Rasa Seperti Kena Tindih
Assalamualaikum..
Apa khabar sahabat semua??Lama jugak saya tak tulis entri kan..hu2..Hari ini nak share sesuatu..mengenai tajuk di atas.
Pernah tak bila tidur,korang rasa macam kena tindih??Mesti pernah..ceh tau2je..he2..
Kali pertama saya kena rasanya masa darjah 6..
Orang cakap syaitan tindih kita..huu..memang menakutkan,lagi2 duduk asrama,macam2 ceritalah keluar..
Tapi bila dah besar ni jarang pulak..aik,macam selaluje kena..tak2..hu2
Korang tahu tak kenapa kena macamtu??Saya pun tak tahu..he3..sampila baru-baruni.
Lecturer ajar pasal masalah-masalah tidur..seperti insomnia etc..
Dia cakaplah yang kita rasa seperti kena tindih tu sebab masa kita banguntu tu,adalah masa yang kureng sesuai untuk bangun..Iaitu masa otot(muscle)kita tengah temporarily paralysed.(lumpuh sementara).
Otot tak aktif,takde kekuatan,refleks pun tak ada.Macam keadaan orang lumpuh(paralysis).
Jadi kita susah nak bangun,itulah yang kita rasa seperti rasa beratje kena tindih tu,tak de tenaga.Saya cuba bayangkan keadaan orang yang lumpuh.Mungkin macamtulah rasanya bila kita tak ada kekuatan.Tak boleh nak gerak langsung.Kadang2 nak angkat jari pun susah..
Bila dah lecturer cakap macamtukan,saya pun tergelak..hu2.Punyelah orang takut,dan tertanya-tanya kenapa kena tindih..rupanya ada saintifik reason di sebaliknya.Sejauh mana kebenarannya,wallahualam..sebab kita pun percaya dengan kewujudan jin dan syaitankan.Tapi sebab saintifikni memang ada logikla.Macam manapun,bacalah doa sebelum tido yer.. :-)
Jadi,mari saya terangkan fasa2/peringkat tidur yang normal.
Ada 2 peringkat(stages),mengikut pergerakan mata.
1-Non-Rapid Eye Movement(NREM) a.k.a. Quiet Sleep
Non-Rapid Eye Movement(NREM)
Berlaku masa mula2 tidur,berulang setiap 90 minit atau lebih.
Dibahagikan kepada 4 peringkat lagi..Stage 1-Light sleep
Baru tidur,otot kurang bergerak,pergerakan mata mula berkurang,degupan jantung pun mula perlahan.Stage 2-Also light sleep
Mata berhenti bergerak,degupan jantung semakin perlahan,aktiviti otak berkurang,otot relaks.Stage 3-Deep Sleep
Peringkat pertama deep sleep,susah terjaga(aka susah nak kejut..hu2)
Stage 4-Very deep sleep
Juga dikenali sebagai ‘delta sleep’ sebab otak sepenuhnya menghasilkan gelombang(waves)yang sangat perlahan,iaitu delta waves.Tidur sangat nyenyak,susah terjaga.
Kencing malam(bedwetting),tidur berjalan(sleepwalking) dan night terror berlaku masani.
Rapid Eye Movement(REM)
Bermula selepas NREM sleep
4-5 kali berlaku sepanjang tidurMata aktif bergerak
Masa untuk bermimpi
Tiada tonus otot,lumpuh sementara ,tiada tindakan reflex
Ereksi penis
Sistem Saraf Autonomik meningkat(degupan jantung laju,tekanan darah naik,kadar pernafasan laju)
Otak aktif berfungsi,macam orang jaga..he2
Penting untuk memori( short term to long term memory)
Normalnya,selepas NREM sleep (1,2,3,4)diikuti REM dan sleep stages tu berulang.
REM dikenali sebagai paradoxical sleep sebab masatu otak,jantung,mata aktif tapi muscle paralysed..
Makin lama tidur,REM sleep makin lama,contohnya REM yang ketiga lagi lama dari yang pertama.Biasanya kita terjaga selepas sahaja REM sleep selesai,masa tu biasanya kita memang dah nak terjagapun,musle tone kembali normal,takde paralysis dah.
Jika kita terjaga masa tengah-tengah REM sleep itulah yang menyebabkan berlakunya peristiwa kena tindihtu..
Keadaan ni dinamakan sleep paralysis.Kita rasa berat di dada seperti kena tindih,rasa tak boleh bergerak,kadang-kadang ada halusinasi,deringan di telinga dan sebagainya.
Kebanyakan mimpi berlaku masa REM sleep.Mimpi yang berlaku masa last REM sleep just before kita bangun atau terjaga biasanya kita akan ingat!!
Saintis berpendapat muscle paralysed masa REM sleep adalah supaya kita tak ‘acting out our dreams’..Can you imagine??he2
Tempoh REM sleep adalah dalam 20-25% keseluruhan tidur orang dewasa.
Bayi dan kanak-kanak lagi lama,sebab tempoh REM ni penting untuk perkembangan otak.
Untuk orang dewasa,tempoh ni sangat penting untuk memori.
Masa ini short term memori ditukar ke long term memory untuk disimpan.
Makin kurang tidur,makin kuranglah masa untuk memori tu disimpan..
Jadi masa exam dapatkan tidur yang cukup..kalau stay up terlebih pun tak membantu mana..(peringatan utk diri sendiri..hu3)
Bila terjaga di peringkat stage1 dan 2,(especially satu)kita rasa fresh dan rileks..
Bila terjaga masa stage 3 dan 4,rasa irritated,disoriented..mamai2..hu2Mimpi yang berlaku masa NREM sleep tak diingati..
Pentingnya tidur masa ni untuk merehatkan otak dan badan.Sebab masa ni otak tak aktif,muscle tone normal.
Jadi,bila cukup tidur,bangun pun segar,itu baru tidur yang berkualiti..
Bercakap atau mengigau masa tidur(sleeptalking) boleh berlaku mana-mana stage,REM atau NREM tapi bercakap masa light sleep lebih mudah faham bahasa percakapannya.Jadi,faham2lah kalo ada orang bercakap masa tidur dalam bahasa yang kita faham,maksudnya orangtu tengah light sleep la..
Bercakap atau mengigau masa deep sleep biasanya percakapantu kita tak faham..mungkin bunyi-bunyi je kot..
Gerak-gerak tanganke,tu masa NREM.Sebab muscle tone masih ada.
Sebabtu sleepwalking masa NREM...memang tak sedar apa,dan orangtu pun tak ingat dia berjalan..hu3
Night terror kerap berlaku pada kanak-kanak.Mimpi atau apa yang menakutkan tu tak ingat atau tak diketahui.Ia berbeza dengan nightmare,yang mana mimpi tu boleh ingat,dan sering berlaku di REM sleep.
Oklah..ini saja.Sorilah bahasa campur2..he2..
Harap-harap faham..-p
Comments