Apabila Terasa Sakit
Assalamualaikum..
Apa khabar pembaca semua..mudah-mudahan sihat walafiat dan selesa di samping keluarga tercinta,dan dalam lindungan Allah S.W.T. Terasa lama tak menulis sesuatu di blog ni,jadi sekali sekala perlu juga meng-update-kan peringatan yang baik-baik..
Tajuk ni memang sesuai dengan keadaan saya sekarang-demam dah baik,cuma selsema batuk2 sikit..Tapi bak kata Dr,Muhaya kan,jangan fokus kepada badan yang sakit tu,nanti seluruh badan pun terasa affected,walaupun itu memang hakikat,bila salah satu anggota sakit,yang lain pun macam berjangkit,lemah-lemah sebagainya,mental pun sekali..Cuma nak disampaikan ialah kita lihat pada anggota yang masih sihat..macam perut,kaki,tangan kan masih sihat..jadi kena bersyukur masih boleh bercakap,makan berjalan,buat kerja..macam tulah..Bila sebelah mata rabun,mata sebelah lagi kan boleh melihat, dan seterusnya..
Saya selalunya bila sakit2ni,ada satu nikmat yang selalu ada dan jarang nak hilang,iaitu selera makan..demam ke sakit perut ke,tapi selera tetap ada..hu2..Bila selsema,deria bau hilang partially sekejap,tapi sekejap je selalu dan sungguhpun tak berapa bau,makan tak terganggu...Al-hamdulillah..
Nak berkongsi sikit tips2 bila demam..
Antara tanda-tanda nak jatuh sakit (demam):
-hidung gatal2,berair
-sakit tekak
-mata mula berair dan mengantuk
-badan terasa panasje
Apa nak buat:
-minum madu,boleh juga campur campur lemon/limau nipis
-makan habbatus sauda' (anti-inflammatory)
-banyakkan minum air masak-supaya suhu badan terkawal dan tak dehydrated
-makan kismis,kurma
-makan seperti biasa..atau yang light sikit macam bubur..hu2 supaya nutrisi terjaga..
-jangan lupa BERDOA-THE KEY..
Kadang2 demam yang nak datang tak jadi datang..-D
Jika demam datang..
-jika demam datang,tepid sponging,atau sapukan badan dengan kain lembap..
-jika tak tahan panas atau suhu badan terlalu tinggi,atau sakit kepala sangat,makanlah panadol actifast tu..hu2..untuk kurangkan sakit dan demam..atau guna patch coolfever..coolfever ni pun membantu..
-jika batuk-minumlah madu atau ubat batuk HURIX(yang ada campuran madu),memang berkesan untuk melegakan batuk dan kahak
-tak tahan sakit tekak :strepsil
-tak tahan selsema,dapatkan ubat selsema
-jangan lupa rehat dan dapatkan tidur yang cukup
-jika sakit tekak/tonsil besar,kumur2lah dengan air garam supaya boleh mengurangkan inflammation pada sekitar rongga tekak tu..
-ironinya,kadang2 saya jika demam saya aktifkan diri..buat sesuatu..biarkan berpeluh..taklah terasa seperti sakitkan..hu2..tapi rehat itu perlu ye..-)
Demam adalah tindakbalas badan,yang mana hipothalamus di otak reset suhu badan ke suhu lebih tinggi..dan antara tujuannya untuk membunuh sesetengah bakteria/virus supaya tak dapat membiak di suhu tinggi..
~Our normal body temperature is controlled by a part of the brain,called hypothalamus.Normal temperature is set at around 37°C.When our body is invaded by pathogens like bacteria or viruses,our body macrophages will try to fight these pathogens,and secrete chemicals called pyrogens.These pyrogens will act on the hypothalamus to raise the body temperature.So,there is a new temperature setting,and our body work harder to meet this new temperature.There will be increased cell division and our immune system works faster to kill the pathogens.And this high temperature also many bacteria and viruses.
Kebiasaannya demam dan selsema ni akan berlalu,cuma masanya yang berbeza,kadang2 lambat kadang cepat..Demam biasanya tak lama kan beberapa hari je,makan panadol lagi cepatlah suhu tu turun..Jika saya tanpa makan ubat bolehla dalam 2-3 minggu selsema/batuk totally cleared..Jika makan ubat sebaiknya,saya memang tak pernah cuba lagi,sebab saya selalu makan sikit2 je,bila mula2 je masa teruk2..lepas tu tak makan dah..hu2..tapi saya tak ambil antibiotikla,kalau antibiotik tu memang kena habiskan..
Di atas ni saya ada suggestkan madu dan habbatus sauda'..kenapa?
Kenapa Mesti madu dan habbatus sauda'?
“Dari perut lebah itu keluar cairan dengan berbagai warna, di dalamnya terdapat kesembuhan bagi manusia.” (QS. An-Nahl: 69)
Sabda Rasulullah:
"Tetaplah Kamu dengan al-Habbatus Sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)" - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ada apa dengan sakit ni sebenarnya?
Sakit adalah satu ujian Allah kepada hamba-hambaNYA..
Bila sakit,kita tahu menghargai nikmat sihat..
Kita akan niat nak jaga kesihatan dengan baik..
Sakit sebagai kafarah dosa..mudah-mudahan bersabar,berdoa,mendekatkan diri padaNYA..
Kuasa penyembuhan itu hanya pada Allah,kita hanya berusaha..
Jadi sebab itu kena selalu berdoa supaya sembuh..teruskan berdoa supaya disembuhkan..
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)
Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)
Mungkin banyak lagi tips,ini sekadar perkongsian ringkas daripada saya..
Bolah baca di sini juga untuk petua ketika demam: Petua Mengatasi Demam Cara Islam
Baru saja tadi saya ada baca tentang kisah seorang pelajar yang kemalangan dan detik-detik yang berlalu sebelum pelajar tersebut menghembuskan nafas terakhir..sunggu sayu membacanya..Bila baca kisah-kisah sebegitu membuatkan tentang mati,membuatkan kita insaf,dan kita akan terasa betapa bersyukurnya kita masih diberi ruang untuk bernafas dan hidup..Maksudnya setiap saat kita masih bernyawa,masih ada ruang untuk bertaubat..Jadi sebenarnya setiap hari kena muhasabah diri semula apa yang dilakukan sehari-hari dan memohon keampunan ..Kerana pintu taubat itu masih terbuka selagi nyawa belum di kerongkongan..
Baca di sini: Rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html
Teringat akan satu forum di Melaka ,Bro Syam Kamikaze ada cakap,setiap kali dia beri peringatan dalam status di facebook, orang yang paling terasa atau diperingatkan ialah diri sendiri,..jadi saya lebih-lebih lagi mengingatkan diri sendiri di sini..
Sekian,
Allahua'lam..
Terima kasih..
Comments
:)
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/01/salam-maulidur-rasulorang-kita-cintai.html
semua itu adalah ikhtiar...
yg sembuhkan penyakit adalah Allah...
thanks for the tips... ^^