Projek Iqra'



Assalamualaikum buat pembaca setia blog ni..

Harapnya baik-baik saja -)

Dah lama nak menaip ni, tapi tak dapat nak access internet dengan bebasnya, facebook-mobile only. heh. Ni Al-hamdulillah ada dah ada line Internet laju ni, apalagi...

Saya nak kongsi pasal Projek Iqra' dengan cara saya sendiri, hahha.
Bersedia lah seperti biasa yer, post saya kan selalu panjang berjela.
Bukan selalu post. Sebulan, atau dua bulan sekali. haa..
Bila taip, idea mencurah-curah keluar. Idea pun rezeki tau, jangan lupa. Bagi yang suka menulis, penulis.

Mungkin ada yang pernah dengar, ada yang tak pernah dengar Projek Iqra' ni.

Saya rasa saya patut kongsi ni di blog kesayangan ni,huhu. Semoga ada manfaatnya -)

Projek Iqra' ni senang cerita nya, sebuah badan NGO -non profit organization, doing charity for others, in their own, unique way. ceh, speaking bagai pulak. Boleh kata masih baru lagi, didaftarkan di bawah PPM, tahun 2013.

Selanjutnya, baca lah lebih-lebih kat sini,saya copy paste daripada website projek iqra' sendiri.. ehhe sejarah ringkas. Tak pandai nak buat sinopsis, eh.

Pengenalan

Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’.

Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk mem bayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.

Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.

Pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ telah didaftarkan secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA dan No Pertubuhan:PPM-006-14-25012013

------

Antara aktiviti-aktiviti nya :-

Kelas Rakyat
Kelas Rakyat – Prep Malam
Perpustakaan Mini
Shopping Raya
Shopping Saya Anak Malaysia
Kem Motivasi
Program Kemahiran
Program Kesihatan
Sahabat Iqra’

-----------

komik abu nuwas
Iqra' = baca

Sebenarnya, saya nak cerita ringkas macam mana saya boleh terjebak dengan Projek Iqra' ni. Kalau nak tahu penerangan lanjut tentang Projek Iqra' tu, adalah lebih baik anda melawat sendiri website itu dan baca. Baru puas!

** Sumber utama saya tahu: facebook! haha.

Jangan ingat facebook ni buang masa jer..Kita yang tentukan ianya berguna atau tak. Gunakanlah untuk tujuan yang betul. InsyaAllah, Allah temukan dengan apa yang kita cari..

( klik untuk link Facebook Projek Iqra' )


Al-kisahnya...

Saya baru sahaja join, dalam 2 bulan lepas. Mulanya tak berapa pasti macam mana boleh tahu, tapi setakat saya boleh ingat, salah seorang kawan (facebook friend) yang saya baru saja add di facebook dalam beberapa bulan lepas, share 'kempen RM5' yakni satu kempen Projek Iqra untuk tanggung kos tadbir etc. Jadi saya tahu melalui situ. Seterusnya, saya mengikuti perkembangan kempen tu.

Kemudiannya, saya nampak kawan saya ni share pula pasal sukarelawan Kelas Rakyat diperlukan. Dan dan pulak waktu tu, masa lapang teramat, eheh. Dalam otak saya, saya kena buat sesuatu untuk komuniti. I must go out. Lama sangat cuti tak bergaji ni, haha. Jadi saya terus buat keputusan untuk pergi. Mudah jer kan. Nak tak nak. Saya memang teringin nak pergi program sukarelawan macamni. Nak mengembangkan minda dan pengalaman. Pernah sekali dua pergi, anjuran forum Halaqah.net. Dulu aktif berforum kat situ, ahaks. Tapi dapat kawan yang baik-baik, Al-hamdulillah -)

Continue lagi...

Kelas rakyat tu,ada 3 tempat setahu saya, setakatni..

1) Di Baitul Ehsan, Batu Caves (Sabtu, 9am-12pm)
2) Di Rumah At-Taqwa, Puchong (Ahad, 10am-1pm)
3) Di Rumah Casa Harapan Kuantan  (Sabtu, 9am-12pm)

Jadi apa yang kita buat di kelas rakyat tu, ialah kita bantu adik-adik buat 'Modul i-Sina', yakni satu modul pembelajaran untuk membantu adik-adik ni dalam akademik. Seperti kelas rakyat di Batu Caves dan Puchong yang saya berpeluang pergi, jam terakhir biasanya akan buat aktiviti 'Little Scientist'. Ada tenaga sukarelawan yang dikhaskan untuk sesi Little Scientist ni.

Habis saja 3 jam, kadang-kadang jika rezeki anda, ada orang belanja, lunch ker.. ahha..

------



Apa saya dapat dalam program sebegini?


