior design macamni..Perabot kebanyakan kayu..lantai pun kayu


                                              Kitchen. 


Dapur pun cantik dan kemas. You can eat anytime here. No time restriction to use kitchen.


 
Banyak fridge magnet pelbagai negara. Ahjussi ni suka travel nampaknya..


  
Toilet bersih. Ada shampoo, body bath, air panas semua..

     Ada review saya baca di website tripadvisor, ada tourist tu cakap pintu tandas agak kecil untuk masuk. Ni mungkin Western foreigner kot, yang tinggi2 galahtu..huhu..Bagi saya okayje, for Asian height. Toilet dia canggih, ada butang bagai, ada guna elektrik ni.. Saya cuak gak masa tengok tu, alamak camane nak guna ni. Kang tertekan mana2 tak patutker..habis basah.heh  Pastu ahjussi tu tunjuk butang flush jer..hehe…kan senang.

     Lantai toilet selalu kering. Memanglah ada tingkap juga bagi udara masuk untuk pengudaraan dan keringkan air tu, tapi saya tetap akan lap sikit atas papantu guna tisu lepas guna…Tak tahula, segan nak tinggalkan basah2 kot..sebab dia biasa kering..


 PC desk. 

Boleh guna PC dan ada free wifi. Saya tak ingat saya guna ke tak wifi kat sini. Lupa..tapi di Busan dan Seoul ada guna wifi. Kat dinding sini ada tampal macam2 map. Ada bagitahu lagi bas mana yang nak ambil kalau kita nak ke tempat-tempat tertentu. Itulah, sebelum melawat semalam, saya tak terbaca info kat wall ni, dan tak bertanya pulak..heh.




Nampak rak buku tersusun. Banyak buku tentang travel, brochures di situ..

Tips : Sebelum pergi melawat tu, cuba tanya kat owner atau ahjussi tu cara ke tempat-tempat yang kita nak lawat. Diorang sangat arif, kot2 bagi shortcut ker, maka menjimatkan masa sesat kita..hhehe



Luggage storage area. 


Kalau datang awal sebelum check in time, letak je luggage di sini..


 
Pintu masuk




 Seriously saya suka sangat design dalaman guesthouse ni. Cute and neat walau banyak item..



Nice resting area..boleh berkelah di luar ni kalau banyak masa..



 
Tulip kat belakang tu,kan…



The dog. Saya rasa Momojein tu.. Momo tu nama anjing tu..Jein tu adalah nama isteri ahjussi tu..Saya pernah dengar ahjussi tu panggil anjing tu ker atau baca kat mana2-tripadvisor. huhu



Inilah ahjussi tu..masa hari pertama datang tu saya tanya nama dia. Saya dengar dia kata Jo something. Jadi saya panggillah ‘Jo Sshi’. Sshi ni kan macam encik atau cik/puan lah juga. Panggilan yang sopan. Nampak dia dia angguk-angguk cakap ye. Actually saya tak pasti Jo tu nama dia ker..atau sebab bunyi saya sebut tu macam ahjussi. Josshi, ahjussi..haha..dekat dekat jer tu kan. Muka dia nampak dah agak berusia, sebab uban tapi badan fit dan tegapje tengok..

   Dia ada cakap Jein tu isteri dia, tapi waktu ni isteri dia takde sebab abang isteri dia meninggal. Abang ipar ahjussi tula.. Masa saya email guesthouse untuk booking, saya contact dengan wife dia, sampailah sehari sebelum datang sini..

