expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 15, 2013

Cuti Lagi...



Assalamualaikum buat sahabat semua..

Rasanya dah lama saya tak kongsi pos di sini. Sejak saya tak dapat surf internet guna laptop sejak mula2 cuti, saya dah malas nak menaip..woohoo..so menyepilah laptop saya ni..Saya dah tak rajin nak menaip jugak sejak saya rasa lenguh-leguh jari menaip. Mungkin disebabkan teknik menaip yang kurang berkesan rasanya.. Guna dua jari je selalunya, satu kanan, satu kiri, mana tidaknya..Tapi kini saya mula nak melatih diri menggunakan banyak sikit jari berkolaborasi bersama bila menaip..uhhu..insyaAllah,semoga saya berjaya dalam usaha yang barangkali nampak kecil ni..ehhe...


Sunday, October 13, 2013

Song: Don’t Forget Allah by Farid Sanullah



Assalamualaikum..

 Apa khabar sahabat semua. Hari ni nak kongsi satu lagu nasyeed menarik..


      Kali pertama dengar di IKIM fm rasanya minggu ni juga, kott.. First time dengar terus saya rasa tertarik, sebab lagu ni agak slow (senang menghayati,ehh..)  soft and lagi satu suara dia clear. Suka kalau suara tu jelas dan kurang melody yang rancak2 berserabut..eheh.. Lagu-lagu Sami Yusuf, ada banyak juga macamtu. Mula dengar tak tahu tajuk lagu ni apa. Lirik pun terlupa apa keyword dia guna dalam lagu tu..


        Second time dengar di IKIM juga, kali ni baru saya nak cari..so the key lyric nya 'you forget'...-D Saya pun ingatkan penyanyi macam Maher Zain, Mesut Kurtis yang nyanyi. Sebab suara tu so natural bila dengar. Jadi penyanyinya Farid Sanullah, anak kelahiran Malaysia, tetapi menetap di Australia. Namanya pun tak rasa orang Melayu typical...Lagi satu tak ramai, malah jarang penyanyi solo dari Malaysia yang menyanyi nasyid english, kecuali dari kumpulan nasyid sajalah... isn't this good? Dapat tarik perhatian muda mudi yang suka mendengar lagu-lagu english supaya bertukar genre lagu, ke arah yang lebih berundur peringatan dan mendidik jiwa..



Wednesday, September 18, 2013

Karnival Mahabbah IKIM- Melaka, Sept 2013




Assalamualaikum buat pembaca semua.

Saya nak berkongsi event yang menarik bulan ini-

Karnival Mahabbah IKIM fm

Karnival Mahabbah IKIMfm Melaka 2013
27-29 Sept. 2013 | Dataran Pusat Islam Melaka

            Saya memang dah lama teringin nak ke karnival IKIM ni, tak pernah berkesempatan lagi. Sebenarnya agak jauh daripada rumah, 2-3 jam..aii..ni yang saya kata godaan ni..( temptation )..uhhu..Tapi benda yang baik, bukan karnival hiburan semata. Bukan konsert K-POP or konsert nyanyian melaghakan. 

            Wah. So tempted to go. Biasalah apa saja impian dan keinginan kita ada dugaannya tapi kalau kita setkan minda dan berusaha dan dengan izin-NYA..Jika itu baik untuk kita, walau banyak manapun halangannya, akhirnya dipermudahkan jua..Kadangkala sesuatu perkara nampak mudah tak banyak halangan, tapi siapa tahu di saat-saat akhir, ada aral yang melintang. Ada sesuatu yang menyekat.Then you know it's not for you. Or just not yet.

Monday, September 2, 2013

Al-Hamdulillah, Akhirnya..


Salam buat pembaca semua.

Apa khabar hari ini..mental dan fizikal..dan iman kita..-)

Saya generalnya sihat tapi selsema..Sekarang ni nampaknya dah tak banyak idea saya nak dikongsikan di blog ini. Terlalu malasnya nak menaip satu hal..hu2..Kadang2 saya kongsi sesuatu yang saya fikir on the spot di link lain..rajin lawat2 lah..



