expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 19, 2013

Mari Menderma


Assalamualaikum..

Rindu sungguh nak menulis.uhhu..
Saya nak kongsi kan link atau tempat di mana anda boleh menderma atau menyumbang.
Memang banyak, tapi antaranya saya nak kongsi..



Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

www.muslimaidasia.com




Ramadhan Relief

:: MARI MENYUMBANG :: RAMADHAN RELIEF MURSHID & FAQIR MISKIN 1434H :: 

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID) dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia akan menganjurkan program Ramadhan Relief 1434H yang akan diadakan pada 27 Julai 2013 (bersamaan 18 Ramadhan 1434H) di Surah alHijrah, Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri. 

Objektif program ini adalah untuk membantu saudara-saudara Islam yang kurang bernasib baik agar dapat menikmati Ramadhan dengan selesa dan meringankan bebanan mereka dalam menjalani kehidupan seharian. 

Ingin turut menyumbang?

Sumbangan wang bolehlah disalurkan ke akaun Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat : 5647 9911 7561 (Maybank Islamic). Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke admin@murshid.my atau menghubungi talian 0361774612.




Volunteers-Kl-Together-We-Care

Volunteers KL adalah sebuah kumpulan yang digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang berusaha menyantuni keperluan golongan yang memerlukan.



SyriaCare

Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan). 

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di : 

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: SyriaCareBeliDanDerma@Gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia




Malaysian Life Line For Syria

[RAMADHAN RELIEF APPEAL]

Bismillahirahmaanirrahiim.

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Kullu A’m Wa Antum Bikhair. 

Dengan lafaz yang mulia, kami lancarkan Kempen 'Ramadhan Relief for Syria'. 

Antara bantuan tumpuan pada kali ini adalah : 
1) Bantuan Ifthar – RM 50/sekotak
2) Bantuan Susu Formula Kanak-kanak – RM30/sekotak
3) Bantuan Perubatan – RM 50/kit perubatan
4) Projek Jilul al-Quran (Pendidikan) – RM 30/seorang kanak-kanak Syria

Inshaa Allah sekali lagi, pasukan pekerja kemanusiaan akan berangkat menghantar bantuan kemanusiaan sumbangan rakyat Malaysia pada 28 Julai 2013 sehingga akhir Ramadhan 1434H. 

Justeru, kami dengan rendah hati menyeru kepada para dermawan yang budiman untuk turut sama menjadi sebahagian daripada mereka yang membantu rakyat Syria. 

Mari sama-sama memberikan harapan kepada rakyat Syria. Sekurang-kurangnya mereka tahu, ada mereka yang di luar sana prihatin kepada kepayahan mereka.

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka.




Ramadhan Bersama Aqsa Syarif

Ramadhan Mubarak kini kembali. Aqsa Syarif sekali lagi akan menyalurkan sumbangan anda di dalam misi kami yang seterusnya.

Antara pakej sumbangan yang disediakan:

1) Iftar di Gaza & Masjid Al-Aqsa (RM50/set)
2) Ramadhan Food Pack (RM300/set)
3) Eid Gift (RM150/set)
4) Back2School (RM150/seorang)

Ayuh berikan sumbangan terbaik anda!

1) Salurkan ke akaun:

AQSA SYARIF BERHAD
Maybank Islamic (551575-004299)
atau 
Bank Islam (1209-20100-34904)

2) Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Aqsa Syarif HQ di talian 03-87334636.




Baitus Solehah

Baitus Solehah adalah sebuah rumah perlindungan untuk menempatkan gadis-gadis terlanjur. Kita wajib menyelamatkan mereka dari berterusan melakukan perbuatan mungkar.Membimbing mereka untuk taubat nasuha, kembali mentaati Allah dan RasulNYA.

Mission
Mentarbiyah insan-insan terlanjur agar mereka bertaubat nasuha, kembali mentaati Allah dan RasulNYA.