   Sebenarnya pagi masa ini sebelum ahjussi tu memunculkan diri, saya jumpa dengan sekumpulan pelancong dari Malaysia kat meja makan. Diorang baru sampai nak check in. Beberapa orang Chinese Sabah ke Sarawak tah..Borak-borak sikit, diorang melancong hampir 2 minggu jugala. Lama..Diorang terkejut kami stay kat Busan sekejapjer..hehe..nak wat camaner, more days to stay, more money to spend la. Diorang stay dalam 3 hari +- macamtula kat Busan. Sebenarnya itinerari asal saya, exclusive for Busan 3 hari juga, tapi lepas modify nak ke Gyeongju dan  Jinhae, tu yang Busan jadi sangat sekejap..very.Tak sabar nak bercerita pasal Busan..Memang sekejap sangat kat Busan…

     Pelupa itu, sifat manusia. Saya pun tak terlepas daripada sifat pelupa, tertinggal barang kat mana-mana saja saya tinggal.heh Nasib baik tertinggal makanan jer, satu plastik kismis. Letak dalam peti sejuk malam sebelumtu. Dah sampai Busan kot baru teringat..Masa kat Busan tu saya email kat Jein suruh makan jer, very nutritious. huhu

      Masa nak keluar ni ahjussi tu bagi lagi map untuk ke bus terminal dan explain lagi. Kitorang pun angguk-angguk faham. Bila dah keluar tu, jalan sikit..Dan tetiba, ahjussi tu panggil, tunjuk salah arah..haha..Mujur dia ada instinct nak cek kitorang ni, kalau tak sampai ke hujung jalan la dengan beg2 besartu tarik... -D



Overall rating for Momejoein Guesthouse
Saya bagi 4.5 star untuk guesthouse ni. Pasal penginapan saya tak cerewetla. Dengan kos yang murah dan budget ni, saya puas hati dengan kemudahan dan layanan yang diberikan. Sebab tu lah boleh bergambar lagi dengan ahjussi tu buat kenangan.huhu I mean I’m feeling good about staying here. Even for a very short stay. Kat Busan lagi bagus service walau sangat sekejap tapi Seoul nanti lain..eheh. Recommended to stay here, bagi sesiapa yang nak melawat Gyeongju. 


Gyeongju map.

Anak panah menunjukkan laluan keluar daripada Momojein guesthouse ke terminal bas Gyeongju.


                            


Hwangnam bread/Gyeongju national bread.
Sedap bread ni...-D
(googleimages)

**Gambar bulat berbentuk bread ni kat map tu merujuk kepada Gyeongju National Bread Shop


Daripada Momojein guesthouse, kami melalui Taejong-ro 791 untuk keluar ke jalan utama, iaitu Taejong-ro. Lepas tu belok kanan dan akan melalui 3 lampu isyarat untuk sampai ke Gyeongju Express Bus Terminal.

               



 
Gambar ni saya lukis masa dah sampai di stesen bas Gyeongju, setelah dapat idea dan orientation ..huhu

MomojeinGuesthouse to Gyeongju Bus Terminal

Directions: From Momojein Guesthouse, walk out until you reach sign board ‘Momojein guesthouse’. So in front of you is Dongseong-ro (ro means road). Turn right and walk a little bit until you see a shoe store ( Shoes Story) on your left. Turn left (to enter the road) which is Taejong-ro 791. Now your landmark: Shoes Story ( left), Petit In (right). Now you are at a right track . hehe. You just walk straight along the road until you reach an intersection. Towards the end of the road, you will see buildings with red colored gate on your right, and white/cream colored buildings on left (Gyeongju Self Sufficiency Center). Turn right and walk straight until you reach Gyeongju Express Bus Terminal on your right side. Then enter the building to buy your bus ticket. Noted that you will have to pass 3 traffic lights to reach there.

