Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat





Assalamualaikum..


Di sini saya ingin berkongsi tentang kelebihan membeaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat.


Keutamaan Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat


Membaca surah Al Kahfi adalah suatu hal yang sangat dianjurkan (mustahab) di hari Jumaat kerana kandungan pahala yang sangat besar sebagaimana Hadis Rasulullah SAW :




1)


مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ


“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)

2)


مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ


“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)



3)  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

 4)  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang   maksudnya:


“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 
(HR Muslim 809)

Berdasarkan hadis-hadis diatas maka dapat dilihat dengan jelas keutamaan membaca surah Al Kahfi baik pada malam jumat mahu pun pada hari Jumaat.


Tentang Surah Al-Kahfi

    Surah Al Kahfi yang juga disebut Ashabul Kahf adalah surah ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Dinamai Al-Kahf dan Ashabul Kahf yang artinya Penghuni-Penghuni Gua. Kedua-dua nama ini diambil daripada cerita yang terdapat di dalam surah ini dari ayat 9 sampai dengan 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini, yang kesemuanya mengandung pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. 

Kandungan surah Al-Kahfi

1)Kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim.


2)Kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah.


3)kisah Nabi Musa dan Khidir


4)Kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.


5)Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “In sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting. 





 Antara sebab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi Muhammad s.a.w ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Rasulullah tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  


Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Rasulullah menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Firman Allah yang bermaksud..



"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "Insha' Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)

Kita dikehendaki untuk menyertakan ungkapan "insha' Allah" dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan.


Insha-Allah bermaksud- Dengan izin Allah; Jika Allah mengizinkan/menghendaki ; If God (ALLAH) willing .






wallahualam.

sekian,wassalam.


sumber :ustazazhar.net  mrk-al-banjari  lenggangkangkung-my



Comments