Jom Dengar IKIM.fm



Assalamualaikum..buat pembaca dan sahabat semua.Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjengah ke blog saya ini.Harap2 anda semua baik-baik,sihat selalu.Semoga yang baik dari blog ni bolehlah ambil pengajaran. :-)


          Adakah anda suka dengar radio?Saya dulu sukalah,masa zaman sekolah dulu.Saya ingt lagi bila hari Ahadje,tunggu carta lagu..kat era..pasang kat kelas??ataupun dalam asrama.huhu..Tu masa zaman sekolah asrama.Dulu selalu jugak tukar-tukar stesen radio.Lepastu dah lama tak dengar..beberapa tahun atas sebab2 tertentu.Dengar sekali sekala bila cuti.Sekarangni pun bukanlah selalupun saya dengar,saya dengar bila balik rumahje.Sebab mak saya pasang radio IKIM 24 jam..hehe..takdela..selama mana ada orang di rumah,selagi tak tidur atau ad orang dengar die pasangla.Saya nak kata dengar IKIM zaman sekolah dulu,memang pernahla,sebab mak saya yang pasang di bilik dia.Tapi bila dalam bilik saya sendiri,saya pasang radio lain.Nk dengar IKIM ni bila nak azanje..selalunye.Lagi2 azan masa bulan puasa..Rasanya sebab masatu saya ni suka dengar lagu..Kan siaran-siaran radio kan banyak pasang lagu..So,tujuan saya masatu tercapai-nak dengar lagu..





       Saya jadi tertarik kat IKIM ni taklah baru,taklah lama..rasanya dari akhir tahun 2010.Sebab emak saya selalu pasang,'kuat2' kat umah sampai nak tak nak,saya dengarlah jugak..huhu..Masatu suara yang saya kerap dengar ialah ceramah Dr.Muhaya..sebab penceramah lain saya tak kenal masa tu.DJ semua apatah lagi tak kenal,tak tahu..Bolah kata saya dengar IKIM ni setiap kali balik rumah hujung minggu je.adelah 1/2 kali sebulan..Sebab tempat belajar,saya takde radio atau access radio internet online.Bila bangun pagi hujung minggu mak saya dah suruh dengar ceramah Dr.Muhaya..Adik saya yang seingat saya suka dengar radio(walaupun belajar??) dah bertukar saluran radio..ke IKIM.All the time IKIM..Jadi saya pun turut dengarlah..Itulah bila saya fikir,kita memang mudah mengikut apa orang lebih tua buat.Contoh-adik akan ikut kakak/abangnya..Sebab itulah yang tua kena bagi contoh yang baikkan kepada yang lebih muda..


               Mula-mula mungkin ambil masa,tapi lama-lama hati saya dah tertarik kat IKIM.. Sebab apa?Saya sedar,bila saya perhati,saya perasan,apa yang disampaikan sangat bermanfaat,dari segi ilmunye.Contohlah,perkara yang saya tak belajar,kurang titikberatkan atau sayatak  berapa tahu saya boleh tahu dengan mendengar di IKIM je.Mungkin tak formal,tapi ilmu yang disampaikantu memang berguna pun.Yelah,bila sebagai pelajar,selalunya saya akan cenderung untuk belajar tentang perkara yang berkaitan dengan pengajian saya saja.Tapi saya rasa sikit2 pengetahuan saya bertambah tentang hal-hal lain.Dan hal-hal lain tu bukanlah hiburan semata.Pengetahuan dalam macam2 perkara,kat IKIM ni selain tentang masalah agama,tentang kesihatan,kewangan,pendidikan,bisnes,kerjaya dan sebagainya.Saya tak tahu berapa tahu tentang radio lain.Tapi inilah radio pertama yang saya rasakan sangat perfect..Lengkap..Jika pengetahuan keduniaan (tentang fardhu kifayah) sekalipun,ada berunsur islamik.Jadi saya rasa safe di situ.Katakan,jika anda suka dengar lagu,lagu yang didengartu taklah lagu ke arah kelalaian.Boleh dengar lagu nasyid.Semuanya yang mendorong,yang mengingatkan kita tentang Islam,berunsur islamik,yang mengajak ke arah kebaikan.Lagu pun ada dalam macam-macam bahasa.Tapi selalunya bahasa melayu,inggeris dan arabla..Nk belajar bahasa arab free,nak dengar tafsir al-Quran ada..Sekurang-kurangnya waktu sunyi kita,atau sambil buat kerja ka,kita dengar perkara-perkara bermanfaat.




    Nak dengar motivasi kadang-kadang tak ada masa spesifik pulak.Buka radio IKIM pun dah boleh dengar.Semuanya dari penceramah,pendidik yang bertauliah,juruhebah yang hebat-hebat di bidang masing-masing..Saya boleh kata tak rugila dengar IKIM.You gain something,and nothing to lose.Lepastu kan,bila kita selalu dengar DJ dan pernceramah saling ingat-mengingatkan,saya rasa seronok.Dan saya pun mendengar,jadi saya pun diperingatkanlah..Rasa berada dalam persekitaran islamik..Bila saya dengar suara2 ustaz dan ustazah ,juruhebah semua bercakap dengan suara yang lembut.Lembut nak mengajak orang melakukan kebaikan,lembut mengajar,mendidik orang lain.Saya pun rasa nak dengarje.Itulah yang terbaikkan,bercakap atau berdakwah dengan suara yang lembut dan berhemah.Dengar cara mereka bercakap pun dah boleh dicontohi.


Selaintu,kat IKIM ada peringatan,hadis yang kadang2 diulang.Ayat-ayat Quran dan tafsirnya.Bende tu berlegar-legar di ruang ingatan saya.Mana saya nak lupa,dan mengingatkan kita selalu..Rasa takut pun ada..Jadi,nonstop reminder untuk kita..


Apabila dah biasa dengar radio ni,yang selalu menggunakan pendekatan dakwah islami ni,bila saya bukak radio lain yang lebih berunsurkan hiburan keduniaan semata,dah jadi tak sedap..Rasa tak seronok.Kadang-kadang rasa kusut pun ada.Bila saya rasa nak dengar radio saya akan buka IKIM.Sebab tulah saya ingin mengajak pembaca,sahabat jomlah kita dengar IKIM.Sahabat semua tak kan rugi,InsyaAllah.Anda boleh pilih nak dengar pasal ape,dan bila.Kena merujuk jadual kat laman web IKIM kalau nak dengar program tertentu.Boleh juga download (muat turun) audio.Jika tak berkesempatan nak dengar atau nak mengulang,boleh download di sini..IKIM akan upload program terpilih dari semasa ke semasa..Saya dah dengar,memang bestla,dan menarik..


Oklah,sampai di sini sahaja coretan saya,agak panjang jugakni.Sekian,wassalam. :-)




Dengar ikim online di www.ikimfm.my
Boleh download audio di lama web ikim-->>Download IKIM

Comments

AleeyaLiya said…
ha'ah..keluarga liya suka sgt dgr radio ikim ni..byk faedahnya.. :)
nurul said…
@leeya:yup,baguskan..-)