expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 7, 2012

Ceragem Bed

Ceragem Bed


Assalamualaikum.


Pernah dengar tak nama Ceragem Bed?Saya pun baruje dengar,emak saya cerita.Syok sangat.Die ngan adik saya pergi kat tempat yang bagi service therapy Ceragem Bed ni,free masatu kalo tak silap.Tapi seronok dengar mak saya cerita.Kebanyakannya orang2 berusialah pergi tempat tu.


Ceragem ni adalah produk buatan Korea dan dah banyak dipasarkan di negara-negara lain.Tapi kat negara kitalah rasanya agak baru kot..he2.Ceragem ni katil,tapi bukan katil biasa yang selesatuh..-D
Ini katil ada fungsi untuk kesihatan.

Kebaikan Ceragem 
-lancarkan perjalanan darah
-legakan sengal2,sakit otot,sakit belakang
-kurangkan stress,perbaiki tidur
-legakan sakit disebabkan arthritis



Prinsip Utama Ceragem


1-Chiropractic
Adalah termasuk dalam perubatan alternatif,dengan menggunakan tangan untuk manipulasi/adjust tulang belakang,meluruskan sendi2 tulang belakang dengan tubuh.Tujuannya untuk melegakan/melepaskan tekanan pada sistem saraf.Chiropractic membantu penyembuhan(healing) tubuh dengan sendiri,dan tubuh dapat berfungsi optimal. 


2-Massage
Urut.Ni tahukan..hu2..mengurut untuk legakan sakit2 otot/sendi,relaxkan otot/sendi,dan merangsang badan..


3-Moxibustion Effect
Kaedah terapeutik,menggunakan tenaga haba dari campuran herba untuk merangsang bahagian badan tertentu.(Target/pressure point).Tujuannya untuk merangsang badan supaya sembuh(heal),memperbaiki perjalanan darah dan nak bagi  badan relaks.


4-Jade
Boleh menghasilkan infrared yang berguna kepada badan apabila dipanaskan.


Katil Ceragem.Unik tak?





Video kat bawahni tunjuk lebih jelas apakah bendanya Ceragemni..hu2



Tadi dah bgitau kebaikan Ceragem kan.Ape keburukan dia pulak?
Sebenarnya,saya tak pasti sangat.he2..
Tapi apa yang saya dapat,Ceragem bagi kesan pemanasan kat badan,untuk lancarkan saluran darah semua bla2..dan haba tu mungkin memberi kesan kepada badan/kulit.Lagi satu komen saya baca,orangni test Ceragem ada keluarkan Elektromagnetic Radiation agak tinggi,jadi mungkin risiko kepada badan,terutama organ2 penting.

Disebabkan banyak review postitif tentang Ceragem ni,ramailah yang tanya Ceragem ni boleh guna untuk macam2 jenis penyakit tak.Daripada setakat sakit2 otot,sampailah ke autistik,kanser,hernia(angin pasang)..

Pendapat sayalah kan,katilni mumgkin membantu sebagai perubatan alternatif.Kita tak bolehla nak bergantung 100%,rasakan benda ni boleh menyembuhkan macam2 penyakit.Secara amnya,benda ni mungkin boleh memperbaiki kualiti kesihatan badan,melegakan sakit2 yang disebabkan oleh tulang belakang (spine),kurangkan stress,perbaiki kualiti tidur..Bagi pesakit yang bergantung pada ubat hospital,ubat hospital jangan tinggal,atau melengah-lengahkan rawatan sakit tertentu sebab nak cuba kaedahni.Kaedahni mengambil masa untuk sesetangah sakit kronik.



