Cuti Lagi...



Assalamualaikum buat sahabat semua..

Rasanya dah lama saya tak kongsi pos di sini. Sejak saya tak dapat surf internet guna laptop sejak mula2 cuti, saya dah malas nak menaip..woohoo..so menyepilah laptop saya ni..Saya dah tak rajin nak menaip jugak sejak saya rasa lenguh-leguh jari menaip. Mungkin disebabkan teknik menaip yang kurang berkesan rasanya.. Guna dua jari je selalunya, satu kanan, satu kiri, mana tidaknya..Tapi kini saya mula nak melatih diri menggunakan banyak sikit jari berkolaborasi bersama bila menaip..uhhu..insyaAllah,semoga saya berjaya dalam usaha yang barangkali nampak kecil ni..ehhe...






Saya dah puas cuti di rumah, ni dah nak masuk 3 bulan dah..haha..last time cuti lama macam ni adalah lepas SPM rasanya..6 bulan..Tapi terasa macam apelah yang saya buat sepanjang cuti ni..Sebelum cuti macam-macam rancang..Nak revise balik pelajaranla..itu memang out of ---langsung tidak..tapi saya baca buku2 keagamaan..itu dalam mood sekarang. Terasa ketandusan sangat ilmu agama..dan macam2 jenis bahan bacaan lain kalo boleh nak baca..hehhe..Jadi letak macam2 buku atas meja, sampai nak penuh..Tapi yang baca nya berapa aduhai..saya baca sikit2..ehhe.. Ibu dan adik perempuan saya jenis suka beli buku, sangat banyak, saya tak mampu nak baca semua tapi saya menumpang baca buku-buku yang mereka beli..Kalau tak, siapa lagi kan nak baca..Kadang sampai duit ciput pun mau beli gakka, ehheh..bagi saya, ulang-ulang buku kat rumah dulu la..hehhe..


EKONOMI 

Keadaan ekonomi diri yang tak berapa mengizinkan tak membolehkan nak ke mana-mana sangat cuti ni. Dah besar gini pun masih terpaksa bergantung pada ayah, hai.. itulah bersyukurlah ada ayah..Jadi duduk rumah saja la aktiviti saya most of the time, kalau tak ke tempat riadah..hu2..Di saat orang bercuti di dalam atau luar negara..membina masjid (kahwin), berhoneymoon, errkk!!..iyelahh.Tapi saya ada juga buat aktiviti untuk buat side income walau tak seberapa dan akan habis cepat..ehhe..Saya tak pernah ada pengalaman kerja..Saya cakap saya suka duduk rumah saja bila free..Dan agaknya saya memang sukakan kebebasan bila saya lapang. Saya suka merancang waktu sendiri.

HARAPAN

Ada ketika dahulu, saya agak senang dan saya kurang menghargai. Kini tatkala susah baru saya sedar. Kesusahan menjadikan saya lebih kreatif, berfiki mencari jalan, bersabar dan kurangkan mengikut nafsu..Usaha sendiri, jangan bergantung kepada orang selagi mampu..Yakinlah dengan kekuatan dan kelebihan yang Allah kurniakan pada diri. Harapan, pergantungan kita hanyalah pada DIA...Jadi saya akan kurang merasa kecewa..Al kisahnya saya teringat ada satu ketika saya merasa kecewa, bila mengharapkan pertolongan orang tapi tak dapat, atau tak seperti yang diingiankan. Malah jika saya buat sendiri pun lebih baik hasilnya. Kemudian ada seorang kakak yang sangat baik dengan saya, meskipun bertemu di alam siber saja menasihati saya..

