expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 2, 2013

Al-Hamdulillah, Akhirnya..


Salam buat pembaca semua.

Apa khabar hari ini..mental dan fizikal..dan iman kita..-)

Saya generalnya sihat tapi selsema..Sekarang ni nampaknya dah tak banyak idea saya nak dikongsikan di blog ini. Terlalu malasnya nak menaip satu hal..hu2..Kadang2 saya kongsi sesuatu yang saya fikir on the spot di link lain..rajin lawat2 lah..





Bulan lepas saya ada final exam dan finally I'm out of college years..Al-Hamdulillah..Akhirnya sudah tutup one chapter of my life..hu2..Allah sudah tetapkan itu terbaik untuk saya, dan doa saya termakbul. Syukur pada MU..A long journey as a student with a lot of ups and down...

Kadang kala di atas dan kadang kala di bawah..
Dalam musibah Allah mahu kita ingat padaNYA..dan kembali padaNYA..
Dan bila diberi nikmat, jua adalah satu bentuk ujian, bahawa Allah mahu hambaNYA mengingatiNYA..




Surah Ibrahim; 14:7


Perjalanan hidup masih jauh..Sumbangan yang perlu diberikan buat masyarakat. Itupun jika Allah mengizinkan 
umur ini panjang.

Jadi saya juga mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat yang menjenguk blog ini untuk mengambil input, melawat..Mana yang baik boleh diambil, yang kurang yang buruk tu buanglah, hindarilah ye..


Ohye, SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI sebelum terlambat..he2..now baru rasa nak raya tapi dah habis..tade openhouse nak gi..he2



Okay..jika saya ada rajin, ada kelapangan masa, ada idea untuk perkongsian Insya-Allah saya akan berkongsi sementara ada kelapangan cuti ni..

Selepas ni akan menjengah alam pekerjaan yang sibuk. Maka saya pasti akan terabai blog ini buat beberapa ketika. Jika ada yang mahu kongsi dari blog ni ambil, tak perlu minta izin. Mana yang salah maafkanlah saya yang banyak kekurangan ini..


Jika umur tak panjang atau saya sunyi tanpa updates, ada bermacam sebab. Dan salah satu sebab yang pasti ialah barangkali saya dah meninggalkan dunia yang fana ini..ehe sedih bunyinya kan..Diri ni masih banyak dosa dan terasa apalah amalan yang ada sebagai persediaan ke alam akhirat. Namun ia hakikat yang tidak dapat disangkal dan ditolak. Setiap insan pasti mati..Jadi jika sudah terlalu lama meninggalkan blog ni barangkali itu sebabnya.. apapun, doakan saja saya ye...bahagia dunia dan akhirat..Shukran buat pembaca yang budiman..Jazakumullahu khairan kathiran..



Ceh macam amanat pula..hu2.. Ini bukanlah post terakhir tapi sebagai langkah dan peringatan awal saja. 
Saya ni kuat pelupa juga jadi saya tulis awal2..


Oklah, sekian, wassalam..

1 comment:

s a r said...

assalamualaikum.

weh...

tahniah :)