Poligami vs Monogami



Assalamualaikum buat pembaca semua.

       Tajuk ini bukanlah tajuk yang saya rancang nak pos.Tajuk pun main reka saja,tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai.Tapi sebab saya tak ada idea nak pos pasal apa di blog ni,sunyi dari update pos-pos baru,jadi saya poskan di sini.Saya lebih banyak post di Halaqah sebab saya suka join discussion,musyawarah begitu.Ada yang salah,orang betulkan..Tak ada topik punya pasal,saya postlah tajuk ini di sini.Ini kali pertama saya buat post pasal rumahtangga di blog ini,hehe

       Sebahagian daripada isi kandungannya juga memang saya nak post di blog tapi..entahla.Bila di Halaqah,saya nampak topik,rasa nak reply,automatik ada idea nak cakap apa,sambil cari bahan-bahan di internet atau buku untuk dimasukkan sekali dalam post..


Saya bukan nak berkongsi pasal hukum ke,sebab saya pasti anda semua lagi tahu dan jelas lagi daripada saya yang serba tak tahu apa ni. hehe..Saya cuma nak berkongsi pendapat dan sepatah dua kata saja tentang isu poligami,setelah baca macam-macam kisah orang hidup berpoligami tidak bahagia.Saya bukan pakar tentang agama,saya bukan sesiapa,saya cuma seorang insan yang menagih ilmu,yang ketandusan ilmu-ilmu agama,terutamanya.Jangan berdebat dengan saya pulak.Saya bukan nak mengundang kontroversi,menidakkan poligami itu jauh sekali.Sebab poligami itu juga sebahagian perbuatan Rasulullah..Dingatkan sekali lagi,ini cuma perkongsian..mana tahu topik ini boleh membuka mata kita sedikit ke,atau meng'hangat'kan kembali blog saya yang semakin hari macam tiada pengunjung saja.Saya perasan sejak saya buang post2 tertentu dan apelah.Tapi tak kisahla,asalkan saya cuba yang terbaik untuk berkongsi perkara bermanfaat.Jadi ambillah mana yang baik,yang kurang atau tidak baik tu jangan ikut..Insya-Allah..

Poligami vs Monogami

Saya selalu dengar,kata orang,Jangan cakap-cakap tak suka,tak suka,nanti boleh jadi suka..Atau dalam hal poligami ini,tak suka,tak mahu,nanti diri sendiri terkena'.:senyum:

Jadi cinta sekadar sahaja,benci sekadar saja? 

Saya teringatla ceramah Ustazah Fatimah Syarha,masuk sikit tentang tentang isu poligami ;sunnah Rasulullah-segala perbuatan Rasulullah kan.Panas sentiasa,segarje tajukni,dari dulu hingga sekarang,evergreen :senyum:.

Menurut kitab Rhaudatul Muhibbin (oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah)-Fitrah cinta itu satu,dan poligami adalah rukhsah,yang memberikan kemudahan,kelapangan,keringanan..adalah lebih tepat.

Poligami sunnah,itukan amal perbuatan Rasulullah.Namun,orang sering menggunakan alasan poligami adalah sunnah,jadi mereka seolah-olah mendahulukan poligami daripada monogami.Nak kahwin je terus ada niat nak berpoligami.Hakikatnya sunnah yang 'lebih layak' diikuti adalah monogami.Ini melihat kepada kisah hidup Rasulullah s.a.w. ,yang mana kehidupan monogami baginda adalah 25 tahun,dari umur 25-50,manakala poligami hanya 10 tahun,dari umur 53-63 tahun.Rasulullah lebih banyak menghabiskan masa,sisa hidupnya bersama seorang isteri tercinta bahkan Khadijah isteri yang sangat,paling dicintai.3 tahun selepas Khadijah meninggal dunia barulah Rasulullah berkahwin lagi.Ketika hidup monogami bersama Khadijah pula,Rasulullah setia mencintai isteri yang satu,isteri pertama yang sungguh istimewa.First love,special bukan..

Perempuan,bilamana suami ingin berpoligami, ada hak untuk..

1-merelakan suaminya berpoligami
2-mempertahankan monogami di mahkamah
(alasan-tidak boleh membalas kemudharatan dengan kemudharatan;jika dirasakan suaminya tidak layak)
3-hak minta dibebaskan-melalui syarat taklik atau fasakh (bergantung kepada sebab2 dibenarkan fasakh dalam perkahwinan itu)

Hal ini untuk mengalakkan agama terfitnah..