How long does it takes to walk from Momojein Guesthouse to bus terminal?
 It depends on how fast you can walk..hehe.. and also other factors....around 15-20-30 minutes…

Direction atas ni exclusively saya buat untuk kefahaman saya, sebab bila dah keluar daripada Momojein Guesthouse, bukannya betul-betul jalan staright terus enter Taejong-ro macam map atasni. Daripada lorong masuk Momojein guesthouse, pusing kanan dan jalan atas sikit baru jumpa dan masuk Taejong-ro sebelah kiri.  Sebab tu saya lukis maptu memang ada turn right,jalan ke kanan sikit…

 
Dongseong-ro. Momojein Guesthouse will be on your left side, nanti ada signboard Momojein Guesthouse dan lorong kecil. (Ignore the date. Ni semalam punya gambar)

               





Landmark for Taejong-ro 791: Shoes Story on the left side, Petit In on the right side.
Ini yang saya cakaptu. Laluan masuk ke Taejong-ro 791. Kena masuk laluan ni .
(Ignore the date)



 
This is Taejong-ro791 beon-gil. (See blue signboard)
Walk straight until you reach an intersection at the end of the road.


 
We made many stops just to take pictures.. 
No wonder we took so much time to arrive at Gyeongju bus terminal.

 
Taejong-ro 791. 
Noted red-colored gate on your right side and cream-colored buldings on your left.



                                                Gyeongju Self Sufficiency Center

 
Red-colored brick gate. (don’t know what’s inside it..)

 

End of Taejong-ro 791. This is a two way intersection. 
Landmark: Royal tomb on opposite the road.




Make a right turn and now you are entering main road ‘Taejong-ro’.Walk straight. Right colored gate is on your right side. Later, on you right side you will see Gyeongju Traditional Bread Shop.



Gyeongju Traditional Bread Shop.
 (googleimages)



Signboard Daereungwon

Bukit tu adalah adalah sebahagian daripada Daereungwon Tombs Complex. Kawasannya sangat besar.  Sepanjang jalan akan nampak tombs je memanjang di sebelah kiri.


 1st traffic lighlight & 4-way intersection.



Simpang ke kiri tu adalah laluan masuk ke Gyerim-ro. Kat sinilah sebenarnya laluan masuk ke tempat-tempat yang sepatutnya saya pergi.




 Gyerim-ro in early spring.

Tak nampak sangat dari jauh, tapi kalau tengok warna, mungkin budding cherry blossoms..Dalam masa beberapa hari dia akan start blossoming into light pink. Cehh…Kanan kiri Gyerim-ro penuh dengan cherry blossom trees. Waktu ni bunga baru berputik..Waktu musim bunga, kiri dan kanan jalan ni dihiasi dengan light pink cherry blossoms memang cantik. Jalan inilah saya sangat nak datang..huhu...Dapat tengok dari jauh saja..



 Cantik kan?? 
Beautiful full-bloom cherry blossoms along Gyerim-ro.
(credit to picture owner )




Gyeongju map.
Anak panah menunjukkan jalan masuk Gyerim-ro...dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.
Kalau anda anda datang Gyeongju, wajiblah masuk Gyerim-ro dan lawat tempat2 menarik dalamtu..Full of nature...



Pemandangan dan jalan yang dilalui sepanjang ke terminal bas....







 




 
Entrance to Daerungwon Royal Tombs

 
‘Take Out Coffee’ shop.

 
Signboard Gyeongju express Bus Terminal. Second traffic light.
Kami tanya local people dua kali jugak masa nak cari Gyeongju bus terminal ni ntuk confirmation



Waiting to cross the road.

 
Nodongri Tombs on the right side.

 

One in a million..ceh..
The only pokok tengah2 dah fully bloom ..
Rasa nak je berlari-lari kat padang luas ni, bergambar kat pokok tu ker...heheh. 





Walking further more…One more traffic light before arrived at bus terminal. 
Jauh jugak eh..huhu..Actuallly dah nak sampai dahni..



GYEONGJU TO BUSAN



























Gyeongju Express Bus

Hampir 30 minit jugalah kami jalan. Boleh lagi laju sebenarnya kalau tahu arah. Perjalanan kami jadi lambat sebab berhenti tanya orangla, tangkap gambarla, berhenti untuk traffic light, tarik luggage lagi..heh. Masa ni, dah beli tiket bas, duduk menunggu pintu bas bukak..Tapi tak penat pun, rasa adventure sikitlah bila jalan dengan bawa beg besar di tempat orangni..

