Posts

Showing posts from October, 2014

Jom Delete Post !!

Image
Assalamualaikum sahabat semua.. Para sahabat yang membaca post ni, memang sweet sweet dan handsome handsome semuanya, insyaAllah..ciptaan Allah -) Sebelum ini saya pernah tulis di blogpost terdahulu yang saya nak berkongsi tentang Cameron Highland dan Konvensyen Tibb ..tak tertaip taip lagi.. MashaAllah . Bukan tak mahu, tapi idea tak mahu keluaq dan mood tu kurang!! huu. Nak menulis pun perlukan semangat atau 'drive' kan... Semoga Allah beri idea kepada saya..Otak ni macam beku sikit sekarang. Inilah akibatnya bila jarang membaca dan melatih diri mengingat.. Salah satu cara untuk merangsang idea keluar mencurah-curah adalah dengan membaca. Dengan membaca, ilmu akan bertambah dan kita akan mampu berfikir secara kreatif mahupun kritis. Seterusnya kita akan cuba mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut dalam kehidupan seharian...