Karnival Mahabbah IKIM- Melaka, Sept 2013




Assalamualaikum buat pembaca semua.

Saya nak berkongsi event yang menarik bulan ini-

Karnival Mahabbah IKIM fm

Karnival Mahabbah IKIMfm Melaka 2013
27-29 Sept. 2013 | Dataran Pusat Islam Melaka

            Saya memang dah lama teringin nak ke karnival IKIM ni, tak pernah berkesempatan lagi. Sebenarnya agak jauh daripada rumah, 2-3 jam..aii..ni yang saya kata godaan ni..( temptation )..uhhu..Tapi benda yang baik, bukan karnival hiburan semata. Bukan konsert K-POP or konsert nyanyian melaghakan. 

            Wah. So tempted to go. Biasalah apa saja impian dan keinginan kita ada dugaannya tapi kalau kita setkan minda dan berusaha dan dengan izin-NYA..Jika itu baik untuk kita, walau banyak manapun halangannya, akhirnya dipermudahkan jua..Kadangkala sesuatu perkara nampak mudah tak banyak halangan, tapi siapa tahu di saat-saat akhir, ada aral yang melintang. Ada sesuatu yang menyekat.Then you know it's not for you. Or just not yet.



          Selalu sangat, banyak perkara saya nak tapi tak dapat nak sertai. Namun semangat saya berkobar-kobar nak kongsi, macamlah saya pergi.huhu.Tak dapat pergi, kongsi pun jadi. Mudah-mudahan yang lain yang berkesempatan dapat manfaat.

      Lagipun lokasinya mudah..Berdekatan Open Universiti Malaysia Melaka, dekat Masjid Al-Azim Melaka dan Hospital Melaka. Dan sekarang tiada urusan apa, jadi tak mahu melepaskan peluang ni. Harap-harapnya dapat pergi, insyaAllah...jika diberi kesempatan..Andai tak dapat sekalipun, kalian mewakilkan saya saja..eheh..

Sahabat dan pembaca sekalian, apa lagi, mana-mana yang berkemampuan dan ada daya upaya untuk pergi tu boleh save your date okay..-)

Jangan lupa bawa payung, maklumla sekarang ni musim tengkujuh.

Jadi, sediakan payung sebelum hujan -)

sumber: https://www.facebook.com/mahabbahikimfm

atau sila lawat laman web ikim.fm

Comments