Atas ni adalah apa yang saya dapatla dari ceramah Ustazah........................................

English saying says-Sharing is caring,Caring is loving,Loving is giving,secara amnya dari sharing (berkongsi) itu menimbulkan atau menunjukkan rasa ambil tahu dan sayang dan juga cinta.Pernyataan ini betul lah tu dalam kebanyakan perkara memang positif,baik..

Dan kasih ada untuk dikongsi?Hidup cuma sementara,apa salahnya berkongsi menumpang kasih..

Mana ada salah.Banyak benda bila buat sama-sama,kita kongsi terasa nikmatnya,manisnya,berkatnya.Saya teringat pula lirik lagu Mana Milik Kita oleh Rabbani.Dalam dunia ini apa milik kita,semuanya milik Allah..Tiada apa yang hakiki..Semua yang kita miliki adalah pinjaman..

Jadi jangan tamak hendak berkongsi,kerana apa yang kita rasakan milik mutlak kita punya,bukan milik kita sebenarnya..sedarlah hakikat itu.

Cuma,dalam meniti kebahagiaan rumahtangga,bagi kebanyakan perempuan,bila mana suaminya menyatakan ingin berpoligami,dia merasakan kebahagiaan buatnya sudah berakhir.Kerana dirasakan ada orang yang ingin merampas kebahagiaannya bersama suami,dan kini dia terpaksa berkongsi kebahagiaan itu.

Di sini saya meletakkan pendapat sebagai seorang perempuan,dari kaca wanita,dan juga mengambil kira pandangan secara global(meluas).

Bila berkongsi kasih atau bermadu..

Walau madu makanan itu manis,tapi 'madu'dalam rumahtangga tidaklah dirasakan manis bagi kebanyakan wanita.Ini hakikat yang semua orang pun tahu.

Jadi pendapat saya prinsip Sharing is caring tu tidak boleh nak diaplikasikan untuk semua perkara.Ada yang bagus ada yang kureng.Atau tidak semua orang boleh atau mampu hidup berkongsi kasih suami.

Kenapa Sharing is caring tak boleh pula,dalam keadaan apa pula?

"Bila terjadi dalam sesuatu hal tu perkara negatif nya mengatasi positif yang ada menjadikan more negative energy dari positive energy,hidup dalam negativity,:senyum: maka unhappiness,destruction is the answer,".

Prinsip ape saya pakai ni,:senyum: tapi yang saya nak sampaikan di sini antara mudharat dan manfaat,jika ternyata,terserlah keserlahannya bahawa mudharatnya melebihi daripada manfaatnya,mengapa masih perlu pilih yang mudharat itu.Maksudnya sebelum memilih untuk poligami itu, suami kalau rasa tak boleh nak adil,rasa diri tak layak macam-macam tapi nak jugak,lebih baik jangan.Cuma kadang-kadang suami sendiri tak sedar dirinya layak ke tak layak,tidak muhasabah diri dulu.Masalah dengan perkahwinan,penyelesaian tak dicari,kahwinla lagi satu.Kahwin pun senyap-senyapje..ada yang kahwin kat Siam,Thai..Nape senyap2 ni,takut pula,anda bina masjid,membina kebahagiaan,jika benar hasrat keinginan diri yang benar,murni tak yah sorok-soroklah..Nanti buat terkejut satu kampung di kemudian hari..:senyum:

Jangan mengelak dari masalah,belajarlah menghadapinya.Sebab itu keputusan yang diambil.Sekalipun kita mengelak padahal tahu yang satu hari nanti masalah itu akan dipersoal juga,atau dalam hal ini rahsia kita berpoligami akan diketahui isteri juga,mengapa tak tangani dari awal.

Biarlah bersusah-payah dahulu,bersenang-lenang kemudian..Bukankah setiap kesukaran itu ada kemudahan..

Masalah boleh menjadi lebih teruk jika tidak bersikap telus dan jujur dari mula.Niat,hasrat yang murni teruskan dengan keyakinan dan keberanian.

Kalau tidak mahu dilambung ombak,mengapa berumah di tepi pantai?


Berani kita buat,berani kita tanggung komplikasi atas perbuatan kita.

