Ada Apa Dengan TV Al-Hijrah
Assalamualaikum para sahabat pembaca semua..
Semoga sihat walafiat,Al-Hamdulillah..
Jika ditanya tentang siaran tv kegemaran anda?Ape yer agaknyer?lagi2 sekarang ni macam2 saluran ade,kalau dulu ada 3 saluran utama..Tv1,Tv2,Tv3..lepas tu adelah metrotv sekejap..lepastu datangla ntv7,8tv,tv9 dan paling latest tv Al-Hijrah.Seingat saya dulu Tv1 utamanya berita,cerita melayu dan dokumentari..Tv2 ada banyak movie2,cerita Inggeris,cerita Tamil/India..dan Tv3 selain berita yang popular,banyak cerita/drama macam2 negara..ntv7,8tv pulak banyak drama2 asia dan inggeris..
Ini semua,baru saluran tv yang biasa,kalau Astro tu tak payah cakaplah kan,macam2 ada..tapi rumah saya xpernah ada Astro,jadi saya tak tahu..dulu saya macam curious,bestker ada Astro?Boleh tengok cerita yang takde kat tv..banyak pulaktukan..Tapi lama-lama saya sedar,saya bersyukur lah tak pernah ada Astro.Kalau tak,mahu tak berebutnye tv kat rumahtu,lagi2 Astro kan ade bola 24 jam??huhu..Lagipun,bertambah2 hiburan takut saya boleh terleka kat situ.
Dulu saya pernah baca dalam surat khabar ke majalah,ada sekeluarga ini,keluarga yang berilmu,mak ayah yang berjiwa Islami,yang sangat pentingkan ilmu dengan anak2 mereka.Selalu bawa anak-anak ke kedai buku,dan sentiasa terapkan sifat cintakan ilmu..Dan yang mengejutkan saya kan,mak ayah dia cakap rumah mereka tak ada tv.Bagi sayalah 'masa tu' tv tu keperluan..Mereka mampu pun,dan kenapa takde tv,bayangkan kalau orang yang dah biasa,dah membesar dengan tv ni,atau kaki tv,jadi bila dengartu,saya rasa quite shockedla..hehe..Saya masa tu xdapat bayangkan bila tak ada tv..Saya terfikirlah,macam mane dia nak dengar berita at least..agak bosannya tak de tv..Tv bukanlah negative selalukan,boleh pilih apa rancangan yang nak tengok atau tak..Tapi saya sangat kagum dengan keluargani,tiadala pengaruh tv :-)
Kita bila dah selalu sangat dengan sesuatu benda tu,kadang-kadang menjadi kebiasaan,kelaziman,atau kemestian..Kalau dah biasa menghadap tv,kita akan rasa tak lengkap bila takde tv.Dah biasa ruang tamu ada tvkan.Jadi kita boleh terkejut dengan keadaan orang yang takde tv,sedangkan mungkin bagi mereka benda tu biasa..Tapi katakanlah kita sibuk,xsempat nak tengok tv pun,lama2 kita boleh jadi biasa,tak kisah tak tengok tv..Ada banyak cara nak dengar berita selain tv kan..Alah bisa tegal biasa..Jadi saya nak buat kesimpulan kat sini,minat,kegemaran kita boleh jadi tak tetap disebabkan banyak faktor..Boleh berubah-ubah..macam ade wave..negative boleh jadi positive..
Sekarang ni,cerita2,drama2 makin banyak kan..kita sedih,kita gembira tapi semuanya palsu dan smentara saja..Lepas satu habis,satu baru datang..dan hiburan tak habis-habis..Cerita mungkin berlainan tapi temanya lebih kurang sama,cinta dunia semata.Ada yang berunsur Islamik,jadi ambil yang positif sajalah..Pernah tak kita rasa bosan tengok?Sampai bila perlu begini..Sekarang ni,saya rasa 'sakit mata' bila tengok drama,orang pegang2..walaupun lakonan,tapi apa yang dibuat tu real..hati saya berkata,"selambanya,pegang-pegang,peluk-peluk,tak muhrim,"Walau katakanlah di akhir cerita tu dia insaf..pengajaran di akhir cerita tu boleh diambil,mungkin betul..tapi sepanjang cerita tu,rasa tak sedap pulak..tengok kemaksiatan kan..Cerita inggeris,cina sebagainya apatah lagikan..kalau dah selalu tengok,alah bisa tegal biasa..nanti jadi kebiasaan pulak..Jadi,sedaya-upayanya kita perlu hindari..bahaya bila menular dalam diri..Nanti ia jadi sepeti ini,kita tahu,tapi kita buat seolah-olah tak tahu..ataupun kita ignore je..
Lagi satu,wayang..saya rasa macam tengok wayang ni seperti perkara biasa pulak di masyarakat Islam khususnya..Every week ade je cerita baru yang diceritakan.."Nak tengok wayang tak?" kat manela..dan cerita tu menjadi topik di meja makan,waktu lunch,rehat sebagainya..Jelaslah ramai yang cintakan cerita2 dunia..Wayang tu dahla gelap..tak tahu orang boleh buat ape2 dalamtu,kan gelap ni tempat syaitan ramai..dan bercampur laki perempuan..fikir-fikirkanlahye..'Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.Jika kita tak memulakannya,kita tak akan pernah tiba ke destinasi yang ingin dituju'.
