Wanita oh Wanita!



Assalamualaikum.

Malam adalah waktu terbaik untuk menaip entri baru. eheh.

Saya tanya adik lelaki, " Spect dengan handphone mana lagi penting?

Dia jawab, " 'spect' la,"

(Nanti kang) "tak nampak".

Maka, handphone sekarang dah boleh buang! errkkk!! ahah

Kalau dah dasar rabun tu, memang lah spect lagi penting.

So let's.., renew our 'spect', after 4 years. CHANGE!!! -D


--------------------
       Asalnya nak post tajuk lain tapi biasalah, kerap sangat berlaku macam ni. Apa yang dah lama rancang tapi tak buat tak sehebat dengan apa yang difikirkan sekali dan dilakukan terus. Kan....

Pagi ini dalam kekalutan nak pergi kerja, terdengar satu lagu kat IKIM. Terus terpikat. ahakss. Dengar liriknya best. Part yang saya dapat terus ingat ialah... "penuh air mata' eheh.
Kalau dah suka pasal tears n tears ni, tak nampak benda lain dah. Keywordnya ialah 'penuh air mata' tapi jumpa kot.huhu...lagu 'Wanita Istimewa by Feelhoney.

Ada suatu hari masa form three kot, saya dan kawan lepak kat bilik tv jap, dan bertanding, siapa yang paling cepat keluarkan air mata. huu. Saya memang confident menang. Memanglah saya menang. Cepat dan over-over plaktu.. agaknya ini penangan cerita Winter Sonata kot. errrr...aigooo...

..... back to the point.....



    Dalam pengalaman meniti ujian hidup, saya suka baca kisah-kisah wanita dan rumahtangga. Kerana saya wanita. heh. Daripada orang sekeliling, meskipun di media. Internet. Dan tak dinafikan sehebat mana pun seorang wanita itu, antara ujian terbesar adalah dari lelaki. Sangat. Sangat. Tak dinafikan. Berlaku di mana-mana saja. Sama ada yang bujang ataupun yang sudah berkahwin. Yang sudah berkahwin lagilah, kerana mereka pernah hidup bersama. Dan saya cuba fikir, meskipun sudah berkahwin, tetapi adakalanya jodoh itu tidak berpanjangan. Kahwin. Cerai. Kahwin lagi. Cerai. Nauzubillah min zalik. Jadi, jodoh ini tak panjang jika kita tak benar menjaganya dengan iman dan taqwa..

      Akan tetapi, wanita yang mengalami krisis rumahtangga atau kekecewaan kerana cinta itu, bila mereka bangkit pasti dengan semangat yang lebih kuat. Contoh, 'ibu tunggal'. Pernah dengar ' bapa tunggal'? Mestilah pernah kan. huh. Tapi setakat berapa lamalah tunggalnya itu..Kehidupan lelaki tidak lengkap dan sempurna tanpa wanita. Wanita boleh setia setelah ketiadaan suami kerana kematian. Ini perkara biasa. Kerana, kesetiaannya luar biasa.

     Ada seseorang pernah berkata pada saya, 'antara hati wanita dengan lelaki, dalam soal cinta ni, hati lelakila paling rapuh' which means mudah goyah-dek tarikan wanita. Terpulang mahu setuju atau tidak. Saya tidak nafikan. eheh. Hati lelaki dan wanita berbeza. Wanita cuma perlu memahami hakikat itu. Lelaki-mereka boleh mencintai dua orang wanita dalam waktu yang sama~ seperti halnya dalam poligami. Sedangkan wanita hatinya hanya dan hanya dikhususkan untuk seorang insan bergelar 'suami'. Memang kebanyakan wanita dikurniakan kesetiaan itu. Andai kata seorang wanita itu mampu mencintai dua lelaki pada waktu yang sama, kita akan gelarkan wanita itu wanita apa?? Secara fitrahnya, wanita bukan begitu...


      Ini adalah zaman yang mana...lelaki mudah tergoda, wanita cepat ternoda.

Wanita tak jaga, lelaki ikut saja. 
Wanita memujuk, lelaki terpujuk. 
Wanita mengada, lelaki rela . 
Wanita dedah, lelaki redah.
Wanita itu ini, lelaki apalagi...

Sedangkan Adam jua perlukan Hawa.
Dan Adam tersungkur dek pujukan hawa yang tewas kepada bisikan iblis.....


     Maka, mohlah kita sama-sama menjaga pandangan dan hati.... 
(#sentaplah lagi wahai diri)


Firman Allah SWT bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.“ (Surah An Nur : 30)

Firman Allah SWT bermaksud :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. “ (Surah An Nur : 31)



Ada jua wanita yang pada asalnya baik namun tewas di tangan seorang lelaki. Wanita yang bersembunyi di sebalik pakaian berlitup. Lelaki hanya berpura-pura di balik serban dan songkok.

