Jom Delete Post !!


Assalamualaikum sahabat semua..

Para sahabat yang membaca post ni, memang sweet sweet dan handsome handsome semuanya, insyaAllah..ciptaan Allah -)

Sebelum ini saya pernah tulis di blogpost terdahulu yang saya nak berkongsi tentang Cameron Highland dan Konvensyen Tibb..tak tertaip taip lagi..MashaAllah. Bukan tak mahu, tapi idea tak mahu keluaq dan mood tu kurang!! huu. Nak menulis pun perlukan semangat atau 'drive' kan...

Semoga Allah beri idea kepada saya..Otak ni macam beku sikit sekarang. Inilah akibatnya bila jarang membaca dan melatih diri mengingat..

Salah satu cara untuk merangsang idea keluar mencurah-curah adalah dengan membaca. Dengan membaca, ilmu akan bertambah dan kita akan mampu berfikir secara kreatif mahupun kritis. Seterusnya kita akan cuba mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut dalam kehidupan seharian...


Berbalik kepada tajuk saya di atas..

--Jom Delete Post--

Pernah tak kita mengulang baca post2 yang dah kita kongsikan di blog, mahupun di media-media sosial kita..Pernah tak ulang semula baca...

Sesekali saya akan baca di saat mencari inspirasi diri, cehh..

Setiap kali kita nak post kadang-kadang dua tiga kali kita edit untuk menjadikannya kelihatan sempurna. Sekurang-kurangnya di pandangan mata kita. Tapi adakah post kita tu, perkongsian yang kita sebarkan pada umum itu, benar-benar memberikan manfaat pada pembacanya? Tak banyak, sedikit pun jadilah. Sama ada manfaat di dunia mahupun di akhirat.

JOM KITA SEMAK SEMULA, post kita tu..

Ada tak gambar-gambar mendedahkan aurat yang kita kongsikan? 
Ada tak post berunsur fitnah, lucah, umpatan di situ?
Ada tak yang menjurus ke arah kebinasaan sesiapa yang membacanya?
Ada tak yang menambah dosa si pembaca, sekaligus kita pun dapat sekali kerana kita yang
menyebarkannya..

Cuba semak, cuba cek,

Cuba edit semula post2 kita yang meskipun terdahulu, kerana kita selalu sahaja ada peluang untuk mengubahnya. Kita ada mata, tangan, ada daya.

Jadi apa kata kita delete post2 kita yang barangkali tidak sesuai itu
Edit yang patut di-edit..
Delete mana yang patut di-delete..

Tak ada masa?
Delete one by one tak ada masa?
Leceh nak edit?
Terlalu banyak?
Dah tak aktif berblogging etc?
Tak ada orang masuk dan baca pon!!

Kita betul-betul pasti ker??
Barangkali masih ada insan yang membacanya tanpa kita ketahui..atau sedar..


Kalau banyak sangat, DELETE saja BLOG tu..
DELETe saja FACEBOOK tu...

Sekurang-kurangnya kita mencegah daripada kejahatan disebarkan, dosa disebarkan..

Dan..jika berpeluang, kita buat yang baru, buka yang baru...
Cari sesuatu yang bermanfaat..
Kongsi yang bermanfaat saja...

'Fikir yang baik-baik, kongsi yang baik-baik, InsyaAllah yang datang kepada kita juga yang baik-baik saja..'

'Do good and good will come to us..'


Kadang-kadang cabarannya, temptation  nya..Kita tahu post tu hot, boleh menjadikan blog atau media sosial kita tu popular. Post tu bila viral menaikkan blog atau bilangan like pada media sosial kita meningkat..Namun jika ia hanya merugikan kita di kemudian hari, buat apa?

Cuba bayangkan...

Dosa-dosa yang kita dapat secara free ni. Dengan satu klik, ribuan orang telah membacanya malah menyebarkannya..

Ilmu itu memang bagus untuk dikongsi. Maka pilihlah sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat,
yang boleh membantu atau memberi kebaikan sesiapa yang membacanya..

Ada orang post tentang cara buat donat..Nampak kecil tapi itu lebih bermanfaat daripada post tentang filem2 untuk ditonton minggu ini? bulan ini, tahun ini...Filem yang melaghakan...

Cuba fikirkan bila kita dah tiada, blog dan media sosial kita tu siapa yang akan tolong delete post2 yang barangkali menyebabkan kita menangis di sana.Nauzubillah...

Kalau blog kita tu memang penuh dengan hiburan dunia saja, maka delete saja.
Kita mungkin gembira sementara saja di dunia, tapi akhiratnya rugi dan sia-sia ..


 Ingat tak Hadis Riwayat Muslim..

 Hadith Nabi Muhammad SAW

   إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له        

Ertinya  : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"

Siapa yang dapat bantu kita masa tu?

-------------

MAKA..

Kesimpulannya

--Jom Delete Blog Post atau Facebook Post atau post2 di mana-mana yang tak bermanfaat itu--

Kongsilah sesuatu yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat.
Dengan kongsi ilmu bermanfaat, kita mampu mengajak ramai orang melakukan kebaikan juga, dengan izinNYA. Kita mengajak orang bersedekah, orang bersedekah maka kita free saja dapat pahala kan..?? Mudah...Sebab tu dari sekarang patut mula...

Mati tak kenal usia, kan...-)

Peringatan ditujukan khasnya buat saya, insan yang sedang dan berusaha untuk berubah..
Mudah-mudahan


sekian..

Comments

Dear bella said…
Betul tu.
Kurangkan post perkara yang tak berfaedah dan kena jadikan baca dahulu sebelum post tu sebagai amalan.
Semoga apa yang kita post bakal bawa faedah buat kita dan pembaca. InsyaAllah
nurul said…
Betul tu bella..mudah-mudahan kita istiqamah, insyaAllah -)