Berubahlah,Lawanlah Nafsu
Assalamualaikum..sahabat dan pembaca semua..
Bagaimana dengan Ramadhan kita hari ini?Pejam celik2,sudah 5 hari kita berpuasa.
Mudah-mudahan pengisian masa kita pada bulan Ramadhan lebih baik dari hari ke hari.Pada bulan inilah peluang kita menggunakan kesempatan yang ada untuk memperbanyakkan amalan,kerana ganjarannya sangatlah besar.
Ramadhan hanyalah datang sekali setahun,dan sebulan mungkin kita rasakan agak lama,
tetapi sebulan itu akan berlalu tanpa disedari dengan sangat pantas.,sampaikan bila kita fikir semula,apakah yang telah kita buat sepanjang Ramadhan ini?
Jadi,gunakanlah masa yang ada untuk kita muhasabah diri semula,dan berniatlah,mulalah untuk berubah.
Berubah
Tahniah!dan bergembiralah jika kita telah berniat dalam diri untuk berubah..
Cabaran untuk berubah memang hebat.Kita akan diuji dan terus diuji.
Ujian yang mendatang menjadikan kita lebih tabah dan kuat..
Saya selalu terfikir tentang hidayah.Kita tahu Allah yang memberi hidayah..
Tetapi kita boleh berusaha untuk mendapatkan hidayah..
Kita bukanlah kanak-kanak yang tidak tahu membezakan baik dan buruk,dosa dan pahala..
Kita pernah belajar,kita boleh berfikir dengan bijak,matang,dan rasional..
Kita baca,kita faham,kita tahu,tetapi kita tidak amal..Mengapa?
Nanti kita kata tak dapat hidayah lagi,sebab tu tak terasa hendak buat..
Kalau dipaksa-paksa tak menjadi pulak..
Jadi,mahu tunggu?Tunggu sampai dapat hidayah seperti yang diberikan kepada para2 sahabat terdahulu?Tunggu sampai bila?Sampai Tua?Itupun kalau umur panjang,dan sementara menunggu waktu tua,mahu buat apa?Buat dosa?Bila bertaubat,banyaklah perkara yang kita kena betulkan semula.Sekiranya 20 tahun hidup bergelumang dosa,dapatkah kita bayangkan
betapa banyak kerugian kita dapat?Layakkah kita mengharapkan 20 tahun lagi hidup untuk melakukan kebaikan?Dosa dan pahala adalah perhitungan di hari kemudian,dan hanya Allah yang menentukan..tetapi siapakah yang menyumbang kepada dosa dan pahala itu?Diri kita sendiri,melalui amal hidup di dunia..
Bayangkan,kita kalau tak buat apa-apa pun,tak berusaha sedikit pun untuk berubah,
bagaimana Allah mahu membantu kita.Kita asyik lalai,leka..
Bersyukurlah kita yang dilahirkan dalam Islam..
Pernahkah kita fikirkan nasib mereka yang bukan Islam,yang tidak mendapat hidayah Allah..
Ingatkah kita pada bapa saudara Rasulullah s.a.w ;Abi Talib yang sangatlah baik,dan sayang kepada nabi,tetapi tidak dikurniakan hidayah..
Cuba kita buka minda sedikit..cuba kita berfikir dan fikirkan apa yang ada di sekeliling kita.Fikirkan sejenak tentang kehidupan yang ada sekarang..
Sampai bilakah akan kekal..jangka hidup kita pun tidak pasti..tentang bila kita akan mati..
Kita tahu mati itu pasti,tapi kita masih tidak bersedia..
Cubalah kita menjinak-jinakkan diri,bcalah Al-Quran,buku2 berunsur agama,
dekatkan diri dengan majlis-majlis agama,majlis ilmiah..
Sekarang ini banyak bahan2 ilmiah Islamik yang bermanfaat,dalam pelbagai bentuk.
Majalah,novel,buku motivasi,buku tentang kisah sahabat dan sebagainya..
Dalam internet pun banyak..(smile)
Kadangkala hati ini tidak suka,cuba tanya,berbicara dengan hati kenapa kita tidak suka
Tanyalah pada diri,kenapa susah sangat nak terima,berdebatlah dengan hati kita..
Nanti kita sedar,betapa banyaknya persoalan dalam diri ni
Kenapa perlu menghayati,fahami Alquran?baca buku,atau dengar majlis2 ilmu??
Sebab jika tidak,kita tak akan dapat jawapannya..
Dengan adanya ilmu,memberi jawapan kepada persoalan kenapa dan mengapa dalam
diri kita..