              Kita bukan tak biasa mendengar cerita-cerita di akhbar tentang kekasih saling bertelagah. Pukul-memukul. Bunuh-membunuh. Merogol dan dirogol. Sihir menyihir. Suami isteri masing-masing curang. Cinta terlarang. Anak luar nikah---yang kebanyakannya remaja. Ada juga yang terus menjalinkan hubungan terlarang sampai beranak-pinak dua tiga kali. Bukan tak ada ilmu, bukan tiada iman..tetapi bila diri dirajai nafsu, apa-apa boleh terjadi. Iman terhakis sedikit demi sedikit melenyapkan fitrah kebaikan.

      Memang benar, nak jaga seorang anak perempuan lagi susah daripada nak jaga anak kambing. (eh yeker) Jika baik didikannya, dia (anak perempuan itu) mampu membawanya hingga ke dewasa. Ibubapa yang mencorakkannya. Persekitaran dan pengamatan ilmu membentuknya. Bukan mudah nak mengubah seseorang. Sedangkan mengubah diri sendiri pun sudah payah perjuangan dan jihadnya..MasyaAllah..

     Untuk menjaga wanita memang perlu bermula dari rumah. Jika setiap keluarga menitikberatkan setiap ahlinya. Jika masing-masing benar sayang keranaNYA, pasti akan saling menjaga. Abang jaga adik. Kakak jaga adik. Adik, kakak dan abang saling menjaga dan mengingatkan antara satu sama lain. Ibu ayah saling menasihati anak-anak. Indahkan begitu??

    Dalam banyak-banyak mangsa kerakusan manusia, anda terbela. Anda terjaga. DIA (ALLAH)  jaga anda. Tak bersyukurkah anda? Pastikan niat anda betul. Pakaianmu betul. Tuturmu baik. InsyaAllah DIA jaga. Tapi kau perlu berusaha. Berubahlah selagi mampu. Selagi DIA masih memberikan hidayah itu padamu. Kerana kau tak tahu sampai bila DIA memberikan petunjukNYA padamu...

Untuk menjaga wanita, bukan perlu wanita saja. Tetapi lelaki jua. Kedua-duanya saling menjaga dan saling membantu.  

Wanita mungkin kelihatan lemah kerana air mata
Ya, sememangnya wanita itu makhluk yang lemah
Tetapi di sebalik air mata itu terselit satu kekuatan...

Sesungguhnya wanita itu istimewa... -)



Wanita Istimewa
by Feelhoney


First time dengar laguni harini. eheh
Feelhoney? Rasamadu?huuu..Madu madu ni sensitip.haha
Lagu ni mungkin kurang masuk dengan post tapi ...

Tapi liriknya best. huh. Ditujukan buat muslimin dan muslimat.

Lebih-lebih lagi jika anda pernah menyakiti atau mencurangi? hati seorang wanita.
#hatiperempuan #hatiwanita #hatimuslimat


**macam biasa, saya memang ketinggalan pasal lagu. lagu ni dah lama, tahun 2010 ke 2011 tahh..




Lirik

Rawat hatinya
Beri dia cinta
Jangan sekali-sekali kau sakiti dia
Kerna hatinya mudah kecewa
Oleh cinta yg penuh berpura-pura

Duhai arjuna
Sayangi dia
Kerna wanita dicipta utk dicinta
Jgn cemarkan harga dirinya
Kerna dia juga masih pnya cita

Dlm dirinya penuh airmata
Jagalah ia dengan sepenuh jiwa
Jgnlah pernah kau dustai dia
Wahai arjuna sedarilah

Kerna wanita berhak utk bahagia
Bkn dicipta utk slalu derita
Sayangi dia cintakan dia
Kerna wanita..istimewa =)

(**ni version lama punya. yang saya dengar tu version baru 2014. best. bolehla beli albumnya..tunggu gaji dulu . ahaks)


Last but not least....


inspirasi oh inspirasi...

Sememangnya DIA-lah sehebat-hebat INSPIRASI.
Al-hamdulillah, Thank you Allah -)

Ambil yang jernih, buang yang keruh. Post ini sememangnya khas buat diri saya yang pastinya akan membacanya berulang-ulang kali kelak sebagai continuous reminder. Maaf atas salah silap, ada keterlanjuran bahasa dsb...


Sekian, assalamualaikum.


#selfreminder
#sharingiscaring


Comments