Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
Assalamulaikum..
Hari ni saya nak share satu buku yang baru diterbitkan di pasaran bertajuk
"Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit" oleh Dr.Adi Hashman.
Emak saya penggemar buku..dia xabes2 syorkan saya baca buku ni..hehe..Katanya bagus..Jadi saya pun nak kongsi la skali dengan anda semua..
Saya x baca lagi time saya postkan ni sebenarnya..he2.
Sebab saya baruje tau dah nk post..-p
Tapi lepas baca kalo ad ms InsyaAllah saya akan buat review pasal buku ni..
Ilmu yang baik ni patutla dikongsi bersama kan..
Sinopsis belakang buku:
Tentu anda ingin tahu
~Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah
~Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya
tahan tubuh
~Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah
~Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah
~Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia
~Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat
“Kesihatan adalah nikmat yang tersembunyi, bagaikan mahkota di atas kepala orang yang sihat dan hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit”
Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan.
Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.
Adakah anda mahu kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan?
Jadi,dapatkanlah di kedai2 buku berdekatan atau beli secara online
Harga: RM 19.90 / RM 21.90
Tarikh Terbit: 8 Dec 2010
Jumlah Muka Surat : 240
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Comments
tapi bunyi macam menarik je ni..