Perut Oh Perut



Assalamualaikum..buat pembaca semua..

Perut,oh perut..

"Termakan banyak sakit,tersalah makan sakit,makan tak tentu sakit..kalaulah boleh kufaham perutkuni,"aku mengeluh sendirian.

"Perut oh perut, kenapa kau selalu sakit?"

"Aku selalu sakit, sebab engkaulah puncanya".



"Hah??Aikk..aku pulak?Aku tuanmu ini penyebabnya?"

"Ya.Kau tidak menjaga aku ini sebaiknya.Kau tahu kenapa?Sebab kau tidak berhenti-henti memasukkan makanan ke dalamku.Malah kau masukkan berlebih-lebihan.Kadangkala,kau masuk yang bukan-bukan,yang aku tidak bisa dengannya.Engkau juga tidak sedar apa yang engkau ambil itu,bersihkah ia,halalnya,khasiatnya. Asal kau fikir sedap saja,memuaskan nafsu laparmu,kau hentam saja.Ada juga kalanya sebelum aku habis mencernakan yang apa yang ada dahulu,kau sudah masukkan lagi.Aku menjadi terlalu penuh,di mana ruang air,di mana ruang udara untukku?Di mana masa rehatku?Aku bekerja tanpa henti,tanpa rehat..kerana engkau tidak memberikan kebebasan rehlah itu kepadaku.Jadi,kau tanggunglah kesakitan yang berpunca daripada sikapmu itu sendiri".

"Aduhai perut..Aku tidak suka menanggung sakit perut itu.Jadi,bagaimana hendak aku beri engkau kerehatan?Aku ada masa-masa makan yang banyak.Ada sarapan pagi,tea-break,makan tengahari,minum petang,makan malam..Macam mana aku tidak makan..?"

"Puasa!"

"Puasa?"

"Ya,bahkan dengan puasa itu kau bukan sahaja mengurangkan nafsu makanmu malah nafsu-nafsu yang lain juga".

"Contohya?

"Nafsu shahwat,nafsu amarahmu,nafsu yang mana tidak baik sepertinya,".

"Aku seperti rasa lemah jika berpuasa,".

"Jika kau niatkan seikhlasnya,kau mengikut sunnah Rasulmu,pasti kau dapat menanggung dugaan puasa itu.Malah kau akan lebih cerdas dalam pemikiranmu,khusyuk dalam ibadatmu,".

"Bagaimana pula begitu?"

"Dengan berpuasa, kau telah merehatkan aku.Aku menjadi kurang aktif kerana kurangnya makanan dihumbankan ke dalamku.Kau akan kurang memikirkan tentang makanan dan aku.Malah kau jadi lebih berfokus tentang perkara seharianmu.Dan kerana itu juga,kurangnya tumpuan darah yang mengalir kepadaku,dan juga kepada kawan-kawan ku, seperti usus kecil,usus besar,limpa dan sebagainya,".

"Jadi?"

"Jadi,darah itu akan banyak mengalir ke otakmu,supaya engkau lebih cerdas.Pemikiranmu lebih tajam,"

"Begitukah?"

"Ya.Tidakkah kau perhati jika selepas saja kau makan sebanyak-banyaknya,bukan saja perutmu terasa kembung,kadang-kala memulas-mulas,malah kau juga mudah mengantuk bukan"

"Ya,itu betul,hehhe..".

"Apa yang perlu aku lakukan ialah berpuasa?"

"Iya,tepat sekali,".

"Tapi masalahnya,aku ni susah sekali hendak berpuasa!Susahnya aku hendak mulakan itu,".

"Bagaimana ya?"

"Maaflah,itu kau kena cari jawapannya sendiri.Aku hanya menerangkan tentang bahagianku.Aku tidak ada jawapan untuk itu.Mungkin kau perlu tanya sang hati,atau si otak,apakah punca yang mengekangmu daripada berpuasa..".

Persoalan di sini,mengapa susahnya hendak berpuasa??Hanya bila tiba bulan Ramadhan saja,yang mana ia menjadi kewajipan.Habis bulan itu,makan habis-habisan?Fikir-fikirkan..

SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sumber daripada penyakit adalah perut. Perut adalah gedung penyakit dan berpuasa adalah ubatnya." - (Hadis riwayat Muslim)

“Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.)

Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas'ud berkata, "Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan."

Nabi Muhammad SAW bersabda “Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan.” [Rujuk hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i].

sekian,wassalam.


Comments

Alif Haris said…
kita manusia perlukan rehat untuk sihat. perut pon perlukan rehat untuk sihat kan.. hehe.

memang puasa penawar kepada byk penyakit