expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 10, 2013

It's Already March!!


Assalamualaikum..

Buat sahabat dan pembaca sekalian.Terima kasih sudi menjengah blog yang sudah kian bersawang ditinggalkan ni.hu2..Saya tidaklah meninggalkan blog ni terus,sebab saya masih sayang blogni.Saya tiada tajuk khas,cuma random topic..tiada idea sangat tetapi hendak jua menulis..

Kata ibarat pedang. 
Yang tajamnya bisa membunuh lawan. 
Kata-kata yang berhikmah. 
Menyedarkan kita. 

-lirik lagu Bicara Kata InTeam-

Pejam celik,pejam celik,it's already March!!March sudah menjengah..March ni bulan istimewa buat saya..Kenapa,sebab utamanya bulan kelahiran saya.Sebab lainnya,biarlah rahsia saya yang mampu diucap ditulis dalam diari saya saja.Bukan semua boleh dikongsikan di sini.he2..Blog ni tempat saya berkongsi rasa,tetapi bukan personal.Yang personal peribadi tu saya simpan dalam hati,dalam diari,berkongsi dengan yang sepatutnya..Bukankah kita pun begitu..


Saya dahulunya suka meluahkan sesuatu pada diari..dan saya pun berkata-kata..Dear diary..andai kau boleh memahami apa yang kurasa..Saya hanya mahu meluahkan..Sekarang ni terlalu malas hendak menulis di diari,kecuali peristiwa penting yang saya rasa perlu catat,memang saya akan cuba catat.Sekarangni,lebih berkata-kata pada diri dan mengadu pada Allah apa yang saya rasa.Tak rugi kita mengadu pada Allah.Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar..mendengar rintihan makhluk ciptaan-NYA..DIA tahu kita ingat pada-NYA..Kita mengharapkan pertolongan-NYA dalam apa jua keadaan,peristiwa hidup kita..

Manusia hebat



Saya mahu jadi manusia hebat.Tapi bagaimana.Saya baca kisah-kisah yang mampu memberi tauladan,dan pengajaran.Sungguh banyak sekali namun tak mampu menjadikan diri sehebat itu,sebaik begitu.Sukarkah menjadi baik.Baik yang bagaimana.Ahh,terlalu banyak impian,perkara yang ingin dilakukan,namun cabarannya tidak kurang.Kutepis-tepis rintangan dan nafsu menguasai diri namun ku tewas di tengah jalan..Saya mahu menjadi seorang yang kuat,bersemangat tinggi.Sesekali saya mahu kembali di masa saya mempunyai semangat tidak luntur.Saya rindu waktu itu.Apakah yang merubah diri saya.Di mana perubahan saya yang sebaiknya..

Mahu ku jadi seorang yang hebat di mana saja,di setiap ketika ..

Kesunyian



Pernahkah diri terasa kesunyian..saya pernah merasa sunyi teramat..dan saya tahu,waktu itu ialah saatnya saya jauh dari pencipta.Dari Allah tuhan kita.Saya teringat ada kata-kata ,dan ia benar sekali pada diri saya..

"Always being alone doesn't mean like to be alone".

"Always being alone doesn't mean being lonely".

Yang mana satu kena pada diri kita.Ada orang ada keluarga,ada kawan ada semua tapi tetap rasa bersendirian..sunyi..lonely..Ada orang yang kekurangan namun tetap tidak rasa bersendirian..kerana dia dekat dengan pencipta..dengan Allah..

We cannot live alone.That's one thing we must never forget.We live in society.Even when we die,we need people to take us to cemetery to bury us in the ground.

Ada satu lirik dari lagu..The Lemon Tree- 'Isolation..is not good for you..,'.

Sesekali terasa sunyi,penuhkan hati dengan zikir2 mengingati Allah..basahkan lidah dengan zikrullah..




Sahabat

Sukarnya mencari sahabat yang mampu menerima kelemahan dan kekurangan diri..melainkan setelah hidup bersama,mengharungi susah senang bersama.Kita bergaduh,kita berbaik.Kenangan dan kebaikan yang ada melampaui kekurangan.Menerima diri seadanya.Di kala sahabat pergi,aku kesedihan..

Sungguhpun aku tidak pernah menuturkan,tidak pernah memgakui di bibir.Namun ku akui di hatiku,kau sahabat yang baik. Tak pernah ku lupa di hati,tak pernah luput di ingatan. Memori bersama,senyum ketawa kita tak pernahku lupa..sentiasa segar di kotak memoriku..

Maafkan aku kira melukaimu..kerana aku sangat sayangkan kamu,dalam di sudut hatiku..

Hidup tak selalunya indah,tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan..


Peringatan Bersama

Saya hanya manusia yang mahu berubah.Saya bukan baik mana,cuma saya tak mahu jadi jahat.

Aku impikan syurga,bencikan neraka..tapi layakkah aku.Aku tak layak menjawabnya..hanya Allah penentu segalanya.Namun aku boleh berusaha.Aku perlu berusaha mendapatkan keredhaan-NYA.Aku perlu teruskan perjuangan.Aku perlu teruskan berjalan,jangan berhenti berharap.

Saya teringat kata-lata seorang junior saya ketika sekolah menengah.Katanya saya ni laju je jalan,macam nak cepat.Mungkin dia selalu nampak saya jalan 'macam laju' menuju ke kelas..Dan dia pun ada berkata pada saya,

"Life is a journey,not a destination".



Apa maksud kata-kata itu buat saya.Saya fikir dan fikir.Perkataan tu memang tersemat sekali di kotak ingatan saya.Tak pernah saya lupakan.Mungkin ada benarnya kata-katanya.Benar sekali.Pabila saya berfokus pada matlamat saja,saya mungkin akan tidak menikmati atau menghayati,atau mengambil pengajaran dalam liku-liku menuju destinasi.

Sometimes it's not the outcome which is important,it's the hardwork,the experience going through it...

Memang betullah hidup ini suatu perjalanan.Kerana hidup ini sementara.Hidup ni sendiri bukan destinasi kita.Hidup ini bukan tentang destinasi,ia tentang suatu perjalanan menuju dunia abadi..Bila fikir begitu,kenapa kita tamakkan dunia..

Namun,kini saya mahu mengubah kata-kata tersebut,..

"Life is a journey towards a final destination,". Destinasi terakhir iaitu akhirat..

Hidup ini bukan abadi.Tetapi akhirat itu ia.Dan hidup di dunia ini menentukan nasib dan kehidupan kita di dunia akhirat..Subhanallah..Allahu Akbar.Kau bimbinglah hamba-hambaMU yang lemah ini ya Allah.
................

Satu poem menarik..

Life is but a stopping place, 
A pause in what`s to be, 
A resting place along the road, 
to sweet eternity. 

We all have different journeys, 
Different paths along the way, 
We all were meant to learn some things, 
but never meant to stay... 

Our destination is a place, 
Far greater than we know. 
For some the journey`s quicker, 
For some the journey`s slow. 

And when the journey finally ends, 
We`ll claim a great reward, 
And find an everlasting peace, 
Together with the lord.

-anonymous-

Sekian coretan buat kali ini.

Ambil yang jernih,buang yang keruh..Jazakumullahu khairan kathiran..

Wassalam.

No comments: