Memahami Al-Quran


Assalamualaikum..buat pembaca ..Terima kasih sudi menjengah masukye..-D

Nampaknya kurang pulak perhatian saya kat blogni..maklumlah dah ada wadah perkongsian baru..hehe..
Saya sejak akhir-akhir ni suka pulak masuk Halaqah.net..sebab banyak isu2,forum dibincangkan..Nak perkongsian,ilmu yang berguna banyak..macam-macam topik..Jadi,saya pun nak juga menyumbangkan sedikit ilmu atau perkongsian di situ..sampai terlupalak ada blog di sini..hehe..
Tapi takpe,tak rugipun.Dan kadang-kadang saya bila cek blogni,saya bukan nak buat post baru,sebaliknya saya baca balik post2 lama..iyalah,nak cek2 apa post2 lama saya..Nak filter2 sikit..dan nak baca balik apa yng saya kongsi selama ni..kadang2 saya kongsi tapi saya pun terlupa apa yang diberitahu..jadi,peringatan kepada diri saya semula..anda ingat,saya pun ingat..InsyaAllah..Filter sebab takut jugak benda melalaikan mengarut2 saya postkan..Jadi mana yang kurangtu,maafkanlah saya ya,dan ambillah yang jernih,buang yang keruh..

Membaca..
Saya suka membaca,tak nafikan..bukan nak membangga pula,cuma nak kongsi minatje..hehe
cuma tang mana yang saya rajin tu berubah-ubah ikut musimla..
Tapi pendapat saya,orang yang suka membaca ni tak susah nak melatih diri dia membaca bahan-bahan ilmiah..Katakanlah dia ni suka baca novel,buku cerita,dia ada possibility untuk membaca bahan-bahan yang lebih ilmiah..Kalau dah membaca pun malas,suruhla baca apa pun,malas juga..Jadi,marilah kita sama-sama berusaha mendidik diri rajin membaca..Saya ajak macamni nak mendidik diri saya juga sebenarnya..

Memhami Al-Quran..
Dalam sehari berapa lama kita luangkan masa dalam hari-hari kita untuk memahami Al-Quran..Baca Al-Quran bukan sekadar baca,tapi kena fahami maknanya..Bacalah terjemahan,bacalah tafsir..tanyalah pandangan yang lebih arif jika tak faham..Kalau dalam pembelajaran harian kita,kadang2 ada fakta2 yang tak jelas. Contohlah, dalam sesuatu research,yang paling kuat adalah experimental..Kalau ada fakta yang berdasarkan experimental ni kesahihan fakta tu lebih tepat..evidence based learning..tapi ada juga research yang akan menentang kesahihan fakta tu..yang critic..jadi nak cakap fakta2 yang seumpama ni ada yang reject ada yang terima..Tapi Al-Quran?Semua yang tertera dalam Al-Quran tu adalah benar..bukan experimental apenye..itu semua yang pernah berlaku..dan yang akan berlaku malahan..adake penerangan yang lebih jelas tentang masa lalu dan masa depan selain Al-Quran..Bila saya terfikir macamnikan..hebatnya ayat-ayat Allah dalam Al-Quran..

Kita baca macam-macam bahan bacaan bacaan,ada yang benar,ada rekaan semata..kadang2 buat kita senyum,ketawa,buat kita nangis..tapi ada yang rekaan..Kita masih boleh belajar dari cerita-cerita itu,mesti ada pengajaran,good side nya...apa-apa bahan bacaanla,pastikan tidak terleka dan terpengaruh dengan keburukan..ambillah yang baik,buang yang buruk..seronok2 baca,tapi jangan terover ye..(sendiri terasa pulak-irresistable novel lover..hee)

Tetapi kita selalu terlepas tentang satu bahan bacaan yang paling utama iaitu Al-Quran..Baca Al-Quran dan faham maknanya..Kita lebih tahu cerita artis itu ini,dari kisah2 rasul dahulu,kaum2 dahulu..Kita lebih tahu cerita fantasi Inggeris dari cerita tentang akhirat,Qiamat,Syurga dan Neraka..patutkah kita?


Fahami Al-Quran
Padahal kita ni berpegang teguh apa yang dikatakan dalam Al-Quran..tapi kita tak faham tak tahu satu pun cerita dalam Al-Quran..Saya pun sedih sebab saya diri saya pun terleka begitu..Tapi bersyukurlah saya menyedari silapnya saya..Jika kita faham maknanya,bila baca dalam solat tu memang setiap kali baca surah setiap kali itulah teringat maksud,kisah2 dalam Al-Quran..patutlah orang yang memahami makna ayat-ayat Al-Quran ini boleh nangis bila baca..Bila baca kisah apa yang akan berlalu di Hari Qiamat,pasti kita sayu menangis..takutnya..contohnya,.surah-surah yang menceritakan tentang Hari Qiamat,macam surah Al-Waqiah,Al-Haqqah,Al-Qariah..Ini semua kebenaran..menceritakan tentang apa yang akan berlaku di Hari Akhirat..Takut?Memang takut..takutlah kita pada Allah..Allah itu Maha Pengampun...tapi bagi yang mengingkarinya,Allah itu Maha Adil..sesungguhnya azab Allah itu amatlah keras..

Siapalah saya nak cakap mendalam tentang ini kan,saya bukan pakar agama..tapi sedikit sebanyak yang saya faham,beginilah..Saya hanya mahu berkongsi sedikit apa yang saya rasa..Dalam meniti hidup yang tidak kekal ini..dunia ini dijadikan sebagai tempat untuk kita mengambil sebanyak mungkin amalan kebaikan, kebajikan sebagai bekal menuju ke dunia Akhirat yang hakiki,iaitu selama-lamanya..Selama-lamanya..Masa saya darjah 6 seingat saya,ayat ini selalu terngiang-ngiang..Akhirat nanti,Syurga atau Neraka selama-lamanya..tiada pengakhiran..saya boleh pula membayangkan perjalanan masa yang tiada henti..bukannya macam ceritatu,..Happily Ever After in the current world..It is the world after this-Akhirat..Sememangnya perkara Ghaib di luar kemampuan otak,pemikiran manusia..Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya..Sesugguhnya Allah Maha Mengetahui..namuan bukan kita tak boleh tahu gambaran-gambarannya seperti dijelaskan dalam Al-Quran..tentang apakah ada di Syurga, atau Neraka..

Sekiranya kita betul-betul memahami makna ayat dalam AlQuran,dan tanpa salah faham akan maknanya,pasti kita sentiasa berjaga-jaga tentang apa yang kita lakukan setiap hari..Pastinya kita mengambil pelajaran..mengambil pengajaran dari kisah kaum-kaum terdahulu..
Nukilan tak seberapa ini buat peringatan kepada diri sendiri terutamanya,semoga saya istiqamah..dan peringatan kepada pembaca,semoga kita dapat manfaat..InsyaAllah..

Let us help each other..remind me if I make mistake..correct me..forgive me..

sekian,wassalam..


Comments