Memupuk Semangat Ukhuwah



Assalamualaikum..
Baru-baru ini saya ada pergi join Ad-Daurah.Bukan dirancang,tapi secara kebetulan sahaja,almost on the spot saya tahu,saya rasa nak pergi.Rasa macam lama dah tak pergi program macamtu..secara life..Ustaz sentuh banyak tentang ukhwah..dan kemudian tentang Palestin.


Nak kongsikan sedikit input..


Ukhuwah yang seperti kita faham adalah persaudaraan.
Perkataan “ukhuwah” berasal daripada kata akar “akha” yang bermaksud saudara.
Adanya kasih sayang dan rasa hormat,ikatan yang berdasarkan akidah,serta perasaan iman dan taqwa.




Firman Allah yang bermaksud:


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,..." (Al-Hujurat :10)


"Muhammad adalah pesuruh Allah dan orang-orang yang bersamanya (sifat) mereka itu amat tegas terhadap orang kafir (namun) berkasih sayang sesama mereka. .." (Al-Fath :29) 


Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut Imam Hassan Al-Bana'
Ukhuwah adalah keterikatan hati dan jiwa dengan ikatan akidah.Akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan paling berharga.
Ukhuwah adalah saudara iman,perpecahan adalah saudara kufur.


Permulaan kekuatan ialah kekuatan kesatuan
Tiada kesatuan tanpa kecintaan (kasih sayang)
Sekurang-kurang kecintaan adalah berlapang dada
Setinggi-tinggi kecintaan adalah martabat ithar..


Bagaimana nak memulakan dan memupuk semangat ukhuwah


1)Taaruf -kenal mengenal dengan mendalam
2)Tafahum-memahami kedua dua belah pihak
3)Ta’awun-tolong menolong
4)Takaful -saling jamin-menjamin,turut merasai..juga ada elemen (sympathy and empathy)


"Dan orang-orang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain ,". (At-Taubah:71)




Tingkatan Ukhuwah


1-Berlapang dada
2-Cinta
3-Ithar (mengutamakan saudara lebih daripada diri sendiri)


"Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran,maka mereka itulah orang-orang yang beruntung," 
( Al-Hasyr : 9 )


-->Jangan bersifat kikir terhadap saudaramu,berilah mereka yang terbaik..


Ithar
Dia melihat saudaranya melebihi diri sendiri
tanpa saudara,dia keseorangan..
Sungguh,serigala akan memakan kambing yang terpencil daripada kumpulannya..


Jadi,tanggungjawab terhadap saudara mu yang lain..


1-Berilah salam bila bertemu
2-Tunai jemputan bila dijemput
3-Apabila diminta nasihat,berilah nasihat
4-Apabila sakit,ziarahilah
5-Iringi jenazah apabila dia mati


seterusnya..
~bantulah dia dalam kebendaan
~Tolong dia menyempurnakan hajatnya
~Menunaikan janji (hutang)
~Jangan berinya tugas yang tidak mampu.(beri mengikut kemampuan,sebab itu kena kenal kebolehan seseorang,jadi tugas tertentu boleh diberikan kepada orang-orang tertentu yang lebih mampu tentangnya)
~Doakan dia,anak-anaknya,dan orang-orang yang berkaitan..
~Maafkan,ampunkan saudaramu (sebelum tidur...)


ukhwah lahir dari hati yang baik,jadi bila senyumtu bukanlah dalam
keadaan senyummu paksa,
senyum itu lahir dari hati..
senyum yang lahir dari hati..


tetiba rasa nak berkongsi..


Senyum Seindah Suria


Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri


Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum


Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

sekian,wassalam..

Comments

s a r said…
assalamualaikum nurul.

menarik sangat. thanks beb. siap ada lagu. eheh.