-klik di title untuk facebook page-

Jika dilihat kebanyakan derma sempena bulan Ramadhan, membantu mereka2 yang memerlukan. Tapi janganlah kita mengehadkan derma di bulan ini saja, namun boleh jadikan sebagai titik mula untuk menderma secara berterusan. Dan menginfakkan harta..Banyak orang yang memerlukan bantuan yang kita mampu beri, dan banyak persatuan atau organisasi. Yang saya kongsi ni sedikit saja. Anda boleh berusaha cari di laman-laman anak yatim,rumah warga emas, OKU atau pusat tahfiz juga.

Ada beberapa saya tips nak kongsi.

1) Ada satu ketika ada seseorang menganjurkan untuk menderma tetapi Ahmad rasa tiada duit. Lalu dinasihati oleh seseorang, dermalah ketika kamu susah. Walau yang ada beberapa ringgit saja. Boleh juga derma sedikit di tabung2 masjid, sebagai contoh. Sebenarnya pendekatan begitu menjadikan kita seorang yang pemurah. Tatkala susah kita menderma, mudah-mudahan di kala senang kita lebih pemurah.

2) Kadang saya terfikir ada derma yang memerlukan sasaran jumlah tertentu, jadi kita rasa tak cukup wang atau tak mampu. Takpala, dermalah sekadar mampu. 

3) Mana lebih baik? Derma jumlah yang banyak tetapi sekali atau jumlah sedikit tetapi berterusan (kita selalu kata istiqamah).

 Baca lagi..

“Istiqomah itu tetap menurut perintah mengikuti perintah dan menjauhi larangan serta tidak menyimpang daripadanya”

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:


“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”

Berterusan itulah lebih baik. Tapi jika kita ada lebihan harta, atau sangat murah rezeki di sesuatu bulan, apa salahnya menambah kuantiti/kualiti. Seperti mana sesuatu ibadah, bukan saja berterusan malah menambahkan kuantiti dan kualiti..

4)Jadi tipsnya ialah berusaha setiap bulanke, dapat gaji atau wang belanja kita derma. Sedikit tak apa, asal kita cuba berterusan. Lama-lama kita jadi biasa. Jika sebulan tidak derma kepada sesiapa kita akan rasa tak tenang. Jika ada barangan terpakai boleh didermakan ke tempat-tempat seperti rumah anak yatim dan sebagainya.



5) Ada juga alternatif sesetengah pihak, yang menjual barangan terpakai, dan sebahagian besar sumbangan atau keseluruhan adalah untuk mengutip modal untuk disumbangkan. Itu pun bagus.Atau barangan untuk diwakafkan ke sesuatu tempat atau untuk tujuan tertentu.

6) Berusaha ikhlas dan cuba tanamkan dalam hati mendapatkan redha Allah. Dan ada satu lagi kata2 ,..

Apalah harta milik kita? Tiada apapun harta kekal milik kita. Harta milik kita yang sebenarnya ialah harta yang diinfakkan ke jalan yang benar, sebab yang itulah  yang kekal, membantu di akhirat kelak.

7) Bila rasa diri susah, lihat pada orang yang lebih susah hidupnya. Ia akan menjadikan kita rasa bersyukur dan hendak membantu mereka sedaya mampu. Kita takkan rasa diri miskin atau susah. 

8) Kadang2 kita tak dapat tolong, tapi kita boleh tolong kongsikan kepada orang lain kan, maksudnya -share- Mana saja tahu dengan berkongsi, ramai lagi yang mampu, dapat membantu golongan-golongan yang memerlukan ni. Jadi jika terasa tak dapat bantu, jangan terus lupakan terus atau tinggal. Walau hanya dengan klik-share beberapa ayat, entah berapa ramai yang tersedar..-)




9) Derma/sumbangan ini banyak bentuk- selain barangan,wang,tenaga, derma darah pun satu bentuk derma dan bantuan yang sangat berharga. Malah tak ternilai dengan wang. Jadi bagi yang sihat dan layak menderma, jangan lokek-lokek untuk menderma darah ^_^

9) Ingatlah derma/ sumbangan dan zakat membantu membersihkan harta, yang haram, membersihkan diri daripada dosa..


Mari baca sini;

---> Derma harta-

--> Sumbangan Derma

Peringatan buat saya terutamanya. Allahua'lam.

Sekian, wassalam. :-)

No comments: