expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 17, 2012

Kegunaan Lemon Yang Pelbagai


Assalamualaikum buat pembaca semua.Terima kasih kerana singgah di blog saya,harap-harapnya apa yang saya kongsi berguna untuk kita semua..


Bila sebut lemon,mesti saya teringat sabun axion lemon.huhu..Bahasa melayunya lemon,Inggeris pun lemon,arabic limun,filipino limon,latin citrum,french citron....memang dekat2la..lemon and citrus.Lemon dikategorikan dalam buah-buahan citrus,selain daripada limau,oren,dan sebagainya.Lemon ni sangatlah popular,tapi mahal sikitla,hehe..Dan penggunaan lemon dah ada kat macam-macam produk sekarang,yang memberi haruman lemon.Bukan saja bau yang harum malah khasiat kesihatan pun tak kurangnya..Antara yang menarik tentang lemon boleh saya kongsi:-


Dari segi kesihatan/kecantikan

1-Boleh membantu mengurangkan berat badan jika diminum airnya.
2-Ada antioksida dan vitamin c untuk kesihatan kulit dan mencegah penyakit,dan lemon juga elok untuk sistem pencernaan.
3-Sebab sumber vitamin c,jadi membantu penyerapan zat besi (iron) jika diambil bersama.
4-Bekumur-kumur dengan lemon juga dapat menjaga kebersihan gigi,bau mulut,membunuh kuman.



5-Lemon ada bleaching effect,disebabkan kandungan asid yang tinggi.Jadi lemon boleh digunakan untuk mencerahkan kulit badan,terutamanya bahagian lutut,ketiak,dan sebagainya.Jika letak di bahagian dirambut dan dikeringkan bawah cahaya matahari,boleh memerangkan rambut atau bagi yang perang,boleh jadi blonde highlight..Macam manetu? senyumje.. Tapi jika rambut hitam bolehke?Boleh,tapi susah sikitla.. 

Boleh guna lemon untuk hilangkan kotoran degil pada pakaian (contohnya,saya pernah guna lemon untuk hilangkan karat pada pakaian)


6-Kulit lebih licin,cantik dan wangi lepas guna lemon.(Tapi dinasihatkan jangan guna lemon di muka dan dedahkan terus dekat cahaya matahari..)
7-Cuci muka dengan air lemon boleh mengurangkan freckles terutamanya,bintik2 hitam pada muka,kurangkan jerawat dan menjadikan wajah bersinar.
8-Disebabkan lemon boleh melicinkan dan menyinarkan,jadi elok juga disapu pada kuku untuk kuku yang cantik lagi bersinar.

Masakan
banyak rasanya,tapi antara yang saya tahu:-


1-Masak ayam lemon,kek lemon,sedapni ;senyum
2-Boleh buat pengganti cuka. (Ini tak tahu mana saya tahu atau reka,tapi saya pernah buat acar,gunakan lemon instead of cuka.Sebab masa tu kebetulan saya ada lemon,takde cuka.Bagus juga,asid semulajadi dan selaintu,lebih berkhasiat..cuma kena control sikit kuantitinya,sebab lemon kan memang masam -D
2-Lemon juice,tapi elokla ditambah gula.



Tips memilih buah lemon :pilih buah yang terasa berat dan agak keras kulitnya dan kulitnya juga warna kuning. (persoalannya,adake lemon yang berwarna lain??) -p


sekian,wassalam.

No comments: