Kita Sebenarnya..



Assalamualaikum..


KITA SEBENARNYA.. lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama Allah.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut hello atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka membaca majalah daripada buku agama dan Al-Quran.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka memaki,mengumpat orang daripada doakan mereka.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dgn keimanan kita.
KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
KITA SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.

Adakah kita begini?Al-Hamdulillah..mari kita kekalkan..sekiranya belum,mari kita bersama-sama edit semula amalan seharian kita,jangan berhenti edit sampailah ke akhir hayat sekalipun..Nikmat dunia sememangnya indah di mata,namun bersedahanalah,jangan berlebihan. Berpada-pada dan ala kadar dalam cinta dunia,kawal diri,kawal nafsu.Jangan cinta dunia itu menyebabkan kita leka tentang tujuan asal kita.Amatlah rugi jika hanya berjaya mengejar kejayaan dunia yang sifatnya hanya sementara sahaja..amatlah rugi..Hidup di dunia hanya sekali..Jadi,gunakanlah dunia sebaiknya sebagai pentas mencari sebanyak mungkin bekal untuk menuju hari akhirah yang kekal..InsyaAllah..together  we..




رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ



Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)

sekian,wassalam.

Comments

s a r said…
assalamualaikum nurul :)

KITA SEBENARNYA.... sombong dengan segala hal. tahu tapi sengaja buat-buat tak tahu.. huu

~beb, aku dah beli novel sinergi. punya la mati2 aku ingt penrbitnya telaga biru. rupanya galeri ilmu. banyak gak la sebenarnya pnulisan hilal asyraf. dan sempat jugaklah aku smbar 3 hari tu. hee