Aspek terpenting penjagaan kesihatan ialah gaya hidup sihat.Orang tua yang dah sakit,jadi kena controljela.Bagi kita yang muda ni,pencegahan adalah lebih baik bermula dari sekarang.Banyakje cara hidup sihat yang tak perlu keluar duit.Senaman,tidur cukup,pemakanan semua tu perlu.Lagi satu,orang Islam kan ada solat,semua pergerakan dalam solat tu ada fungsi dalam kesihatan.Kita sujud,rukuk semua.Saya teringat ustaz pernah cakap pagi2 pukul 5/6 ada orang dah joging..Bagusnya..Bagi umat Islam,waktu tu adalah terbaik bangun untuk solat,dan udara pulak segar waktu pagi.


Katil ni kan mengingatkan saya kat kerusi Osim,bendani pun boleh bagi soothing effect,massage sume..Dulu kat umah saya ad satu alatni guna elektrik,yang bergegar2(shaking),kita boleh berdiri atau duduk,basically untuk lancarkan perjalanan darahla.Memangla seronok gune,sampai rosak jadinye..hehe..


*Nak tahu tak berapa harga katilni,nak dekat RM10,000!! -D
Ok,sampai sinijeye.Sekian,wassalam.-)


sumber:ceragem.com
            chinacsr.com
            redflagdeals.com

32 comments:

alif haris said...

hihi fes time dgr bende alah ni :)
mcm katil multifunction hehe

nurul said...

@alif haris yeke..akakpun,kali pertama jugak,kalo emak tak cite,xtahula.maklumla,akakni ketinggalan sikit dengan berita2 semasa..huhu..

Arya Amy said...

dah join dh,, best ,, mcm nak beli je 1,, sgt berbaloi2

Myzone said...

Akak pun Cuba seminggu sekali jer sbb hari lain kerja. Tapi bila sakit pinggang n sakit belakang datang amik cuti jugak gi ceragem. Akak ni Ada rabun jauh yg powernya tinggi sampai 1000 dan Ada sinus yg teruk. Anak2 akak pun sinus jugak . Suami pulak Ada gout n darah tinggi . Rasa mcm nk beli jer.long term berbaloi rasanya.pikir balik2 x guna Ada Rumah cantik berpagar serta ber awning yg harga sampai Rm10,000 tapi badan sakit.....baik beli ceragem.In Syaa Allah niat utk sihat supaya dpt beribadat dgn lebih baik di permudahkan Allah.

raja noorhasliza raja hasannuddin said...

Saya ada katil ceragem utk dijual ..
2nd hand laa ..
elok lg ...

Hilda Nazeera said...

Mcmmana nk kontek raja..

muhamadsopri Zainol said...

dah jual blom...kalau blom minta contact no

Mohamad Hafiez said...

Katil ceragem utk dijual area jb.+60129635711-ira

Zubaidah Abd Rahim said...

Da la wei cukup2 la kena tipu. Dulu mesin al jabbar, pastu org tau tu scam, dah stop bend tu. Skang benda ni pulak. Satu benda ni boleb settle beribu2 penyakit? Amboi.. habis apsal hosp tak ambik katil ni je. Dr tutup klinik. Kemon la.. benda2 fizikal ni tak logik. Ini semuA BISNES. mangsa dia org sakit. Pastu takkan ada side effect. Kamon la. Nak sihat, mkn benda sihat, senam. Cayalah. Lambat laun scammers ceragem ni terkantoi gak akhirnya..

Opah said...

Bukan suruh beli pun p buat rawatan kt center..percuma...lg sekali percuma hya modal masa dn byk sabar kerana bukan hya kita yg nk guna.. ramai kn q.. kalau rasa bagus n tak pya masa nk q ... belilah..kalau tidak q jer ..tu pun kalau ada penyakit..kalau sihat ..tk payah ..beri peluang org yg memerlukan..

Norzana said...

Tau x sapa2 yg nk jual 2nd hnd

mohd izuan said...

Berapa harge katil tu?

ummi said...

betul tu..

Unknown said...

Dah dpt ke belum katil 2nd hand tu? Sy ada 1 unit nk jual...0162668339

Yana Azmi said...