     Bila dah sampai sini memang lega. Sebab dah sampai sebelum 9.30 pagi, hampir waktu bas dah nak gerak. Kalau diikutkan, perjalanan kami dah delay 1 jam, tapi sebab bergerak dari guesthouse pun lambat kan..Kat sini, saya cuba lukis balik plan jalan daripada Momojein Guesthouse sampai Bus Terminal. Sebab saya rasa jalannya senang, cuma jauh sikit nak berjalan dan banyak traffic light..Senangje rupanya..Biasalah first timer tak familiar dengan sekeliling .Memang ahjussi ada cakap, senangje dari bus terminal nak ke guesthoue sebenarnya tapi ramai pengunjung sebelumni tersesat..huhu




Bus ticket to Busan

   Beli tiket bas, saya hanya cakap,”Busan, tolsaram (dua orang)”..Memang sepanjang di Korea, saya maksima kan penggunaan bahasa hanguk ni. Di Gyeongju dan Busan utamanya. Sebelum travel lagi saya ada hafal jugakla some basic conversations, so rugi kalau tak guna. Lagipun kebanyakan orang tempatan tak pandai bahasa Inggeris. Bak kata pepatah, “masuk kandang kerbau menguak lah kan” haha…Kita nak travel negara orang, maka kitalah yang kena belajar bahasa negara orang. Lainlah kalau negara tu mudah nak berbahasa Inggeris. Tapi kalau orang tempatan yang bekerja di tempat yang ada banyak pelancong ni tahulah juga basic English untuk explain kat pengunjung luar. Di Seoul, jumpa banyak local people yang pandai speaking..

GYEONGJU TO BUSAN

Departure: Gyeongju Express Bus Terminal.
Arrival: Busan Nopodong Bus Terminal
Transportation: Gyeongju Express (Gosok) bus
Fee:4800w.
Duration: 1 hour

       Tiket bas express ke Busan berharga 4800w seorang dan perjalanan mengambil masa 1 jam. Dalam pukul 9.30am bas gerak dan berhenti di Busan Central Bus Terminal/ Busan Nopodong Bus Terminal. Kat situ ada Nopodong station, untuk laluan metro. Kat busan ni laluan subway kita panggil Metro. Tapi sama je macam Seoul subway.
 
Busan metro line map

            Nopodong Station adalah perhentian terakhir untuk subway metro line orange (line3). Line subway di Busan tak sebanyak di Seoul. Busan ada 4 line (line 1 to 4) dan ada line LRT (airport railway). Jadi map Busan memang boleh print dalam satu A4 paper. Honestly, cara saya agak klasik, tak guna sangat handphone untuk direction, atau guna maps jihachul macam yang banyak recommend. Maps semua saya print siap2,sebab saya selesa buka map tengok, lagi satu jimat phone battery yang nak digunakan untuk gambar nanti.

   Tapi map subway Seoul memang impossible nak masuk semua dalam 1 paper. Sebab nanti takkan nampak tulisan dia. Sebab Seoul ni besar,so subway dia more extensive n complex daripada Busan. Saya print sendiri map subway Seoul dan camtumkan..hehe..






Another Busan metro line map.
Map ni bagusnya dia tunjuk lokasi tempat2 menarik lagi..
(picture credit to owner)




At Busan Nopodong Bus Terminal.
 Awal juga sampai, tak sampai 1 jam pun. Singgah GS25 shop sebelah kanan untuk topup T-Money.
 T-Money kami dapat percuma, ambil di ofis KTO Malaysia di KL .

                 

Naik escalator, jalan lagi dan jumpa pintu masuk untuk ke Metro station. Di Busan, saya tak guna T-Money lagi. Saya beli 1 day subway pass untuk kegunaan subway di busan. Tips ni saya baca, banyak review dan suggestion, lagi jimat guna pass ni kalau nak berulang naik metro banyak kali dan jarak jauh. 

Mesin ni hanya menerima not kertas tertentu, jadi kita kena tukar duit lebih kecil. Sebelah mesin tiket, ada mesin untuk tukar duit, so senangla. Masa tu, kami tak berapa tahu nak guna mesintu, ada seorang ahjussi ke pekerja kat situ yang tolong tukarkan..hehe


One day subway pass (4500w)
Kecil je tiketnya..

   Kemudian naik lif turun ke 1F. Di sini, memang ada lif untuk turun ke tempat menunggu train tu. Jadi kuranglah penat buat yang tarik luggage besar-besar, tak payah naik turun tangga. Penat kot ! Dalam liftu, ada seorang ahjumma tu, kami borak-boraklah sikit dengan dia. Bahasa Korea . Nilah gunanya basic conversation di Korea. hehe . Ada sesetengah orang Korea ni yang tak biasa dengan penunjung Muslim. So ahjumma tu tanya kenapa pakai tudung, kita jawablah ‘muslim’..Excited borak sampai masing-masing terlupa tekan butang lif. Patutnla lama semacam nak turun .-D

     Pukul 10.30++ am naik subway Line 1 (orange) ke Nampo. Sebabnya destinasi kami nak ke Grand Motel yang berdekatan dengan Nampo station, untuk check in/store luggage. Estimate perjalanan 40 min, lalu 21 stations.

Grand Motel

Direction: Subway to nampo (line1,exit7) 21 stations, 40 minutes. Walk 3 min to Grand Motel.




Tiba di Nampo station, cari signboard exit. Untuk ke Grand Motel, ikut exit7.
Jalan keluar ke exit 7 dan nak tiba di Grand Motel sangat senang. Dalam 5 minit je jalan, sambil2 cuci mata sekeliling…



Important landmark yang kita akan lalu untuk ke Grand Motel. 





Map to Grand Motel, Busan. Nasib baik ada Bahasa inggeris ..


                            
Atasni semua maps&pic landmark yang owner/host guesthouse tu bagi masa saya booking.







Nampak patung ni, rasa lega plus excited . 




Jalan di sini dalam 50m. Nanti pusing kanan kat Jessi New York shop depantu..Jumpa area parking lot, jalan 50m then pusing kiri..Grand Motel berada di sebelah kiri.




Grand Motel  on left side, just before convenience store C&U.




Yeay..Alhamdulillah, sampai. Naik cepat-cepat sini untuk check in/store luggage then keluar berjalan..


 


Kitorang punya bilik kat 4th floor. Actually tak perasan pun kat 3rd floor tu ada karaoke room.. patutlah dengar bunyi bising sikit bila buka tingkap malam-malam harituh..heh



Masa ni nak keluar berjalan..ke Jinhae


Masa datang tadi, kita masuk kiri, so keluar kanan la kan..





Parking lot






Pusing kiri…nampak Lotte Mall kat belakangtu.


             

             



Belakang tu Lotte Mall. Ada plan nak lawat kalau sempat. Tapi jadual padat. Maka tak sempat nak lawat lah. Lagipun, Lotte Mall dan kedai kat busan ni tutup awal..Kalau Malaysia pukul 10-11pm kan. Sini around 9pm dah nak tutup atau lebih awal. Melainkan night market la...

 




Ni exit 7 Nampo station. Ada escalator di situ..

Alhamdulillah. Tamat sudah akhirnya entri ni..internet tak laju kat laptop. So ambil masa jugak nak edit bagai..Saya pun cerewet sikit meng-edit post..heh. 

Okay, sampai sini dulu.. Sekian, wassalam.

Next entri  TRIP TO KOREA 2016 DAY 2 PART 2 : JINHAE

Comments