Ikut kata hati dan pendapat saya lah,..heh

--> Teringat Ustaz Ebit Lew kata, bila ada masalah, tertekan ker aper, banyakkan memberi. Memberi tu boleh dalam bentuk apa saja. Banyakkan senyum pun, sedekah kan. Jadi dengan sertai kelas rakyat, kita berikan masa dan tenaga untuk membantu adik-adik ni.

--> Disebabkan adik-adik ni kanak-kanak dan remaja, kita boleh didik diri menyayangi dan mengasihi golongan muda. Belajar bersabar. Mengajar pulak tu, perlu kesabaran tinggi.

--> Belajar berkomunikasi dan mengenal orang yang pelbagai. Kalau sebelumni kita ni dah biasa geng-geng kita jer, jadi bila jumpa yang lain sikit daripada tu, kita kekok. Jadi ini masanya untuk belajar menerima semua orang dan terima perbezaan. Raikan persamaan, hormati perbezaan.

--> Para sukarelawan yang datang sini mungkin jua dengan pelbagai sebab pada asalnya. Ada kisah tersendiri. Ada cerita sendiri. Tapi Insya-Allah yang datang sini akhirnya ada matlamat yang sama, nak tengok adik-adik ni berjaya.

--> Jika anda banyak ilmu, kongsikan pada adik-adik. Nasihat mereka.

--> Belajar menyayangi dan mengasihi kanak-kanak dan golongan muda. Menyayangi anak yatim dan golongan asnaf. Belajar bersabar dengan kenakalan mereka. Mereka ni bukan anak-anak orang senang. Kita ni barangkali jauh lagi beruntung daripada mereka, ada zaman kanak-kanak yang indah. Jadi apa kata kita jadikan zaman kanak-kanak mereka ini lebih bermakna...-)

--> Meluaskan kenalan yang mampu mendoakan kebaikan buat kita. Mana tahu jumpa sahabat fiddunya wal akhirah ka. Yang boleh bantu nasihat-menasihati kita. Itulah guna mencari kawan kan. Berkawan biar seribu, the rest sambung sendiri, heh.

--> Supaya generasi muda-mudi kini mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah, sihat. Muda lagi kot, hek.

--> Last but not least, kot kot jumpa jodoh hangpa kat sini ka! haha.. selingan...Sambil menyelam minum air kata pepatah. ceh. Tapi betul apa. Kalau nak jodoh yang rajin ke masjid, rajin rajin kan diri ke masjid, ke majlis ilmu. Rajin-rajinkan diri ke tempat itu. Jadi, kalau kita ke tempat tak baik, jodoh pon barangkali berasal dari tempat yang sama juga..

Dan... alang-alang dah datang sini, buatlah sehabis baik. Buat betul-betul. Datang awal, -D




Ada banyak cara nak bantu sokong Projek Iqra' ni..lupa saya...

Ringkasnya, boleh

-jadi sukarelawan
-jadi dermawan, heh

-the least thing anda boleh buat ialah spread & share to others..sama macam kawan saya buat. ahakss..Ada wang, beri. Ada masa, pergi. Ada daya, semua kerja jadi, kan. Biiznillah..

Nak tak nak jer. Now, or Never! 




Teringat kata-kata Prof. Dr. Muhaya,

"Bahagia-membahagiakan."

-Kita akan lebih bahagia dengan membahagiakan orang lain. Jadilah seorang yang banyak manfaatnya pada orang lain.

Kata-kata Ustaz Pahrol Juoi,

" Memberi lebih gembira daripada menerima ."

Apa lagi......" Give more, expect less. We'll be happier that way ". -)


KOMIK ABU NUWAS

Oh ya, saya pun nak promosi jugaklah komik abu nuwas ni. Ini pun komik keluaran krew-krew yang menjayakan Projek Iqra' ni. Jika berminat, boleh tempah di website KOMIK ABU NUWAS SIRI 1

Harga RM13 sahaja, pos free setakat ni, hee

Kata-kata peringatan yang santai dan bersahaja, namun mampu menyentapkan jiwa-jiwa yang dahagakan peringatan sebegini.




Lawa, kan. Nampak eksklusif gituu, heh

** Dulu kecik-kecik suka baca kisah abu nuwas..yang otak geliga..eheh.

Mudah-mudahan team Projek Iqra' dapat istiqamah dan saya pun sekali! Doakan yer kawan-kawan -)


Okay, sekian di sini saja. Terlalu panjang dah ni. huhu

Jangan lupa follow Facebook Projek Iqra'
Website untuk dilawati Projek Iqra'

All pictures credit to projekiqra.com facebook projek iqra'
Source: projekiqra.com

wassalam.

Comments