Wednesday, July 24, 2013

Dah Beli Tiket Bas

Salam.

Entri santai-

      Saya baru saja lepas membeli tiket bas-secara online. Never ever saya beli awal ni. Saya beli online je mudah, malas nak keluar ke stesen bas , mengambil kos transport pulak, semata2 nak beli tiketje..Selalu saya beli on the spot sebab saya takut tak dapat mengikut perancangan, karang buat habis duit je beli awal.  Bas ke Melaka-KL-Melaka memang selalu ada..hehe...Tapi pernah dapat tiket selambat 10 pm dari stesen TBS-KL ke Melaka. Dan selewat 10pm dari Melaka, tapi ke Bukit Jalil. Yang ni dulu2 sebelum ada TBS..huu..girls tak elok balik lewat2 ni..terdesak nak wat camane..Syukurlah selamat selama perjalanan ulang alik saya ...-)


Friday, July 19, 2013

Mari Menderma


Assalamualaikum..

Rindu sungguh nak menulis.uhhu..
Saya nak kongsi kan link atau tempat di mana anda boleh menderma atau menyumbang.
Memang banyak, tapi antaranya saya nak kongsi..



Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

www.muslimaidasia.com


Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1434 Hijrah




Assalamualaikum sahabat semua. 
Apa khabar semua? Harap dalam keadaan terbaik, walau apapun keadaan kita.

Saya nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1434 HijrahMudah-mudahan puasa kita dan amalan-amalan ibadah kita diberkati Allah. Insya-Allah :-)

Saya mungkin tak dapat selalu meng-update-entri2 Ramadhan, jadi boleh tengok-tengok sedikit entri lama tahun-tahun lepas yang berkaitan dengan Ramadhan. Boleh cari kat label
Ramadhan

OK.Sekian, wassalam.

Wednesday, June 26, 2013

Love vs Hate





Like does not mean love..
Dislike does not mean hate..
But love definitely like, and hate confirms dislike..

When you love, you will care.
When you care, you might love.

But 'feelings' are too complex to be discussed, can cross each other and two opposite emotions often co-exist together..

# If you keep thinking about something or can't get it out of your head, the reason can either be like or dislike..-which is more distressing? -D

# Trying to dismiss unacceptable hatred, nurture unconditional love..-)

Tuesday, June 25, 2013

Why do you blogging?


Salam buat pembaca blog Inspirasi Hidupku..Apa khabar semua. Mudah-mudahan kesihatan berada di tahap terbaik. 

Di kala ini, saat jerebu melanda. Dan ada kawasan yang dah agak surut, selepas turunnya hujan. Banyak hikmah dipelajari daripada jerebu kan. Sangat banyak. Cuma kita perlu berfikir. Saat saya menaip ni, saya terfikir bilakah masanya saya dapat menaip mengunakan banyak jari. Memang penat, bila menaip guna dua jari saja. Setakat ni dua jari saja lah, jari telunjuk tangan kanan dan kiri. Baru-baru ni saya saya dapat menaip menggunakan dua tangan dan banyak jari yang menaip. Di handphone dan di komputer. Namun ianya hanya terjadi dalam mimpi. Kegembiraan dan kejutan terhenti seketika setelah terjaganya daripada tidur....uhhu..


Saturday, June 8, 2013

KITARO - Kokoro


Assalamualaikum..
Saya pasti ramai yang kenal nama KITARO ni kan. Muziknya memang indah dan mengasyikkan..uhu..Saya suka antara muzik-muziknya ..so sentimental...ha2..Just nak kongsi muzik Kokoro..sambil menikmati gambar pemandangan yang indah -)

Thursday, May 23, 2013

Be Kind to Unkind People-They Need It The Most


Assalamualaikum to all the readers..

Be kind to unkind people -They need it the most. ~Ashleigh Brilliant~

I'm trying to understand this quote..unkind people need more kindness..Poorly loved people need more love..They just do not see much of good things around them,so why don't we show them the things that they are lacking..the way they should act,react,behave..So,when people treat us in a bad manner,treat them back in the nicest way possible..It's a kind of self motivation,positive way of thinking and action..How to make us live happier and less stress ..If we do this,we lose nothing..in fact we gain something..It develop patience inside us..