Dah pernah rasa sebab nak tau elok benar ke menda alah ni.. yana rasa for free yess.. it worth it! mmg bagus.but if nak beli tapi bulan2 makan nasi dgn kicap. better buat yang free je.. sekian.

nur azurah abdul hadi said...

Kenapa nk jual ek.. X bgs ke.. Huhuhu anyway nk jual berapa ye

sarina said...

Sy br guna sehari..jiran ada beli,harga 14800,sy ada problem servical spidalysis..mudah2an ok la..

Ezah Bam said...

Sy nak jual

Ezah Bam said...

Ceragem 2nd na dijual elok lg

Ezah Bam said...

Saya ada 2nd call 0192085524

Iza said...

Sy ade jual. Jika bminat, Bole contact 0177426544. Lbh murah dr tempat lain.. Ade diskaun.

Azarina Azes said...

assalamualaikum... sesiapa nk jual katil. CERAGEM master v3 call saya ye..
ina 016 6656955

Lujina Fisha said...

Ceragem katil utk sedap badan jer.. bkn medical bed pon. FDA cuma kata bole hilangkan sakit badan sementara (lenguh2 je) sahaja BUKAN BOLEH SEMBUHKAN penyakit.

Nak tahu kebenaran? Google la 'Ceragem Spine Institute.. alamat pn xde. Dlm Google pn xde.

Nama advisor2 Jin Youngsoo.. Kwon so-young haram xde pun.. letak je nama Hospital tp Department tu x wujud pon.

Boleh search kt AliBaba katil ada jual dgn nama 2-3 brand lain juga.. harga pn x mahal mane.

Google la review kt Ceragem Bed.. bole baca org yg hati panas dh terkena.

Pandai derg ajak org2 hospital datang.. hahaha ada doktor nk dtg? Pikir2 la. Point2 saraf n tulang belakang tu pun salah dr segi perubatan.. Aku sekolah tak tinggi tp aku tau dunia.. Insaf la korg dr jd 'lauk'.


Norzana said...

Saya nak beli boleh wassap saya 0178257472

Iza said...

SAYA ADA KATIL V3 UNTUK DIJUAL. BAGI MURAH JE. WASSUP 0177426544

Ramli Dewa said...

Allah suruh kita usaha...jika sehat syukur..jika dah dapat padah..cuba lah ubat ujian Allah...hanya sekadar usaha..mudah2an Allah izinkan.

manvir said...

Ada lagi ke. Saya nak

Rinatara M Zamri said...

Ramai pesakit baik .itu yg benar. Pergi lah kat pusat ceragem percuma tu, borak2 lah dgn pakcik,makcik yg guna v3 ceragem tu,tya hasilnya. Dengan izinNya

hayatiasri said...

ini pengalaman dari makcik pakcik and kawan2 saya sendiri yg pakai.. memual selalu pegi yg free jer.. akhirnya pakcik saya dr yg lumpuh berkat Allah juga dh bole jalan skang.. skang pakcik saya dh beli katil tu .. kawan pon pengalaman yg sama.. kalo awk pergi utk first time dowg pon tak galakkan beli.. dowg soh try dulu guna katil tu free.. kalo betul kesakitan kita baik.. dgn izinya juga.. kalo mampu bole beli.. dowg tak paksa.. dan saya sendiri gunakan ceragem ni.. alhamdullilah dulu masalah tulang belakang. hampir kena operation.. dh lebih 4bulan pakai ceragem.. dh baik. kita usaha..

fren769 said...

Hi u all....saya ada jual katil rawatan ni...harga lebih murah...set yg Baru...bukan 2nd...function lg advanced...kalau berminat boleh call/whatsapp saya skrg...011-62347699 ...

Herlina Yaacob said...

Ada lg ke

Unknown said...

Yang jual katil 2nd hand kenapa pule...tak berfungsi seperti yg di iklankan ker