Dan jika kalian khawatir tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bilamana kalian menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita lain yang kalian senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kalian khawatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang wanita saja atau budak-budak perempuan yang kalian miliki. Yang demikian itu lebih dekat untuk kalian tidak berlaku aniaya.”  (surah An-Nisa' (4): ayat 3)


Selain turun ayat tersebut, juga turun surah An-Nisa' (4): ayat 129 menyatakan,
"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (surah An-Nisa' (4): ayat 129)

Ayat di atas ini menegaskan bahawa sesungguhnya suami tidak akan dapat berlaku adil bila melakukan poligami, dan itu penegasan dari Allah SWT sendiri melalui ayat tersebut. Namun kenapa Allah SWT tetap membuka saluran tersebut, padahal jelas nantinya tidak dapat berlaku adil ?Disinilah keistimewaan Agama Islam sebagai agama yang universal, karena selalu menyiapkan berbagai "saluran darurat".Sehingga saluran poligami tetap dibuka sebagaimana surah An-Nisa ayat 3 tersebut, dan hanya dibenarkan secara syar'i dalam keadaan darurat sosial, seperti perang, dengan syarat untuk memberi perlindungan terhadap janda mati dan anak-anak yatim serta tidak menimbulkan kerusakan dan kezaliman (Tafsir al-Manar, 4/287).

Banyak orang berpoligami bukan menunjukkan wanita boleh terima dah,dulu kurangke,bukan macamtu.Mungkin sama ja dahulu dan sekarang,hakikat masih sama,iaitu kebanyakan wanita lagi suka jika dirinya eksklusif buat suaminya.Iyalah,kata Fitrah cinta itu satu.Wanita bila jatuh cinta pada lelaki hanya satu.Setia pada suami yang satu.Lazimnya begitulah bagi isteri solehah.Yang membezakannya adalah ilmu.Ilmu yang ada membuat jiwa lapang dan bahagia.Wanita berilmu yang memahami keadaan,dan suaminya,yang menerima hasrat suaminya,berlapang dada menerimanya.Walau bagaimanapun,realiti yang kita lihat,yang perlu kita sedari ialah masalah yang terjadi bila suami berpoligami.Poligami ini bukannya semudah yang disangka,semanis madu buat kaum Adam.Kerana Baitul Muslim yang dibina itu bukan satu,malah lebih daripada itu.Adakah anda yakin walau sedikit anda mampu membimbing semua isteri dan anak-anak supaya tidak tersasar daripada syariat Islam,menjadi keluarga yang beriman...

Tak dinafikan walau pahitnya poligami itu buat kaum hawa,namun tidak disedari terselit banyak kebaikan.Jadi di kala poligami sudah terjadi janganlah anda menghukum suami dan isteri kedua dan sebagainya,seterusnya membuatkan keadaan semakin bermasalah..Ingatlah..

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216) 



gambar kahwin saja jumpa,hu2..thanq google -D

Saya teringat,dalam radio ustaz ape kat IKIM pernah cakap,orang lelaki yang berpoligami ini orang yang hebat,kiranya bukan calang-calang orang.Bila bukan calang-calang orang,cuba tengok rumahtangganya,stabil tak,ada tak krisis besar-besar yang kepoh sana sini.Ini menunjukkan memang insan terpilih yang berpoligami.Bukan sebarangan lelaki,bila sebarangan tu boleh tengok--.terjadinya masalah tiada henti,penderitaan isteri sana,isteri sini,luka berdarah kembali,luka tak sembuhla.Walau kelihatan bahagia,lukanya tak tersingkap oleh mata kasar.Hati saja yang merasa.Sebab itu suami dalamilah hati budi isteri,tahu kemampuan kelemahan isteri,setakat mana isterinya mampu menerima cabaran berpoligami.

Isteri pula,perempuan hebat yang mampu menerima suami berpoligami.Ada lagi tu yang sibuk nak carikan bakal isteri kepada suami lagi,:senyum:..Perempuan tak berpoligami tak hebat?Siapa cakap?Apa pulak,sebab isteri seorangtu hebat sangatlah suami kekal setia,cintakan dia yang satu.Sebab dia hebatlah suami tak cari lain.Sebab dia hebatlah dia mampu mempertahankan rumahtangganya biar seribu dugaan mendatang,yang perlu diharungi,hanya demi hidup secara eksklusif bersama suami tercinta,mendapat tempat di hati suami,no other woman.Begitu juga suami yang mengamalkan monogami,hebat juga kerana dia mampu beristerikan seorang saja sepanjang hidup isterinya.Sebab kasih cinta,sayang dan kesetiaannya pada isteri yang seorang saja.Sebab dia berjaya menangkis dugaan nafsu mungkin walau dia mampu dan layak jika diberi pilihan untuk berpoligami.Biar setia pada yang satu,tapi dia lebih menghargai pada yang satu itu.Orang putih cakap-'One-woman man'.