Bila kita ask for help ke, jangan hadkan diri yang kita akan, mesti dapat..
Ada at least 2 options...1) Yes 2) No  1) Success 2) Failure  1)Dapat 2) Tak dapat

even 99.99% success rate pun masih ada 0.01% failure

Sememangnya kita perlu berfikiran dan bersangka positif, yakin, tetapi jangan tetapkan jawapannya mesti YA je selalu, atau SUCCESS saja.. Kemudian saya fikir.. betul..sangat..Saya mengharapkan bantuan orang. Jadi saya perlu berlapang dada dan menerima apa jua hasilnya, lebih-lebih lagi jika ia tak seperti yang saya harapkan.Katakan saya sendiri yang melakukannya barangkali expectation dan harapan saya ada, mengikut kemampuan diri saya yang saya tahu. Dan disebabkan ianya kerja kita, kita akan berusaha buat sehabis baik atau buat ikut kepuasan diri. Bila orang lain buat, dia boleh buat lebih baik menjadikan kita gembira dan dia boleh buat lebih teruk daripada itu. Tapi mengapa mahu marah dan kecewa. Sebab sekarang ni kita menggunakan khidmat dia. Jika dia kurang expert, kita kena berlapang dada sebab kita menggunakan khidmat dia. Dia pun ada kelemahan dan tak bolehla juga nak samakan dia mesti tahu buat seperti mana kita buat. Dan lagi satu apa yang kita rasa penting tak sama dengan apa yang dia rasa penting. Jadi barangkali dia melewatkan pertolongan yang kita minta juga.. Jika dia lebih tahu pula, kita kena belajar menerima hasil yang dilakukan mengikut kemampuan dan ilmu yang dia ada. Setiap orang tak sama kemampuan dan kebolehan,

Ini mengajar saya supaya bersabar dan tidak terlalu berharap. Dan jangan jatuhkan harapan tu sepenuhnya pada  manusia. Itu yang membuatkan kita kecewa.

Jadi, sekiranya saya tak mampu menunaikan keinginan saya tu kerana kurang mampu dengan daya yang ada, saya akan tangguh dulu,..atau jika perlu juga, saya akan buat sendiri jika masih mahukannya. Dan berdoa semoga Allah permudahkan dan jaga saya..Sememangnya banyak dugaan dan kadang2 saya break down juga..saya mengeluh.. meskipun saya tahu setiap ujian ni mesti ada hikmahnya.. Dan hikmahnya memang selalu ada..Cuma barangkali saya kurang bersabar. Saya akan menemui hikmahnya kadang2 tak lama selepas itu.. Ada kalanya lama, sangat lama..The hard times tu sangat...panjang...Namun bila memikirkan dugaan atau ujian itu, saya lihat ramai lagi orang di sekeliling yang diuji dengan cabaran lagi hebat...terlalu ramai...malunya dengan diri yang diuji perkara yang jauh lebih kecil tapi sudah tidak sabar, sedangkan ramai lagi orang yang jauh lebih hebat di luar sana... sedih bila mengenangkan diri yang lemah...



EXPECTATION

Dahulu sejak kecil sekolah rendah lagi saya selalu fikir,..kenapa ada sesetengah ibu bapa ni strict sangat, ni berdasarkan pengalaman rakan atau yang saya dengar2...mak ayah letakkan harapan tinggi, gred itu ini untuk anak-anak. Jika tak skor, akan kena marah atau rotan,dsb.Ada juga mak ayah yang hantar anak untuk kelas tambahan berkelas2 banyaknya meskipun anak tu sudah bagus..pelik ker fikiran saya dulu, hhehe..Biarlah mereka bebas sikit, takkan setiap masa kena belajar, ada masa perlu diisi perkara lain..Zaman sekolah saya dulu, saya ni boleh dikira rajin study, skema type,hehhe tapi saya juga sukakan aktiviti yang pelbagai. Sesuatu yang disukai, seperti HOBI. Cuma satu je never changed, iaitu pendiam..hahha..this really is my personality sejak dahulu. Tapi tak bermakna takde kawan. Saya ada kawan2 yang sejenis saya. Di mana saya pergi Allah akan bagi saya kawan yang memang ngam, akan ada..hehhe..