Saya tak masuk tajuk lagila..-p..Nak cakap pasal TV AL-Hijrah sebenarnye..Kenapa saya pilih TV AL-Hijrah?Sebab saya rasa tv Al-hijrah adalah pilihan terbaik,jika anda ada tv,dan nak tengok tv.Macam IKIM la..saluran radio terbaik..Saya bukanlah penggemar tv,tapi bila saya rasa nak tengok tv,atau stay depan tv,saya rasa lebih baikla buka tv al-hijrah.
Bukanlah nak kutuk tv lainkan,hehe..tapi bila tengok saluran tv2 lain,kena pandai pilih rancangan yang bermanfaat..Sebab Al-Hijrah ni saluran tv islamik.Cuba tengok rancangan2 dia,memang ke arah Islamik,dan memang banyak rancangan berfaedah,bermanfaat boleh tonton.Dulu2,saya selalu terfikir dan perasan,saluran tv memang tak banyak dokumentari,rancangan berbentuk ilmiah,macam national geographictu..Kalau ada pun,kat tv1 atau tv2 selalunya..saluran emastu,rasanya macam tak ramaije tengok.hu2..Satu siaran yang saya suka tengok,Majalah Tiga..sebab ada info2 pasal macam2....
Mula-mula saya tahu ada tv al-hijrah ni,saya fikir,minatke saya nak tengok..dan orang lain pulak,macam mana?Iyelah,rancangannya kan tak sama dengan saluran lainkan..Buat yang tak biasa dengan perubahan ni,memang macamtulah perasaannya..Tapi lama2 saya faham sendiri,bergantung kepada diri..'Lembutkanlah hati untuk menerima perubahan'..
Bila dah tengok tv al-hijrah yang penuh dengan sesi ilmu tu,rasa rugi kalau miss rancangan dia.Dan sebenarnya lahkan,ramai je umat Islam yang dahagakan program2 dan rancangan sebegini..Al-Hamdulillah,tv Al-Hijrah mendapat sambutan hangat saya rasala..Mana yang baik tu boleh dicontohi..Kita sendiri yang kena tapis ape yang kita tengok..
Saya sukanya tv al-hijrah ni dia siarkan rancangan berunsur islamik serata dunia.Selain dalam bahasa melayu,dalam bahasa Inggeris dan Arab ada..berbincang tentang Islam..sejarah Islam sebagainya..Saya rasa macam 'wah'..menarik,bagusni..Boleh belajar bahasa sekali kan,dan rancangan yang tengok pun tak lagha,sebab pengisiannya adalah ilmu yang bagus,bermanfaat..
Ada sekali tu,saya tengok kisah sejarah nabi,orang2 yang dengar tu menangis dengar cerita,sampaikan saya pun turut sedih tengok..
Ada disiarkan kisah masyarakat Islam serata dunia,dan ada rancangan berkaitan tentang Sains,Biologi tetapi diterapkan dan dikaitkan dengan pemahaman Islam..dan dikaitkan dengan ayat2 Al-Quran..sesuatu yang saya tak pernah tahu saya tahu,sedangkan dulu tahu dari segi Sains sahaja..Subhanallah,buat kita bersyukur sangat dengan ciptaan Allah yang unik.Setiap yang Allah jadikantu ada sebab,fungsinya mengapa diciptakan.Jadi,dengan cara ni boleh menguatkan pemahaman dan keyakinan kita tentang fungsi,dan asal-usul kejadian setiap benda..membuatkan saya berfikir lagi...
Ada sekali tu,saya tengok cerita 'Dr.Oz' tak silap..huhu..dulu mane pernah ade cerita macamni kat tv kan,belajar tentang perubatan,kesihatan ni..dan banyak jugaklah belajar..-D
Mungkin banyak lagi pengisian Al-Hijrah ni..Saya tengok Al-Hijrah pun agak baruje,sebab bila di tempat belajar memang berminggu2 lah tak tengok tv.Tapi kat rumah bolehla,bila dah duduk di ruang tamu,rajinje tangan saya nak bukak tv Al-Hijrah.Kebanyakan ceritanya,adalah rancangan yang mengingatkan kita kepada Allah,tentang cara hidup Islam..Jadi hiburan kita pun tak rugi..mendengar peringatan tak habis-habis..
Hendak berubah tak mudah..tapi jika kita tak berubah,tiada siapa yang akan merubah kita.Hendak menanti hidayah datang sendiri?Adakah kita cukup bernasib baik,dan bagaimanakah pula sekiranya kesedaran itu datang di akhir nyawa..Kita perlu berusaha mencari hidayah dan memohon supaya hidayah tu kekal..dan agar tidak ditarik semula oleh Allah..
Mane2 yang kurang atau salah sila betulkanyer..
saya hanyalah insan biasa yang mahu berubah,dan sedang berusaha memperbaiki bahasa ibunda ..-D
Sekian wassalam..
Comments