Isteri menghadapi krisis-mengetahui suami menjalinkan hubungan dengan wanita lain?

Ni ada orang nasihat kat saya, hehe

   Selagi suami belum kahwin,tiada ketelanjuran dengan pihak ketiga,isteri masih berpeluang,ada masa,gunakan hak anda untuk mempertahankan rumah tangga anda yang terbina sekian lama.Sebab kalau sudah terjadinya poligami tu,anda kena redha menerimanya.Mungkin ada hikmah setiap yang berlaku,kenapa diuji sebegitu.

Bila kita menghalang,tidak mahu suami berkahwin lagi, kerana kita tahu kemampuan suami kita,dan kita tahu kemampuan diri kita.Allah tahu apa yang kita mampu,apa yang kita tidak mampu menghadapinya.Jadi jangan berputus asa,berusahalah mencari penyelesaian,berdoa sebanyak mungkin kepada Allah.

"Ya Allah,Aku ini insan yang lemah yang tak mampu menerima dugaan ini,yang tak sanggup berkongsi kasih .Aku bukanlah si dia yang terpilih yang sanggup membiarkan suamiku dicintai wanita lain.Kau permudahkan lah kesulitan ini.Kau berikanlah kekuatan kepada aku menghadapi dugaan ini,".

Cuma jangan buat perkara yang terlarang pula,yang bertentangan syariat Islam.Selagi anda berusaha dengan cara yang betul,jalan penyelesaiannya Insya-Allah sentiasa ada tapi mungkin mengambil masa,jadi anda kena banyak bersabar,muhasabah diri.

Dan buat anak-anak pula,jika sudah dewasa sekalipun,hal ini kita tak boleh masuk campur kerana di antara ibu dan ayah.Jangan disebabkan hal ini,kita jadi tidak hormat terhadap mereka,status mereka tidak berubah,tetap ibu dan ayah kita.Kita teruskan saja hubungan yang baik dengan mereka.Doakan yang terbaik buat mereka.Jika sayangkan ibu,tak sanggup ibu dilukai,melihat tangisan ibu yang tak sanggup kasihnya dimadui,doalah supaya ayah itu tetap setia bersama ibu.

Buat suami yang merasakan kurangnya kasih pada isteri setelah lama berkahwin,atau masalah gaduh sana sini,yang perlu dilakukan ialah :

 'Perbaharui Kebahagiaan Dalam Rumahtangga,Bukan Mencari Bahagia 
Dalam Rumahtangga Baru'.
~ayat dari buku Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri karangan Cahyadi Takariawan/Pak Cah)

Sebenarnya ayat atas ini boleh kita aplikasikan dalam aspek-aspek lain-yang saya faham seolah-olah memberi mesej selesaikan masalah yang satu tu,cari bahagia dengan apa yang ada,bukan dengan mencari apa yang tak ada,sedangkan masalah kita dengan yang ada tak setel,sibuk nak cari lain ape kes?Itu macam lari daripada masalah bukan?

"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." [Hadis riwayat at-Tirmizi]

Jadi suami yang ada seorang isteri tu,berlakulah sebaik mungkin pada isteri.Jika isteri seorang namun tak mampu nak berlaku baik,macam mana dengan isteri yang lain..Mungkin boleh baik,dan ada kemungkinan sejarah mungkin berulang..

Dengan menggunakan apa yang ada,utilize sebaik mungkin,begitulah..

Tahniah buat suami yang berpoligami yang bijak menguruskan rumahtangga menuju ke arah kebahagiaan.
Dan tahniah lebih juga pada suami yang monogami yang mampu mengekalkan kebahagiaan rumahtangga yang satu. 

wallahualam.

Salah silap sila betulkan..

sumber rujukan 

p/s:Nak tengok,ada tak yang nak baca post pasal ni he2

Comments