Saya percaya sedikit-demi sedikit,pasti lama-lama hati kita akan terasa sesuatu..
Sesuatu yang lain,sesuatu dicari,dan di masa itu mungkin konflik berlaku dalam diri..
Mungkin tandanya hati kita sudah lembut,mahu menerima perubahan..
Seperti yang biasa saya dengar,remaja adalah zaman kita mencari identiti diri..
Langkah yang diambil menentukan kecenderungan kita..
Kita berubah mengikut apa yang kita hendak jadi,apa yang kita cari,
Dan untuk berubah,memerlukan pengorbanan
Pengorbanan itu mungkin akan menjadikan kita teragak-agak dan goyah
dalam pendirian..Jadi,teruskan berusaha,jangan putus asa..
Setiap kali kita jatuh,bangun semula dan teruskan..
Allah akan mengurniakan ganjaran kepada orang-orang yang sabar..
Apa yang berlaku di masa lalu,jangan dipertikaikan,dan dikenang-kenang
sehingga menyalahkan takdir..Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Yang penting adalah masa sekarang ini jangan disiakan..berubahlah..
Kita kena memaksa diri dari sekarang..memang sukar untuk berubah dari kelaziman kita yang biasa..Tapi,bila niat di hati sudah ada,dan azam sudah ada,Allah pasti akan tolong.
Allah memberi cabaran kepada kita untuk menguji keimanan kita..istiqamahkah kita padaNYA..
Di masa inilah Allah menguji hambanya,dan kita jangan mudah melatah dan mengeluh
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.Bila kita tinggalkan sesuatu perkara kerana Allah
pasti Allah akan memberi yang lebih baik untuk kita.. :-)
Nafsu
Di bulan Ramadahan yang mulia ini,
Syaitan dirantai,tiada di sisi buat peneman untuk menggoda kita..
Yang tinggal hanyalah diri dan hawa nafsu..Sekiranya amalan seharian kita sama sahaja,
perkara yang tak berfaedah masih berkekalan walaupun di bulan Ramadhan,
salah siapakah lagi kalau bukan diri yang tidak dapat mengawal nafsu..
Kita jangan mudah tunduk kepada nafsu,masa inilah
kita patut gunakan untuk belajar mengawal nafsu kita,dan mengugutnya..
Di kala datangnya perasaan dan anasir-anasir yang tidak elok,segeralah tepis..
Fikirkan redha Allah,dan ganjaran yang diperolehi apabila
meninggalkan perkara yang dilarang..Saya teringat ayat2 dalam buku
"Mengapa Harus Bertaubat" karangan Muhammad Husain Yakob
Nafsu itu cenderung kepada keseronokan,kelazatan
dan nafsu juga boleh menjadi alat yang membawamu kepada Allah.
Jadi,berilah dia pengawalan dan amaran kepadanya daripada
melakukan perkara-perkara maksiat yang dia lakukan,agar dia taat kepada Allah..
Katakan padanya,"Wahai jiwa,wahai nafsu,tidakkah kamu renungkan
bagaimana kalau kita meninggal dunia sekarang,apa yang akan kita bawa saat
berjumpa dengan Allah?Teruslah beri ugutan kepada nafsu sehingga berasa lemah
daripada berbua maksiat,"
Alhamdulillah..itu saja (panjang jugak,ingat pendekje..hu2)
peringatan untuk diri sendiri dan sahabat semua..InsyaAllah ;-)
Saya nak kongsi lagu Dalam Sujud Cintaku
Baru pertama kali dengar rasanya -p
Liriknya menarik,hayatilah..:-)
Wassalam.
Dalam Sujud Cintaku
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-aMu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
Comments
tahniah beb. sangat menarik. makin hebat jugak ayat2 kaw ni, hehe. aku paling suka ni:
"Jadi,mahu tunggu?Tunggu sampai dapat hidayah seperti yang diberikan kepada para2 sahabat terdahulu?Tunggu sampai bila?Sampai Tua?Itupun kalau umur panjang,....."
~eheh. sangat merasakannya :P
P/s- uih! one of my feveret song beb. eheh. best!
best la baca entri akak..kusyuk je..
btul tuh..berubahlah sementara ada lagi masa..
bukan berubah pada bulan ramadan saja, tapi berubah la setiap masa. selagi hayat dikandung badan
syaitan akan sntiasa berusaha mematahkan hati kita ...
andai terbit rasa putus asa,maka syaitan yg paling galak menggelakkan kita ..
leeya:wassalam.InsyaAllah sama2 kita..-)
luqeem:InsyaAllah..istiqamah -)
alif:yup,jangan biarkan kita ditindas syaitan -)