Kindness should be repaid with kindness..
but unkindness should also be repaid with kindness.. 

aha..learn something? -)

p/s:I'm not that kind also..therefore,please..treat me kindly,as I need kindness the most...ahaks..-D

Saturday, May 11, 2013

Tak Dapat Buat Semua,Jangan Tinggal Semua




Saya teringat keluh kesah hati saya suatu ketika dahulu..
kerana saya mahu merubah diri..supaya lebih baik,
namun saya rasa tak mampu untuk berubah dalam sekelip mata,
merasakan tak mampu untuk menjadi sebaik mereka,
kemudian saya berfikir,kalau saya tak dapat buat ni,
adakah saya tak perlu buat langsung,
perlukah saya menarik diri,keluar langsung,
adakah saya akan tinggal semuanya..

Jawab hati saya,
tidak,tidak sekali..
jadi berdikit-dikitlah..

Mudah-mudahan perubahan yang sedikit-sedikit,
tapi berterusan itu lebih memberi kesan dan bermakna,lebih istiqamah..
kemudian tambah lagi dan gandakan usaha..
Insya-Allah..

-sekian,wassalam -)

Lesson of The Day



Assalamualaikum wbt buat semua pembaca..


Sudah cukup genap dua bulan dari tarikh terakhir post saya.Memang agak lama saya tak pos tapi tak bermakna saya tiada apa-apa untuk dikongsikan.Tak sempat2 nak kongsi di sini..hu2..Saya lebih berkongsi di facebook dan Halaqah.net..dalam bentuk perkongsian ringkas..hehe..Ada masa saya akan post di blog ini.


Pelbagai peristiwa berlaku dalam tempoh dua bulan ni..Namun semestinya saya tak dapat mengingati semua peristiwa,dan lagipun saya jarang mencatit tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup saya,kecuali di masa emosi bermain peranan,lalu saya simpan di dalam diari..ahah..Kenangan yang pahit saya buang jauh2,saya tak mahu ingat..seboleh2nya sekalipun dalam diari sekalipun..Tapi ada baiknya sesuatu peristiwa yang baik dicatat untuk tatapan bersama,yang memberikan pengajaran..



Sunday, March 10, 2013

It's Already March!!


Assalamualaikum..

Buat sahabat dan pembaca sekalian.Terima kasih sudi menjengah blog yang sudah kian bersawang ditinggalkan ni.hu2..Saya tidaklah meninggalkan blog ni terus,sebab saya masih sayang blogni.Saya tiada tajuk khas,cuma random topic..tiada idea sangat tetapi hendak jua menulis..

Kata ibarat pedang. 
Yang tajamnya bisa membunuh lawan. 
Kata-kata yang berhikmah. 
Menyedarkan kita. 

-lirik lagu Bicara Kata InTeam-

Friday, January 25, 2013

Apabila Terasa Sakit



Assalamualaikum..


Apa khabar pembaca semua..mudah-mudahan sihat walafiat dan selesa di samping keluarga tercinta,dan dalam lindungan Allah S.W.T. Terasa lama tak menulis sesuatu di blog ni,jadi sekali sekala perlu juga meng-update-kan peringatan yang baik-baik..


Tajuk ni memang sesuai dengan keadaan saya sekarang-demam dah baik,cuma selsema batuk2 sikit..Tapi bak kata Dr,Muhaya kan,jangan fokus kepada badan yang sakit tu,nanti seluruh badan pun terasa affected,walaupun itu memang hakikat,bila salah satu anggota sakit,yang lain pun macam berjangkit,lemah-lemah sebagainya,mental pun sekali..Cuma nak disampaikan ialah kita lihat pada anggota yang masih sihat..macam perut,kaki,tangan kan masih sihat..jadi kena bersyukur masih boleh bercakap,makan berjalan,buat kerja..macam tulah..Bila sebelah mata rabun,mata sebelah lagi kan boleh melihat, dan seterusnya..