Sambung lagi..Ibu ayah tak pernah kot cakap saya kena dapat 5A,8A,10A..etc Dia cuma cakap kalau dapat ni, nanti ayah bagi.dot dot haha..Jangan salah faham, itu bonus dan hadiah saja. Tak pernah dijadikan pembakar semangat pun.. Tapi keinginan untuk buat terbaik tu datang dalam diri, tanpa paksaan..Sebenarnya sama je dengan adik beradik yang lain. Tiada gesaan kena dapat itu ini dalam pelajaran. Jadi takde nak rasa sedih bila tak dapat sebab orang lain tiada pengharapan setinggi gunung. Sebab setiap anak tu ada kemampuan diri masing2..Dan kita hargai. Semua orang faham. Bukan dekat akademik saja dia boleh berjaya, bahkan mak kata, jika jadi anak yang baik tolong mak pun dah cukup gembira. Memang diri akan ada aim nak dapat apa, tapi bila dah dapat tu, takdelah nak kecewa bila mengambil kira faktor2 kemampuan diri, tak cukup usaha ke, atau takdir Allah buat kita, tak bagi lagi kejayaan itu..Sampai habis sekolah menengah saya fikir, terfikir2 saya tak pernah rasa pressure oleh ibu ayah, atau diri sendiri disebabkan expectation. Jadi agaknya mak ayah pun takde nak rasa tension pressure akan pelajaran anak-anaknya. Bila meletakkan harapan tinggi-tinggi. Saya hanya akan sedih jika saya fail (gagal) atau terasa subjek tu sukar..seriuously subjek math lah yang menyebabkan saya hampir sakit jiwa!! hahha..Banyak kenangan dengan subjek math yang tak seronok..syukurlah saya dah tak payah belajar math lagi..huhu...

WHY CRY?

Dan saya tak suka nak letak expectation tinggi pada diri. Sebab satu, saya takut kecewa..wahha..Saya nak rasa natural, biasa-biasa.. JUST DO THE BEST. JUST DO IT. Sebab tulah agaknya saya tak dapat ingat benar-benar ada tak kenangan kejayaan saya yang benar-benar membuat saya teruja gembira, sampai menangis. Zaman sekolah tak. Selepastu mungkin ada, tapi itu pun nak kena paksa mengalir..tak spontaneous..wahha..Menangis bila mula memikirkan syukur, bangkit dari kegagalan..
Bak kata orang, bersederhana saja. Saya tak tahu dan tak merasakan kenapa perlu menangis sedangkan result bukanlah teruk pun..gagal tu saya faham..hehhe..Teringat ada seorang kawan yang resultnya sudah baik tetapi dia menangis kerana salah satu subjeknya tak dapat A1..dia dapat A2.. Saya pun result sama macam dia, subjek yang sama..Kenapa dia menangis? Barangkali dia expect high..dan sedih tak dapat..Otak saya pula masa tu, bersyukurnya aku boleh dapat A.. Selama ni kalau tak B, C.. bila A di SPM wahhh...Itulah kejayaan kita ni bukanlah sepenuhnya milik, usaha kita. Tapi kita tak tahu, kejayaan kita tu sebenarnya berkat doa orang tua kita ker, atau ada saja sesuatu yang membolehkan kita mendapatnya... kadang rasa seperti miracle..hehhe...semua berlaku dengan izin Allah, peraturan dan perancangannya yang kadang tak kita ketahui...

Apapun hasilnya, yang penting usaha tak kurang. Sebab macam saya, saya tak berapa nak ingat apa yang saya mampu gapai, tapi saya mampu ingat kesusahan dan kesukaran untuk mencapainya..Yang penting usaha dan mencuba..


ABOVE ALL  yang saya cerita ni, tak guna kalau kita leka...sangat tak guna ada ilmu tapi tak amal.Ada ilmu, muka cantik, berharta tapi akhlak, sahsiah buruk. Tahu ilmu dunia tapi ilmu ad-din Islam nothing, zero hingga ke akhir usia...maluuu...


-sekadar perkongsian coretan silam untuk mengingatkan diri yang leka- terima kasih sudi bersengkang mata membacanya....ehhe.. sekian, wassalam.. 

                  picture source: googleimages yeerr

Comments

s a r said…
assalamualaikum weh. :)
Unknown said…
beznyer dapat cuti2 holiday selalu

http://www.chatchantek.blogspot.com