expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 20, 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1433 Hijrah


Assalamualaikum buat pembaca.
Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1433H kepada semua umat Islam.Selamat mengerjakan solat Tarawikh bermula malam ini.Minta maaf dari saya buat semua.Semoga kita menggunakan Ramadhan ini semaksimumnya untuk meningkatkan amal ibadah, dan memperbaiki diri kita.InshaAllah..-)



Sunday, July 15, 2012

Kisah Aku Dan Empat Isteri



Kisah Aku Dan Empat Isteri


Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku. 


Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling cantik,muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.Kepada isteri ke-empat juga aku selalu memberinya banyak harta dan kesenangan.



Friday, July 13, 2012

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat





Assalamualaikum..


Di sini saya ingin berkongsi tentang kelebihan membeaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat.


Keutamaan Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat


Membaca surah Al Kahfi adalah suatu hal yang sangat dianjurkan (mustahab) di hari Jumaat kerana kandungan pahala yang sangat besar sebagaimana Hadis Rasulullah SAW :



Thursday, July 12, 2012

Poligami vs Monogami



Assalamualaikum buat pembaca semua.

       Tajuk ini bukanlah tajuk yang saya rancang nak pos.Tajuk pun main reka saja,tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai.Tapi sebab saya tak ada idea nak pos pasal apa di blog ni,sunyi dari update pos-pos baru,jadi saya poskan di sini.Saya lebih banyak post di Halaqah sebab saya suka join discussion,musyawarah begitu.Ada yang salah,orang betulkan..Tak ada topik punya pasal,saya postlah tajuk ini di sini.Ini kali pertama saya buat post pasal rumahtangga di blog ini,hehe

       Sebahagian daripada isi kandungannya juga memang saya nak post di blog tapi..entahla.Bila di Halaqah,saya nampak topik,rasa nak reply,automatik ada idea nak cakap apa,sambil cari bahan-bahan di internet atau buku untuk dimasukkan sekali dalam post..

Monday, July 2, 2012

Perut Oh Perut



Assalamualaikum..buat pembaca semua..

Perut,oh perut..

"Termakan banyak sakit,tersalah makan sakit,makan tak tentu sakit..kalaulah boleh kufaham perutkuni,"aku mengeluh sendirian.

"Perut oh perut, kenapa kau selalu sakit?"

"Aku selalu sakit, sebab engkaulah puncanya".