Posts

Showing posts from September, 2014

Demam, Aku dan Panadol

Image
Assalamualaikum Buat pembaca yang saya kasihi sekalian.. Apa khabar anda semua? Harap-harap sihat sentiasa..Al-hamdulillah.. Saya batuk sedikit, dah nak baik, episod mengeluarkan kahak. Sebenarnya minggu lepas minggu demam selsema, dan selsema tu dah nak berkurang dengan batuk-batuk sedikit minggu ni. Demam saya kali ni memang cukup pakej, sebab ada demam panas (high grade fever) yang kaw kaw punyer..eheh..Kononnya nak minum air lemon/madu/air assam jawa jer..Nak buat macam mana, bila sangat panas yang rasa panas ni  confirm  suhu >39 darjah celcius ni, saya tak boleh tidur, dok berbaring aje setiap masa. Maka saya telan jugak panadol. Semuanya sekali 4 biji. Saya panggil demam cameron ..special sikit nama dia..ehh.. sebab baru balik dari Cameron Highland Ahad lepas, esoknya terus Acchumm!! Mungkin juga dengan perubahan cuaca sejuk di sana dan panas bila balik. Di Cameron pun musim hujan kan.Sejukkk!!

Kat Mana Nak Beli Komik Islamik

Image
Assalamualaikum.. Sahabat-sahabat semua. Post kali ni pendek jer.. Anda suka baca komik? atau manga? Mesti pernah kan..sesiapa yang pernah baca komik atau manga ni mesti ada antaranya yang ter'hook' atau addicted. Kalau bahasa jepangnya, peminat manga ni kita panggil otaku ...ehhe tau taujer... Dah lama saya mencari komik-komik/manga islamik. Sebelum ni ada pernah jumpa di laman web. Boleh baca di web. Tapi sekarang saya dah jumpa komik islamik yang dibukukan...

Jom Bantu: Kebakaran Di Kampung Tanjung Keramat Laut, Tawau

Image
Assalamualaikum... Saya tergerak nak kongsi berita pasalni.. Baca semula: Kira-Kira 100 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Tanjung Keramat Laut, Tawau TAWAU, 8 Sept (Bernama) -- Kira-kira 100 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Keramat Laut di sini lewat hari ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.20 petang dan tiga jentera bomba bersama 37 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Tinjauan Bernama di tempat kejadian pada pukul 9 malam menyaksikan pasukan bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran.