Jom Bantu: Kebakaran Di Kampung Tanjung Keramat Laut, Tawau




Assalamualaikum...

Saya tergerak nak kongsi berita pasalni..

Baca semula:

Kira-Kira 100 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Tanjung Keramat Laut, Tawau

TAWAU, 8 Sept (Bernama) -- Kira-kira 100 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Keramat Laut di sini lewat hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.20 petang dan tiga jentera bomba bersama 37 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian pada pukul 9 malam menyaksikan pasukan bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran.

-- BERNAMA

sumber


Allahu Akbar...




Tak terucap di mulut...
Mereka diuji dengan malapetaka,bencana.
Kita pula mungkin diuji dengan nikmat.

Jom Bantu

Bukankah memudahkan urusan/hajat Muslim yang lain adalah salah satu tanggungjawab seorang Muslim terhadap Muslim yang lain...
Andai bukan seagama sekalipun, kita mampu memperlihatkan akhlak yang baik..
Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.
Dengan adanya bantuan ramai, ringanlah sedikit bebanan mereka.

Antara sumbangan yang boleh diberi:-

* Wang Ringgit
* Pakaian Terpakai 
(Lelaki, Wanita, Kanak2 Warga Emas)
* Keperluan Sekolah
* Bantal / Selimut
* Makanan Harian
* Keperluan Kebersihan Diri

Pakaian terpakai mesti banyak kan, sampai nak dijual2, ahah..
Apalagi, inilah masanya, terus clear stok pakaian. Crystal clear!! -p
Dan ganjarannya besar tak nampak di mata manusia tapi Allah tahu niat kita...
Boleh bayangkan senyuman dan kesyukuran mangsa-mangsa kebakaran ni, dengan keprihatinan kita, mampu menaikkan semangat mereka.


Sumbangan Cek / Wang Tunai 

boleh disalurkan atas nama Akaun, Persatuan Belia Kg. Tg. Bt Keramat (Laut) Tawau.
(BSN-1210029000471374)

Untuk Keterangan Lanjut Hubungi:-

SHARIN A. RAHIM (0168249304)
SITI NURHAIDAH ( 0145581035) 
SAHABUDIN (0143500640)

Ingat, harta yang ada di dunia bukanlah milik kita sepenuhnya, sebenarnya..
Yang sebenarnya adalah yang dibawa ke akhirat sana..
Maka harta yang ada itu gunakanlah untuk tujuan yang baik dan diredhaiNYA..
InsyaAllah..

sekian, wassalam..

Comments