Lesson of The Day



Assalamualaikum wbt buat semua pembaca..


Sudah cukup genap dua bulan dari tarikh terakhir post saya.Memang agak lama saya tak pos tapi tak bermakna saya tiada apa-apa untuk dikongsikan.Tak sempat2 nak kongsi di sini..hu2..Saya lebih berkongsi di facebook dan Halaqah.net..dalam bentuk perkongsian ringkas..hehe..Ada masa saya akan post di blog ini.


Pelbagai peristiwa berlaku dalam tempoh dua bulan ni..Namun semestinya saya tak dapat mengingati semua peristiwa,dan lagipun saya jarang mencatit tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup saya,kecuali di masa emosi bermain peranan,lalu saya simpan di dalam diari..ahah..Kenangan yang pahit saya buang jauh2,saya tak mahu ingat..seboleh2nya sekalipun dalam diari sekalipun..Tapi ada baiknya sesuatu peristiwa yang baik dicatat untuk tatapan bersama,yang memberikan pengajaran..



Pelbagai persoalan yang bermaharajalela di otak ini..sampaikan saya pun tak ingat dah..hu2..Biarlah di kesempatan ini saya kongsikan pemerhatian saya mahupun pengajaran yang saya dapat..

1)Kita membaca Al-Quran tapi kurang memahami maksudnya,apatah lagi mengamalkannya.Seronok,dengar bacaan surah Al-Quran sekali dengan maknanya..


2)Poligami-adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam,sesuatu yang tidak dapat ditolak,ia mengandungi hikmah yang manusia tidak ketahui,bagi manusia yang kurang berfikir,kadang-kadang  hanya mengambil kira pendapat sendiri,ada yang menyalahgunakan poligami...Bukan salah hukum poligami itu sendiri tetapi pengamal poligami itu.Poligami itu sendiri memberi kemudahan kepada muslimah di negara di mana bilangan lelaki melebihi wanita,membolehkan wanita dilindungi,dibela,untuk mengatasi masalah seks bebas.


Mengikut sejarah,ia telah diamalkan oleh masyarakat jahiliyyah dahulu lagi..dan pelbagai kaum,bangsa masyarakat..Dan agama Islam mengatur kehidupan berpoligami..Namun ia bukan semudah disangka,ia penuh cabaran,kerana itu bagi yang rasa tidak mampu baginya untuk bersikap adil,berkahwin satu itu adalah lebih baik..Adalah lebih baik kita menghayati kisah berpoligami Rasulullah..Surah At-Tahrim(1-5) dan Al-Ahzab(28-30) menceritakan sedikit sebanyak tentang permasalahan rumahtangga Rasulullah yang memberi pengajaran..


3)Jika kita berkawan,dikelilingi oleh masyarakat yang baik,sahabat yang mendorong kepada kebaikan,insya-Allah kita akan cuba berusaha untuk membuat baik,berkongsi sesuatu yang baik..


4)Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan.Namun bahayanya bila fesyen lebih diutamakan daripada seruan menutup aurat.Bila kecantikan wajah lebih ditonjolkan daripada seruan untuk tidak memperlihatkan perhiasan yang ada pada tubuh..Pakaian ketat,jarang,singkat,terlalu menonjol,perhiasan berlebihan,mekap2 berlebihan,..Apalah gunanya memakai pakaian yang mahal dan cantik namun hanya mengundang dosa..


5)Harta yang kita rasakan milik kita adalah bukan milik kita.Semuanya milik Allah..Semakin banyak harta yang hanya tertumpu pada diri kita dan kaum kerabat kita,semakin banyak amanahnya,kita akan dihisab tentang harta yang kita digunakan di dunia...'Harta kita yang sebenarnya' ialah harta yang diinfakkan,yang disedekahkan..kerana ganjarannya itu berguna di hari pembalasan,yang akan membantu kita..Namun miskin tidak menghalang seseorang untuk berbuat amal jariah..Sumbangan amal bukan dalam bentuk harta benda sahaja,malah tenaga,idea,doa,bantuan spiritualiti dan sebagainya.


6)Usah bergantung kepada manusia..kita jangan berharap pada manusia..hendaklah pergantungan itu pada Allah..Apa-apa pertolongan itu daripada Allah yang disalurkan melalui manusia kepada kita..Ingatlah..Dan jangan lupa pula untuk berterima kasih pada orang,itu tandanya kita bersyukur..dan tidak sombong..-)


7)Tanamkan sifat pemaaf ..memaafkan dan memberi maaf...usah berdendam..dan bersabarlah atas dugaan melanda..Hanya minda positif mampu mambuatkan kita bangkit..Sikap bersangka buruk atau mudah putus asa hanya membuatkan kita lemah malah boleh membuatkan kita jatuh..


8)Bila kita rasa kita ini baik,tiada dosa itu maknanya kita belum benar2 baik lagi..manusia yang biasa ini tidak lepas membuat dosa,dalam sedar ataupun tidak..banyakkan istighfar dan muhasabah diri dalam setiap apa yang melanda dalam hidup kita.


9)Jangan sombong ,jangan fikir pandangan kita sahaja betul,lapangkan dada menerima pandangan orang lain..kita


10)Jaga lidah,jaga tutur kata..Tahanlah diri daripada berkata-kata kesat


11)Cuba ikhlaskan diri..Jangan mengharapkan balasan daripada orang jika kita menolong, dan jangan mengungkit pemberian kita pada orang..




12)Kahwin-ini hot topic yang banyak persoalan di minda saya.Sebelum buat keputusan nak kahwin,fikir dalam2 matlamat perkahwinan,persediaan,siapa yang akan memberi nafkah,ilmu agama dalam diri..Senang kata perbaiki diri dahululah..Lebih baik banyakkan bacaaan ilmiah tentang perkahwinan dan ilmu rumahtangga..munakahat,dan hukum-hukum supaya kehidupan lebih terurus..Sebenarnya saya ini mengingatkan diri.Setiap orang ada keinginan,tapi kawallah..kawal..dan berdoa..yakin pada Allah..Allah akan beri pada masanya..tepat pada masa yang sesuai..Andai ada kesilapan dalam hidup berkeluarga,carilah hikmah disebaliknya..


banyaknya lagi..setakat ni lah dulu..saya dah penat menaip..haha..


Terima kasih kepada semua sahabat realiti dan dunia maya yang banyak memberi nasihat dan berkongsi pandangan pada diri ini..,pada keluarga dan semua yang mengenali saya..Minta maaf atas mana-mana kata yang pernah menghiris hati kalian..minta maaf banyak-banyak..-)


Semua peringatan ini sekalipun hanya ditujukan khususnya buat diri saya,tetapi sesiapa yang membacanya semoga mendapat kebaikan daripadanya..Ambil mana yang baik,buanglah mana yang kurang,yang salah..Allahua'lam


Sekian,wassalam.-)


Comments